BAB 9

181 11 0
                                    

Awal pagi Diya telah bangun untuk sediakan sarapan. Sejak keluarganya mengetahui Dira mengandung,  mereka mendesak Diya membantu Dira di rumahnya.
"Kamu kena memasak sebelum abang Yusri bangun dan jangan makan semeja dengan kami. Aku tak nak kamu semuka dengan abang Yusri langsung." Arah Dira. Sememangnya Diya cuba melarikan diri dari semuka dengan Yusri. Sifat cemburu Dira akan menyakitkan diri Diya. Dan sebelum kedua dua insan itu keluar bilik, Diya telah keluar dari rumah.

Yusri hairan sejak mengandung, isterinya rajin menyediakan makanan. Malahan tidak pernah menyuruh dia membeli makanan luar. Hidangan makan malam pula menyelerakan.
"Diya tak mahu makan malam bersama ke?"
"Dah makan tadi. Kita makan berdua je la." Begitu manja Dira melayan suaminya. Tambahan sejak mengandung suaminya banyak menghabiskan masa dengannya.
"Sedap tak abang?"
Yusri hanya mengangguk.
'Kenapa Diya tidak pernah keluar bilik sejak pindah ke sini.'

Sebelum subuh Yusri terjaga. Sejak kebelakangan ini jiwanya resah. Perasaan bersalah masih bersarang di hatinya. Perlukah dia meminta maaf?
Bunyi dari dapur mengejutkan lamunannya. Dia menoleh ke arah katilnya, isterinya masih nyenyak dibuai mimpi. Perlahan lahan dia keluar dari biliknya. Bimbang dikunjungi tetamu yang tidak diundang. Dia menjengok ke dapur.
"Diya? Buat apa dia memasak subuh subuh ni. Lapar ke. Tapi kenapa dia masak banyak sangat?"
Yusri hanya memerhati tingkah laku.
Setelah selesai memasak, Diya masuk ke dalam biliknya untuk bersiap. Dia harus keluar awal sebelum Yusri bangun. Itu arahan dari kakaknya. Diya tidak menyedari tingkah lakunya di perhati.
Hentian bas masih sunyi.  Lepas subuh masih ramai yang belum keluar. Sunyi dan kesejukan, itu yang dirasai oleh Diya.
"Assalamualaikum." Suara garau menegur Diya.
"YaAllah, lindungi aku..."
"Apa ni Diya, abang lah."
Diya berpusing. Yusri tersenyum di sisinya.
"Awal Diya keluar?"
"Hmmm..."
"Nak berahsia dengan seorang kawan. Bukan ke dah janji kita tetap kawan."
Diya tunduk.
"Jom, kita makan dulu."
"Tapi.."
"Please..."
Akhirnya Diya akur. Yusri memilih sebuah restoran 24jam.
"Diya nak makan apa?"
"Roti bakar dan telur je lah. Dan koko suam."
"Bagi koko suam dua ye dik."
"Abang tak makan?"
"Aduh rugi le kalau tak makan masakan Diya yang sedap kat rumah tu. Nasi lemak sambal udang tu."
"Habis tu abang keluar ni."
"Kak Dira tak mahu Diya bertembung dengan abang ke?"
Diya diam.
"Abang faham. Tapi Diya kena ikut syarat abang pula."
"Syarat apa pula ni?"
"Buat macam biasa...masak untuk abang tapi abang akan hantar Diya pergi U. Macam pagi ni."
"Kak Dira?"
"Dia tak kan tahu kalau kita tak buka mulut."
Diya akur dengan syarat Yusri.
Sejak itu Yusri akan hantar Diya sambil melayan Dira seperti biasa. Dira tidak mengesyaki aktiviti mereka di belakangnya.
"Diya." Panggil Dira sewaktu Diya balik dari kuliah.
"Kenapa kau panggil Abang Yusri dengan panggilan abang?"
"Dah dia suami kak long tentu le saya hormat dia sebagai abang."
"Dah...gedik aku dengar kau panggil dia abang.. mulai hari ni. Kalau kau tetap panggil abang, tau le apa aku akan buat...kau jangan menyesal."
Diya terkedu. Dia tahu Dira mampu menabur fitnah. Diya tudak menjawab dan terus masuk bilik. Tugasnya sedang menunggu sebelum Yusri balik. Dia tidak mahu api cemburu terus menyala. Usai tugas dia terus masuk ke biliknya.
"Diya, esok Diya cutikan?" Tanya Yusri pagi tu. Mereka sedang bersarapan di kedai kebiasaan mereka. Diya hanya menganggukkan. Yusri hanya menikmati koko suam miliknya.
"Abang cadang nak beli kereta."
"Ok le tu. Mini cooper tu bukan untuk lelaki berkeluarga."
"Ok esok kita pergi show room."
"Kita? Kenapa tak dengan kak Dira?"
"Abang nak keluar dengan Diya. Hari hari jumpa macam ni je. Tak salah kan?"
"Hmmm... ok."
"That's my girl."
Awal pagi Diya telah siapkan kerjanya. Biasanya hari cuti dia akan mengurung diri di dalam bilik hingga pasangan suami isteri tu keluar.
"Hari ni abang ada hal. Malam nanti kita pergi ke rumah papa."
"Ye ke abang. Bestnya jumpa mama."
"Ok. Abang pergi dulu." Sengaja Yusri tinggikan suara supaya Diya mendengarnya. Sebaik sahaja Yusri keluar, Diya keluar tergesa gesa sambil berbual dengan telefon.
"Kau nak ke mana?" Tanya Dira.
"Ada study group kak long. Kami ada kertas kerja nak siapkan."
"Eh... habis tu makanan aku?"
"Dah masakkan tu. Ada dalam peti sejuk tu."
Dira mencebik muka. Diya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Dira. Dira menyambutnya acuh tak acuh. Diya terus keluar ke tempat biasa dia bertemu Yusri.
"Maaf abang, susah nak lepas dari isteri abang tu."
"Dia tak syak apa apakan?"
Diya hanya senyum.
Mereka menghabiskan masa melihat pelbagai kereta mewah. Diya tidak sangka Yusri seorang yang cerewet dalam pemilihan.
"Abang nak cari kereta apa sebenarnya?"
"Entahlah. Abang sayang nak berpisah dengan cik cooper ni. Ni kereta pertama abang tau."
"Ala, jadikan dia kereta ke dua atau bagi kereta ni kepada orang yang abang sayang, yang akan jaga macam jaga abang."
"Ye ke? Wujud ke orang tu?"
"Mestilah ada... kak..."
"Apa pendapat Diya? Abang kena beli kereta apa?"
"Maksud abang?"
"Kereta apa Diya suka?"
"Kalau Diya, mini cooper lah, untuk orang perempuan. Kecil dan mewah."
"Untuk abang la."
"Apa kata abang beli kereta nasional. Kita orang Malaysia kan."
"Hmmm... ok kita pergi ke bilik pameran kereta nasional."
Akhirnya Yusri memilih kereta Perdana.
"Diya, nanti abang minta Diya menjaga cik cooper abang macam mana abang jaga."
"Abang nak bagi kereta ni kepada Diya?"
"Tolong sayang kereta ni."
'Kalau boleh sayangilah abang sekali.' Kata kata itu tidak dapat diluah.


cinta pertamaWhere stories live. Discover now