Hubungan Yusri dan Diya semakin rapat. Sejak Yusri hadiahkan kereta, mereka lebih banyak berbual di telefon. Pada mulanya Dira tidak setuju dengan pemberian kereta kepada Diya tetapi Yusri begitu bijak memujuk dan akhirnya Dira akur. Kehidupan yang mewah membuat Dira kelabu mata. Hampir setiap bulan suaminya hadiahkan barang kemas. Malahan setiap minggu Yusri membawa dia berbelanja mewah.
"Diya, jom pergi minum dulu." Ajak rakan sekuliahnya.
"Boleh juga."
"Hai selalu nak balik awal, majikan kau tak marah ke?"
Kawan kawan karib Diya, Syikin , Eni dan Sharifah sering menghabiskan masa bersama Diya. Mereka tahu Diya sentiasa pulang awal sebab perlu membuat kerja rumah.
"Hari ni dia nak keluar dengan suaminya."
"Wow relax sikit le kawan kita ni. Boleh le lepak."
Sedang mereka berbual, telefon Diya berbunyi. Diya jauhkan diri dari kawan kawannya.
"Assalamualaikum, abang."
"Diya buat apa tu?"
"Kat rumah."
"Diya jangan pandai menipu ye. Abang nampak Diya sekarang ni."
"Abang kat mana?"
"Hai Diya." Seorang pelajar lelaki datang dekat dan menegur Diya.
Perasaan cemburu menguasai Yusri.
"Abang nak jumpa Diya." Ada ketegasan dalam suara Yusri.
"Kat mana?"
"Abang datamg ke warung tu." Yusri memutuskan talian.
"Isk, kenapa tiba tiba marah ni."
"I tak marah you le, sayang."
Diya melihat tepat ke wajah pemuda yang dari tadi menempel di sisinya.
"Awak ni kenapa?" Dengus Diya. Dia berlalu ke arah kawan kawannya.
"Hai ladies." Sekumpulan pelajar lelaki menghampiri mereka. Salah seorangnya teman lelaki Syikin.
"Can we join?" Tanya Zakri.
"Terserah."
"Ala Diya ni, jangan le nak marah. Kami cuma nak tanya pasal kwrtas kerja je. Eh Ku Naim mari join sekali." Ku Naim mendekati Diya.
"Excuse me." Seorang pemuda menarik kerusi sebelah Diya. Ku Naim terpaksa memilih kerusi lain.
"Hai sayang,"
Diya menoleh ke sebelahnya.
"Abang."
"Kenapa ajak jumpa ni?"
"Errr... hmmm...oh ya minta abang tengok kertas kerja Diya ni." Diya keluarkan kertas kerjanya.
"Ok abang tengokkan tapi Diya kena terus balik. Abang tak suka Diya membuang masa."
Diya mengangguk. Yusri bangun dan terus ke kaunter bayaran.
"Korang nak makan apa pun order je. Abang dah bayar."
Yusri menuju le keretanya.
"Wow NAD 14... Nadia." Diya pusing melihat kereta Yusri. Selama ini dia tidak perasan maksud nombor pendaftaran kereta Yusri. Yusri selalu mengatakan NAD awalan nama Nadira.
"Tu bukan ke Yusri Datuk Ismail, usahawan muda yang berjaya."
"Ye. So what?"
"Dia dah kahwin Diya."
"Who care." Kata Diya sambil bangun. Dia berlalu meninggalkan kawan kawannya.
"Betul ke lelaki tu suami orang?"
"Dia usahawan berjaya... semua orang tahu la."Diya balik ke rumah sebelum Yusri pulang. Kakaknya masih berdandan dalam bilik. Dia terus merebah diri dalam bilik. Kedengaran suara manja Dira apabila Yusri balik. Tidak lama kemudian pintu biliknya di ketuk. Denfan malas Diya mencapai tudungnya dan membuka pintu. Kelihatan Yusri berdiri di muka pintu manakala Dira berdiri tidak jauh darinya.
"Ada apa ab... Yusri?" Diya tidak berani memanggil abang di depan Yusri. Berubah muka Yusri saat Diya memanggil namanya.
"Ni ada makanan sikit. Diya tak payah masak sebab kami ada jemputan makan malam." Yusri menyerahkan makanan dan terus masuk ke biliknya. Ada perasaan marah bersarang di hatinya. Dalam hati Diya merasa menyesal tetapi dia lebih takut kalau kakaknya mengfitnahnya. Dia masih ingat bagaimana fitnah kakaknya membuat dia dipukul teruk.Ketika itu dia masih di tahun 6. Dia berdepan dengan peperiksaan. Abahnya ingin melihat dia berjaya telah mengupah salah pelajar terbaiknya untuk mengajar Diya. Rahman namanya. Dalam diam Dira turut meminati Rahman. Setiap hari mereka ke sekolah bersama. Namun hati Dira sakit kerana setiap kali berbual, nama Diya meniti di bibir Rahman.
Setiap hari dia cuba tarik perhatian Rahman tetap gagal. Suatu oetang dia nampak Rahman menghantar Diya pulang dengan baju Diya kusut masai. Terus dia memberitahu ibunya yang dia berjumpa Rahman secara senyap senyap. Malahan dia menuduh Diya mempunyai hubungan intim dengan Rahman. Akibatnya Diya dipukul sampai lembik manakala Rahman di larang mengajar Diya lagi. Seminggu Diya demam dan dirawat oleh ibu saudaranya.
"Betul ke kau ada ehem ehem dengan abang Rahman?" Tnya sepupunya.
"Mana ada. Hari tu Manaf gila tu kacau aku. Habis aku di tolak. Nasib baik abang Rahman yang tolong."
"Kenapa Diya tak cerita hal sebenar?"
"Nak ke mak percaya. Dulu aku cerita Kak Dira keluar dengan mat motor aku yang kena marah."Memang Dira bercinta dengan seorang pemuda dari bandar. Oleh kerana geramkan Rahman tidak melayan, Dira mengikut rakannya Suraya keluar bertemu teman lelakinya. Dari situlah dia berkenalan dengan Yunus. Mereka selalu habiskan masa bersama. Rahman tahu hal ini dan memberitahu Diya. Sebaliknya buka Dira yang kena marah, Diya yang kena. Hubungan Dira dan Yunus begitu mesra sehingga Dira sanggup ponteng sekolah untuk bersama Yunus. Kerana cinta, Dira sanggup serahkan segala galanya termasuk mahkotanya. Berita Dira sering ponteng sampai ke telinga Cikgu Jalil Zhen. Dia tidak membenarkan Dira keluar rumah atau pergi ke sekolah. Namun desakan cinta buta, Dira melarikan diri. Puas orang kampung mencari tetapi tidak ditemui. Akhirnya dengan kecekapan polis Dira dijumpai bersama sekumpulan gadis gadis yang menjadi mangsa sendiket pelacuran. Mereka bakal dijual ke luar negara. Nasib baik belum melepasi sempadan. Oleh kerana malu, Dira tidak mahu ke sekolah. Namun begitu Dira tetap menuduh Diya penyebab dia begitu. Diya juga kena bahananya.
Kini Diya tidak sanggup menjadi mangsa Dira lagi
YOU ARE READING
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?