Sesampai di rumah Yusri, Puan Saadiah telah sedia menunggu.
"Papa kamu bagitahu nak balik awal, nasib baik umi tak masak lebih." Puan Saadiah menyembur sebaik sahaja nampak muka Yusri. Yusri hanya membuat muka selamba.
"Dah Diya, mari kita masuk, biar dia bawa semua beg tu."
"Umi..." Diya menyalami Puan Saadiah dan di tarik masuk ke dalam.
"Diyana mana, umi?"
"Tunggu mama dengan papanya lambat sampai, dah tidur dia dengan Khalida."
"Biar Diya ambil tidur dengan Diya."
"Biarlah. Diya kan penat."
"Amboi umi, dapat menantu anak dia lupakan." Yusri masuk ke dalam rumah dan meletakkan beg. Dia terus duduk antara uminya dan Diya.
"Ya Allah, dekat sini juga dia nak mencelah."
"Apa ni Yus?"
"Hah?" Yusri ke arah Diya. Wajahnya sidikit berubah.
"Dah lah abang. Cakaplah abang nak berkepit dengan umi... ni nak mencelah je." Diya segera menukar panggilan. Diya bangun dari sofa.
"Ala, sayang nak ke mana?"
"Nak mandi... malas layan anak manja."
"Apa sayang kata..." Yusri bangun dan cuba kejar Diya. Diya berlari dan sembunyi di belakang Puan Saadiah.
"Mana aci sorok belakang mak abang."
"Aci dah balik rumah la..."
"Isk budak ni."
"Kamu berdua ni macam budak budak... nanti jaga pula Diyana. Dah..dah, pergi masuk bilik. Umi pun dah nak tidur."
Diya mencapai begnya dan melihat ke arah Yusri.
"Ingat dah tahu bilik. Jom abang tunjukkan bilik."
"Ingat tadi nak tidur dengan umi.."
"Jangan nak mengada gada.."
Puan Saadiah tersenyum melihat pasangan itu bergurau. Dia tidak pernah lihat wajah bahagia dan manja Yusri selama menjadi suami Dira.
Apabila mahu merebahkan badannya, baru Puan Saadiah teringat rutin harian anaknya setiap malam. Mungkin Diya tidak mengetahuinya. Sewaktu keluar dari bilik, terlihat lampu dapur terbuka.
Puan Saadiah terus menjengok ke dapur.
"Diya, buat apa kat dapur ni?"
"Buat susu untuk Yu...abang. Kan abang minum susu sebelum tidur."
"Ooo...abang dah beritahu Diya ya."
"Ha ah.."
Bukan Yusri yang beritahu tetapi dulu sewaktu tinggal dengan Dira, setiap malam dia akan sediakan minuman itu untuk Yusri. Dira cuma membawa masuk ke dalam bilik.
"Umi nak minum ke?"
"Eh.. tak. Umi baru nak beritahu Diya."
"Diya masuk bilik dulu ya."
Puan Saadiah mengangguk. Masih teringat ketika Dira pulang ke rumahnya. Apabila dia suruh Dira membuat susu kepada Yusri, Dira menarik muka. Terpaksa Yusri memberitahu dia supaya tidak mendesak Dira. Malahan Yusri mengambil susu sendiri. Sejak itu Dira tidak mahu bermalam di rumahnya.Diya teragak agak untuk baring. Yusri sudah duduk di atas katil sambil membuat kerja di komputer ribanya.
"Apa yang berdiri di situ. Tidurlah."
"Tapi.."
"Diya tu kan cuti...bukan abang boleh apa apa pun."
Diya akur. Bantal peluk di letak antara mereka. Yusri tersenyum. Diya tidur membelakangkan Yusri. Diya mengadap dinding yang masih tergantung gambar perkahwinan Yusri dan Dira. Wajah Dira di tatap lama. Makin lama senyuman di wajah Dira pudar. Muka Dira bertukar menjadi bengis.
"Kenapa kau nak rampas hak aku. Aku benci kau!"
"Maaf kak... Diya bukan niat nak rampas hak kakak...Maafkan Diya."
Dira menghampirinya dan ingin ingin membunuhnya.
"Kak...maafkan Diya... maafkan Diya."
"Diya...Diya kenapa ni?" Yusri terkejut apabila Diya menangis didalam tidurnya.
"Diya..."
Diya membuka matanya. Apabila tertacap wajah Yusri, Diya turun dari katil. Diya duduk sambil mukanya ditunduk antara dua lututnya. Diya terus menangis. Yusri turut duduk di sisi Diya.
"Diya.."
"Diya tidak pernah mahu merampas hak kak Dira. Diya sayang kak Dira... Diya..."
Yusri tarik Diya ke dalam pelukannya.
"Diya tidak pernah merampas hak sesiapa pun." Bisiknya. Diya menangis didada bidang Yusri. Yusri bersandar di katil dn membelai belakang Diya. Dia biarkan Diya terus menangis. Yusri sendiri tidak sedar dia terlelap. Mereka berdua tertidur dalam keadaan duduk. Azan berkumandang membuat Diya terjaga. Malu bila tersedar dia dalam dakapan Yusri. Segera dia membersihkan diri sebelum keluar untuk menyediakan sarapan.
"Eh, Diya dah buat sarapan?"
"Maaf umi, Diya geledah dapur umi cari bahan untuk memasak."
"Masak apa tu?"
"Nasi lemak, umi."
Puan Saadiah tersenyum."Apa umi ni, suruh Dira bangun awal awal." Kenangan bersama Dira mengusik memorinya. Dia masih ingat kenangan itu. Tujuan masa itu hanya meminta bantuan menantunya di sebabkan badannya tidak sihat dan Khaleeda tidak ada.
"Umi cuma minta Dora buatkan sarapan untuk Abang Yusri."
"Eee...rosak le kuku Dira tau... baru je buat rawatan, habis beratus."
"Tapi umi tak sihat hari ni."
"Ala.. umi ni mengada gada aja... saya mengantuk lagi ni tau tak." Dira meninggikan suaranya. Puan Saadiah diam dan bangun untuk ke dapur. Sarapan untuk anak lelaki tunggal harus dibuat. Kepalanya begitu kuat berdenyut.
"Apa bising bising ni?" Suara Yusri kedengaran sayup sayup.
"Umi!" Akhirnya tubuh tuanya menyerah kalah. Dia pengsan di hadapan anak dan menantunya.
Apabila dia sedar semula, dia di hospital.
"Yus, Dira mana?"
"Dia balik rumah mak bapanya."
"Maafkan umi."
"Umi tak bersalah pun. Yus yang patut minta maaf sebab isteri Yus tinggi suara pada umi."
"Bukan salah Yus, sayang." Yusri menemaninya sepanjang dia berada di dalam wad. Sekali sahaja Dira datang menjengok bersama ibu bapanya."Umi... umi." Sentuhan di lengannya mengejutkan dia dari lamunan.
"Diya mana?" Tanyanya bila melihat Yusri di hadapannya.
"Kat bilik Eda, uruskan Diyana kot."
Puan Saadiah melihat makanan telah terhidang di atas meja.
"Umi menungkan apa?" Tanya Yusri sambil tangan menceduk nasi lemak untuknya dan Yusri.
"Dira..."
"Syyy...jangan cakap kuat...nanti Diya tersinggung pula. Tau lah itu menantu pilihan umi...yang ini pilihan Yus."
"Yus, Diya terbaik untuk Yus, jagalah hati dia."
Yusri hanya tersenyum. Tidak sesekali dia menyakiti hati Diya. Itu niatnya.
"Wow... sedapnya bau."
"Hey anak dara, matahari dah meninggi baru nak bangun."
"Orang bangun awal lah."
"Bangun awal tapi tak tolong umi kat dapur tak guna juga."
"Ala abang ni, ini baru nak bising orang tak buat kerja dapur...dulu isteri abang bukan tau buat kerja pun."
"Kau..."
"Dah.. dah...jangan nak gaduh depan rezeki. Dah makan, Diya dah penat memasak untuk kita."
Diya kembali ke ruang makan setelah selesai uruskan Diyana.
"Amboi, dah wangi anak papa ni." Sempat Yusri mengucup pipi anaknya yang dalam dukung Diya.
"Abang, nak cium kak Diya jangan le Diyana yang jadi mangsa." Usik Khaleeda. Diya tunduk malu.
"Yus nak ke mana hari ni?"
"Tak kot.. kenapa?"
"Umi nak ajak pergi pasar...nak buat makan makan keluarga. Ajak keluarga Diya makan bersama."
"Elok juga tu."
"Diya?"
"Diya ikut je. Seronok juga makan ramai ramai."Diya menyediakan makanan untuk jamuan makan tengah hari itu. Dalam diam Puan Saadiah memuji kecekapan Diya. Sedikit penyesalan tidak menjodohkan Diya seperti permintaan Yusri dari awal.

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?