BAB 10

192 8 0
                                    

Datin Hanum melihat pasangan yang menjadi tetamunya malam itu. Mereka nampak bahagia tetapi apa yang dia nampak petang tadi berlainan.

"Anum, tu bukan anak lelaki Datuk kan?" Tanya rakan karibnya. Kebetulan rakan karibnya ingin membeli kereta.
"Mana?"
"Yang tu. Dia dengan isterinya nak beli kereta baru."
Datin Hanum melihat Yusri begitu mesra dengan seorang gadis. Dia tahu gadis tu bukan isteri Yusri walaupun cara Yusri melayan gadis itu seperti melayan seorang isteri. Cuma mereka tidak berpegang tangan.

"Datin, makan malam sudah siap." Suara pembantu rumahnya mengejutkan lamunannya. Dia tidak menyangka Yusri boleh curang. Gadis petang tadi lebih cantik dan sopan dari Dira.
'Mungkin kak saadiah memaksa Yusri menerima pilihannya sedangkan Yusri bercinta dengan gadis lain. Yusri ni bukan jenis melawan cakap maknya.'
"Anum, awak ok ke?"
"Apa abang cakap?"
"Awak tu mengelamun entah ke mana... kenapa? Awak ada masalah ke?"
"Tak ada apa apalah, jemput makan Dira, Yus."
Selesai menjamu selera Yusri mengambil angin di luar rumah. Dira masih menjamu selera di ruang makan.
"Yus nak beli kereta baru ke?"
"Ya, mama. Mana mama tahu. Yus nak buat kejutan untuk Dira."
"Mama nampak Yus tadi dengan...."
"Syyy... mama tolong rahsiakan."
"Mama tak kisah asal kau bahagia." Yusri menguris senyuman.
"Apa yang dibualkan dua beranak ni?"
"Ala, I cuma tanya pendapat Yus je tentang malam amal nanti. Bukan dia penyumbang terbesar." Yusri tersenyum dan dia yakin mamanya akan menyimpan rahsianya.

"Abang, adakah kak saadiah tu jenis memaksa?"
"Apa yang Anum maksudkan?"
"Perkahwinan Yusri bukan dengan pilihan hati Yusri tapi pilihan hati kak Saadiah."
"Hmmm." Datuk Ismail teringat pertanyaan Yusri sebelum hari pernikahan. Mungkin Dira tu pilihan Saadiah bukan Yusri.
"Kita membebel dia boleh mengelamun... Tu ingat kat kak Saadiah le tu. Dah lah tidur lagi baik." Rungut Datin Hanum.
Datuk Ismail hanya diam. Dia teringat sewaktu mula mula Yusri  wujud dalam kehidupannya. Datin Hanum cukup membenci Yusri. Dia bimbang harta Datuk Ismail akan dirampas oleh Yusri kerana dia satu satunya anak lelaki Datuk Ismail.

"Abang, betul ke syarikat kita hampir muflis?"
Datuk Ismail diam. Dia sendiri tidak menyangka abang ioarnya sendiri pecah amanah. Dia hanya memecat abang iparnya namun padah yang dia terima. Abang iparnya membebani hutang yang banyak serta telah menarik perhatian pelabur.
"Yus, tolong bekerja dengan papa, bantu pulihkan syarikat ni." Rayu Datuk Ismail kepada anaknya. Kebetulan masa itu Yusri datang ke rumahnya.
"Apalah yang Yusri boleh buat." Datin Hanum mencebik.
"Apa masalah papa sebenarnya? Semalam papa pengsan di pejabat. Tekanan darah papa naik. Papa kena berehat."
"Nak berehat macam mana kalau papa bakal hilang segala galanya."
"Itu biar Yus yang uruskan. Papa berehat je."
"Apa yang kamu boleh buat. Ini bukan milik kamu seorang."
"Anum, kita dah tak de apa apa lagi tau. Silap hari bulan kita kena halau dari rumah ni... merempat tengah jalan." Datuk Ismail tinggikan suaranya. Dadanya rasa sakit.
"Papa... dah le tu mama. Yus tak nak harta milik mama dan adik adik. Yus cuma mahu bantu keluarga kita."
Seminggu Yusri cuba menyelesaikan masalah namun dia buntu.
"Abang, kenapa kad kredit saya kena sekat?"
"Ya papa, Damia pun sama."
"Papa, papa kena cari rakan kongsi."
"Untuk apa?"
"Mama, hutang yang macam ni siapa nk bayar. Bukan sikit."
"Papa tahu tapi..."
"Kalau dia bantu bayar balik hutang ni dan berikan suntikan dana. Tapi..."
"Tapi apa?"
"Anum, biar Yusri  habiskan cakapnya."
"Biasalah papa, apa yang dia beri, dia nak dapat balikkan."
"Kita kena bayar balik macam pinjaman?"
"Tak, saham. Wang tu sebagai membeli saham syarikat. Selama ini papa dan mama pemegang saham tapi kini jadi 3 orang. Dan..."
"Mama setuju asal kad kredit mama boleh guna. Nak pergi spa pun tak boleh sebab kredit tak boleh guna."
"Cuma dari nilai yang dia bayar, dia boleh dapat 60 peratus dari saham."
"Papa ikut kata kamu lah Yus. Terbaik bagi kamu terbaik bagi papa."
"Esok papa ke pejabat untuk tandatangan dokumen. Mama sekali."
Keesokannya Yusri lebih awal pergi ke pejabat. Sesampainya Datuk Ismail suami isteri di sambut oleh peguam peribadinya bersama seorang peguam lain. Apabila masuk ke bilik mesyuarat, Yusri telah menunggu.
"Yus, kau..."
"Ini anak guam saya Encik Yusri bin Ismail. Dan boleh kita mulakan sekarang." Setelah perjanjian termeterai, Yusri secara automatik menjadi ceo syarikat kerana milik saham terbanyak.
"Buat sementara ni papa masih ceo dan saya timbalan. Nanti kita bincang lagi sebab saya harus ke bank untuk menyelesaikan semua hutang syarikat dan peribadi. Dan papa jangan risau dalam masa seminggu dua kita akan dapat kontrak usahasama yang bernilai berjutaan ringgit."
Yusri keluar dari pejabat.

Seperti yang dijanjikan oleh Yusri, syarikat mereka menandatangi kontrak yang menjadi rebutan.
"Tak sangka you dapat selesaikan masalah you begitu cepat dan dapat kontrak ni. I beberapa kali mencuba tapi tidak dilayan."
"Mungkin ini rezeki saya. Allah membantu orang yang susah." Balas Datuk Ismail sambil menjeling ke arah abang  iparnya yang berada dalam kelompok rakan niaganya. Dia yakin Yusri dapat bina kembali syarikat mereka. Dia teringat kata kata Yusri. Setiap keputusan hanya melalui Yusri, Datuk Ismail hanya memegang peranan CEO sahaja. Demi maruah.

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang