BAB 69

120 7 0
                                    

DENDAM MAK NAB

Zainab menjengok ke luar melalui tingkap. Tersenyum dia apabila melihat pemuda pujaan hatinya. Cuti sekolah, pemuda itu akan pulang ke kampung halamannya. Ishak, abang rakan baiknya seorang pemuda yang pandai. Dia menjadi buah mulut warga kampung. Apabila dia nampak Ishak sedang menyapu daun daun di halaman rumah, dia segera merapikan diri. Baru saja keluar dari terdengar suara memberi salam. Jelas kelihatan dua sepupu  Ishak datang berziarah.
"Abang Mat,Epoi, dari mana?"
"Saja dari rumah naak jumpa kau. Lepas ni susah nak jumpa kau dah."
"Betul ke nak jumpa saya, ke alasan je... ada udang sebalik mee."
"Tak ada la..." Serentak Ahmad dan Saipul menjawab. Mereka mengambil tempat di bawah pokok.
"Betul ke aku dengar kau akan ke luar negara lepas SPM nanti."
"Tak juga, saya kena buat A level kat sini dulu. Lepas SPM terus pergi kursus tu."
"Untung le kau masa trial dapat straight A... aku straight E je."
"Tak payah nak rendah dirilah Epoi, aku tahu kau best student kat sekolah."
"Mana kau tahu."
"Spy aku dalam rumah tu."
"Pandai Intan tu buat cerita ye."
"Aku harap kau dan abang Mat boleh jaga keluarga aku nanti." Bukan Ishak tidak tahi sepupunya merangkap rakan baiknya ada hati dengan adik perempuannya.
"Abang, ni air dan sedikit kuih." Intan dan Zainab datang membawa hidangan.
"Sempat juga Intan buat seri muka ni." Usik Epoi.
"Bukan Intan, Nab ni."
"Hmm sedap." Puji Ahmad. Dia setahun lebih tua dari Epoi dan Ishak. Dia tidaklah sepandai dua sepupunya tetapi dia mengusahakan kebun peninggalan keluarganya.
Ishak melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi Zainab di kampung seperti orang kehilangan. Dia mengharap Ishak menulis surat kepadanya tetapi tiada. Dia bersama keluarga Ishak untuk  menngambil hati ibu bapa Ishak. Tambahan setahun kemudian Intan melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kebaikan yang Zainab tunjukkan menambat hati ibu Ishak. Dia ingin menjodohkan Ishak dengan Zainab. Ahmad hanya memendam rasa. Namun begitu amanat Ishak untuk menjaga keluarga Ishak dia tetap jalankan. Tambahan pula bapa Ishak meninggal tidak lama selepas Ishak ke luar negara. Ishak tidak dapat pulang saat itu. Tapi tanggung jawab itu dia serahkan kepada Ahmad. Ishak pulang saat Epoi menikahi Intan. Sewaktu itu Zainab meluahkan perasaannya. Mentah mentah di tolak oleh  Ishak.  Geram hati Zainab.

Bertahun menunggu akhirnya Ishak pulang tetapi berita gembira bagi Zainab. Ishak membawa pulang seorang isteri berbangsa cina. Sang ibu tidak menerima dan menghalau anak kerana pilihannya adalah Zainab. Ishak  sanggup tinggalkan keluarga yang dia sayangi demi keluarga barunya.

Walaupun sudah berumah tangga, Ishak masih tinggal berasingan. Sue meminta masa untuk memberitahu keluarganya. Ishak tinggal di rumah bujang. Dengan bantuan bapa rakan baiknya Yusuf, Ishak senang mendapat kerja.
Apabila Ishak sudah berkahwin, Ahmad masuk meminang Zainab yang dia cintai. Selama tempoh bertunang, Zainab meminta Ahmad sediakan macam macam. Ahmad terpaksa bekerja keras untuk Zainab.

Suatu hari Zainab meminta duit yang banyak kepada Ahmad.  Kemudian dia menghilangkan diri. Puas keluarga Zainab bertanya Ahmad.

Manakala itu Zainab pergi ke kotaraya untuk berjumpa Ishak.
"Eh, kenapa Nab datang malam malam ni?"
"Ada hal sikit. Abang tak nak ajak Nab masuk ke?"
"Tapi ni rumah bujang."
"Ala, kawan kawan abang bukan ada kat rumah pun." Zainab sudah merancang semuanya. Ishak menjemput Zainab masuk ke rumahnya hanya kerana dia ingin tahu hal keluarganya.
"Nab duduk sekejap ya, abang nak tukar baju sekejap. Terkejut Ishak apabila Zainab turut masuk ke dalam biliknya. Zainab memeluk Ishak.
"Abang, Nab cintakan abang."
"Apa ni Nab?"
Zainab naik ke katil Ishak. Zainab melucutkan pakaiannya.
"Kai ni dah kenapa? Gila ke?" Marah Ishak.
"Nab cintakan abang."
"Gila." Ishak mencapai baju yang di buka sebentar tadi dan keluar. Tanpa segan silu, Zainab menanggalkan semua pakaiannya dam berbaring di atas katil Ishak.
Farok( ibu x ingat nama watak pemyebar fitnah dan penyebab rumahtangga Ishak sumayyah  berpisah) melihat drama antara Ishak dan Zainab. Apabila melihat keadaan Zainab sedemikian, nafsunya bergelora. Perlahan lahan dia masuk ke dalam bilik Ishak. Tubuh Zainab dicumbuinya. Pada mula Zainab menyangka perbuatan Ishak. Apabila teringat Ishak keluar, Zainab membuka mata. Terkejut dia apabila melihat tubuhnya dicumbui oleh lelaki lain. Dia ingin melawan tetapi tenaganya tidak upaya. Malam itu mahkotanya di serah kepada lelaki yang tidak dia kenali.

Terkejut Ahmad apabila Ishak datang bersama isterinya lewat malam. Ishak mengajaknya ke ibukota. Kejutan demi kejutan di terima oleh Ahmad. Saat sampai di rumah sewa Ishak, dia melihat Zainab tidur bersama seorang lelaki dalam keadaan mengaibkan.
"Apa yang kau dah buat ni Farok?"
"Dia yang menyerah diri. Kau yang bodoh tolak." Tumbukan padu ke muka Farok apabila memberi jawapan sedemikian.
"Dah Nab, pakai baju kamu dan ikut aku balik kampung malam ni."

Ahmad kecewa dengan perbuatan Zainab. Dia memutuskan pertunangan mereka dan membawa diri ke ibukota. Dengan bantuan Ishak, dia dapat kerja sebagai tukang kebun kepada keluarga Datuk Manaf. Tidak lama selepas itu, Datuk Manaf meminta dia menggantikan pemandunya yang berhenti. Ahmad menjalankan dua kerja di situ. Dalam diam, dia berkenalan dengan Aisyah, kerani di pejabat Datuk Manaf. Perkenalan mereka membawa bibit percintaan. Namun begitu Ahmad di desak oleh keluarganya untuk menikahi Zainab. Entah apa yang diracuni oleh Zainab sehingga keluarganya semakin mendesak. Ahmad tetap enggan menikahi Zainab. Namun begitu, dia pulang ke kampung kerana panggilan kecemasan berakhir dengan penikahan. Keluarganya dan Zainab telah bersiap sedia majlis saat dia balik. Ahmad kecewa dengan Zainab yang banyak tipu helah. Di hari penikahan, Ahmad membawa Zainab pulang ke ibukota. Dia tinggalkan Zainab di biliknya di rumah Datuk Manaf dan bertemu Aisyah. Pada mulanya Aisyah ingin membatalkan majlis pernikahan mereka yang bakal diadakan lagi dua minggu. Namun begitu Ahmad tetap ingin teruskan pernikahan itu kerana dia menyintai Aisyah, bukan Zainab. Selepas Ahmad menikahi Aisyah, Aisyah tinggal di rumahnya manakala Zainab tinggal di rumah Datuk Manaf. Tambahan pula Datuk Manaf mengambil Zainab sebagai pembantu rumahnya. Melihat Aisyah dan Ahmad bahagia, Zainab menjadi pendendam. Dia tidak suka melihat pasangan bahagia. Dia cuba robohkan rumahtangga Ahmad dan Aisyah tetapi gagal. Namun begitu dia berjaya robohkan rumahtangga Datuk Manaf. Dia melayan Datuk Manaf untuk memdapat wang yang banyak. Datin Carol selalu ke luar negara tidak tahu hubungan suaminya. Tidak berpuas hati dengan keluarga Datuk Manaf, Zainab ingin hapuskan rumahtangga Ishak. Dengan bantuan Farok, dia mengupah Farok memusnahkan rumahtangga Ishak.

••••••

"Bukan setakat keluarga Datuk, pak cik Ishak, keluarga kak long, abang abang kau semua mak cuba musnahkan. Nasib baik abah cepat bertindak. Abah tak sangka keluarga kau goyah sebab Khai tak pernah mengadu kepada abah. Khai sentiasa cakap yang baik baik tentang kau. Ina, fikirlah masak masak untuk masuk semula dalam  kehidupan Khai. Mak dah banyak menyusahkan hidupnya termasuk mengupah orang melanggar pak cik Ishak."
"Mak buat begitu?"
"Kau ingat tak mak selalu memaki hamun Khai semasa dia kecil. Khai selalu lindungi kau dulu."
Zarina terdiam. Dia akui, Khai lelaki yang baik. Dia tidak layak untuk Khai. Akhirnya Zarina mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan tinggal bersama ibunya. Sejak dari kecil maknya sentiasa memburukkan ibunya itu. Dia rasa sudah tiba masa untuknya kenali ibunya semula.

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang