BAB 62

126 10 1
                                    

DIYA membawa Diyana tidur. Yusri sibuk di dapur menyediakan makan malam. Mereka baru pulang dari kerja dan mengambil Diyana. Diyana tertidur semasa dalam perjalanan pulang tadi. Sambil Diya membetulkan tempat tidur Diyana, dia ternampak sesuatu tersorok di belakang almari cermin. Diya cuba mengambilnya. Senaskah buku latihan yang telah dicantum cantum. Diya kenal itu tulisan tersebut milik Dira. Perlahan Diya mengambil buku tersebut. Diya membelek buku tersebut. Satu coretan menarik perhatiannya

Aku sengaja mencari perhatian Rahman. Aku hairan kenapa Diya yang menjadi perhatian semua . Aku ingin lepas geram, aku mengikuti Ain. Salah aku juga mengikut perasaan. Aku terjebak dengan Daud.

Siapa Daud? Mungkin sebab ini Kak Dira terlibat dengan kes itu. Fikir Diya. Dia mencari catatan Dira lagi.

Aku kena jumpa Daud. Dia ugut nak sebarkan gambar aku. Aku tidak mahu abah tahu hal ini. Malam ini aku tetap akan keluar hanya untuk mengambil gambar aku...

"La, boleh dia duduk dalam bilik ni. Penat abang tunggu kat luar."
"Abang tengok ni, Kak Dira tak bersalah."
"Apa hal dengan kak Dira pula. Abang dah lapar ni." Yusri mengambil buku itu dan menarik Diya keluar bilik. Selesai makan dan mengemas meja, Diya kembali ke dalam bilik. Buku Dira di cari. Tiada di atas katil.

"Eh, dia pula yang baca buku tu."
"Sayang, mari sini. Baca ni."
"Baca apa?"
Yusri merangkul Diya dan meletak buku di depan mereka

Aku telah bersiap untuk menunggu abang masuk bilik. Baju tidur pilihan ku ini rasa sesuai untuk malam pertama ku. Ab...

"Apa ni abang, Diya tak mahu baca."
"Bukan dari awal bahagian ni."

Sakit hati aku saat abang mengauli aku, kenapa nama Diya yang jadi sebutan. Mengapa malam pertama ku ada nama Diya dalam fikirannya. Aku benci Diya..

"Abang..."
"Maafkan abang bayangkan Diya saat abang bersama dengan orang lain. Abang berdosa kepada Diya."Diya hanya diam. Diya terus membaca helaian lain. Yusri kekal di sisi Diya. Banyak luahan rasa sakit hati Dira kepada Diya. Diya tidak menyangka dia menjadi saingan kakaknya.

Aku tahu dalam hati abang hanya ada seorang nama... Diya. Sejak malam pertama abang tidak oernah gauli aku dan abang tidak pernah sakiti aku. Aku di layan bagai pemaisuri tetapi apa yang aku beri kepda abang. Segala permintaan aku tidak pernah abang tolak tapi satu pun permintaan abang aku tidak dapat tunaikan. Abang, Dira nak abang bahagia, Dira nak abang tersenyum. Carilah cinta abang dan Dira restunya.
Diya, kau adik terbaik. Kau tidak pernah menentang ku walaupun aku membuli kau. Diya aku sayangkan kau dan kau satu satu adik perempuan aku. Ingin aku rapat denganmu seperti adik beradik. Ingin aku berbual mesra sejak dari dulu tapi cemburu aku menguasai aku.
Diya, aku tahu hanya kau yang boleh buat abang Yusri bahagia. Kau bukan perampas tetapi aku. Aku ingat perkahwinan tanpa cinta boleh membahagiakan hati tapi hati aku masih tidak tenang. Rasa bersalah sering bersarang di hati ini.
Abang, Dira nampak wajah abang ceria setiap kali memandang Diya. Diya pandai mengikat perut abang.
Diya abang, andaiDira bersalah kepada kamu berdua tolong maafkan Dira. Dira ingin melihat kamu berdua bersatu dan berbahagia.
Diya , tolong jaga abang Yus sebaik mungkin kerana hanya dengan Diya sahaja
abang Yus bahagia. Maafkan Dira abang.. Dira sayang Diya

Diya menutup buku tersebut. Air matanya mengalir. Yusri memeluk Diya dan mengucup dahi Diya sebelum bangun.
"Abang tunggu Diya kat dalam." Diya menangis sepuas hatinya. Dia juga rindukan kakaknya walaupun kakaknya tidak pernah melayannya sebaik. Perlahan lahan menutup lampu sebelum masuk ke dalam bilik. Suaminya masih menunggu.
"Sayang, doakan Dira tenang di sana. Dia tahu perasaan kita. Sayang." Yusri menarik Diya dalam dakapannya.

Fifi mengeluh. Dia terpaksa makan dulu kerana pelanggan dia masih sibuk. Sukar untuk berjaya. Dia tidak sangka mak su Hanum benarkan dia mengeluarkan idea untuk pelanggan.
"Eh, Fifi kan?"
"Eh, abang Khai."
"Boleh abang duduk? Tempat tak ada kosong."
"Boleh je. Seorang je ke?"
"Nak makan dengan siapa? Yus dan Diya selalu nak makan berdua je."
"Diya pun jarang dapat jumpa."
"Fifi buat apa kat sini?"
"Fifi nak tunjuk rekaan kat pelanggan."
Khairi mengangguk. Fifi terus menyuap makanannya. Tiba -tiba Khairi meletak beberapa ekor udang dan separuh ikan yang didalam pinggannya.
"Eh apa ni abang?"
"Abang faham. Dulu abang juga pernah makan sayur saja."
"Masa abang kerja dengan kedai serbaguna tu ya."
"Ya, mana Fifi tahu?"
"Dulu... emmm dulu mak su duduk dekat kawasan tu."
"Diya pun selalu juga datang ke kedai tu ke?"
'Diya juga yang dia nak tahu.'
"Abang sayang kat Diya walaupun abang tahu dia dah kahwin?"
"Ya." Sayu suara Fifi
"Salah ke?"
"Tak la."
"Fifi ni dah lupa ke, Diya tu kan adik abang, tentulah abang sayang. Selama ini abang mencarinya."
"Oh, ya... lupa pula." Fifi tersipu malu.
"Temujanji Fifi pukul berapa?"
"Pukul 2."
"Kat mana?"
"Tu bangunan tu."
"Nak jumpa siapa?"
"Datin Maziah."
"OOO, abang kenal dia, dah sudah makan, jom pergi." Fifi mengikuti Khairi. Mereka pergi ke pejabat Datin. Sekali lagi Datin masih sibuk. Fifi kena tunggu.
"Ala abang, Fifi tunggu sini lah. Abang pergilah kerja, nanti boss abang marah."
"Boss marah, sekejap." Khairi mendekati PA Datin. Setelah berbual seketika, Khairi datang semula dekat Fifi.
"Jom."
"Ke mana?" Khairi menarik tangan Fifi. Fifi terpaksa mengikuti ke mana Khairi pergi. Khairi masuk ke dalam pejabat yang bertulis IA Holding. Fifi tahu syarikah ini gah kerana hampir separuh bangunan ini milik IA.
"Kita buat apa kat sini, abang?"
"Fifi suruh abang balik kerja, abang kerja la."
"Tapi..."
"Abang dah suruh PA tu call abang bila Datin masuk pejabat."
"Tak ganggu abang kerja ke?"
"Sekejap lagi abang ada meeting. Tapi tak pe kalau Fifi duduk dalam bilik abang."
"Ala abang malu la. Nanti apa boss abang cakap."
"Boss tak cakap apa apa." Khairi memegang semula tangan Fifi. Dia menarik Fifi masuk ke ruang pejabat yang bertulis 'CEO KHAIRI ISKANDAR'
"Abang..."
Khairi hanya tersenyum.
"Fifi duduk kat sofa tu sekejap. Abang tunggu seseorang." Fifi hanya mengangguk. Dia kagum melihat pejabat Khairi yang besar dan indah. Tak sangka dulu hanya kuli bawahan kini seorang CEO.
"Jangan nak kagum sangat. Abang hanya menjalankan tugas yang di amanahkan oleh sahabat abang. Kalau bukan kerana dia abang cuma pengurus biasa je." Khairi seperti membaca fikiran Fifi.
"Assalamualaikum.." Seseorang masuk ke pejabat Khairi
"Waalaikumusalam.."
"Fifi.."
"Diya?"
"KK dengan Fifi dalam pejabat ni, ada apa apa ke?"
"Merepek lah DD. Tadi dia nak jumpa mak datin kat bawah tu tapi mak datin kan sentiasa sibuk. Ni datang seorang ke, mana belangkas jantan."
"Mak Aiii... mulut tu."
"Ada juga belangkas ni."
"Apek ni memang nak kena."
"Hey apek tu hanya Diya dah boleh panggil." Yusri menjeling.
"DD, KK pergi meeting dengan Yus saja. Tolong teman Fifi." Diya tersenyum.
"Fifi, ada apa apa dengan abang aku ke?"
"Siapa lah aku nak ganding dengan CEO."
"Fifi, jodoh mana kita tahu. Aku dulu pun tak sangka jadi isteri seorang CEO."
"Tapi kau lain."
"Kita sama saja Fifi..."
"Cik Fifi, Datin Maziah nak jumpa cik." PA Khairi masuk ke pejabat.
"Okey aku pergi dulu Diya. Tolong bagithu abang Khai aku ucap terima kasih. Lepas jumpa Datin mungkin aku terus balik." Diya mengangguk.
'Fifi, jodoh pertemuan di tangan Allah Fifi, kita tidak tahu.'

ASSALAMUALAIKUM
SIAPA JODOH KHAIRI?

LOVE U ALL

DHAZZMI

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang