Dari awal pagi Diya sudah berada di dewan. Hanum dan Fifi turut membantunya. Dari semalam mereka bertungkus lumus menghias dewan ini.
"Assalamualaikum, ladies."
"Wei apek, kenapa hari ni baru datang?" Diya pura pura marah.
"Panggil kita apek...muka awak tu tak macam nyonya tau tak."
"Eee.." Diya memukul Khairi dengan kertas yang di pegang.
"Sorry la, aku sibuk semalam. Kau tahukan boss aku tu macam mana."
"Dia tu sibuk saja." Rungut Diya. Sejak pertemuan mereka di tapak pembinaan, setiap minggu Yusri minta tolong darinya menjaga Diya. Sudah dua minggu Diya mengemas dan memasak makan malam untuk Yusri. Namun minggu ini dia tidak dapat melakukan.
"Eh, siapa ni?" Tegur Hanum.
"Mak su, ni apek ni nama dia Khairi. Muka dia memang rupa cina sikit. Dia kawan Diya. Dia janji nak tolong kita. Khai, ni mak su aku, Hanum dan kawan baik aku, Fifi."
"Hai...ada apa kerja yang boleh saya buat. Dan aku tak ambil arahan dari nyonya." Khairi menjelir lidah ke arah Diya.
"Elok sangat tu Khai... meh ikut Mak su kejap."
Dengan bantuan Khairi, kerja mereka menjadi lebih mudah. Sepanjang bekerja, Khairi banyak bergurau menhibur semua pekerja Hanum.
Diya melihat pelamin hiasannya. Dia memandang sambil memegang sejambak bunga.
"Hmmm... kalau kita berdua bersanding di atas pelamin tu macam mana rupanya." Suara garau menegurnya dari belakang. Diya berpaling. Yusri melempar senyuman. Diya kelu menatap wajah tampan Yusri. Mereka saling berpandangan seketika.
"Wow bro, kenapa lewat sangat datang. Dah siap la." Khairi menegur mereka. Segera Diya mengalih pandangan.
"Diya... Di..."
"Tak baik tau tenung anak teruna orang." Usik Khairi. Wajah Diya berubah kemerah merahan menahan malu. Yusri hanya tersenyum.
"Ya, mak su... Mak su panggil Diya tu." Diya memberi alasan untuk beredar. Dia malu dengan Khairi dan Yusri. Mata mereka menyorot ke arah Diya berlalu.
"Bro, kata sibuk tak dapat datang menolong."
"Memang sibuk pun. Aku cuma nak pastikan segala persiapan berjalan lancar."
"Kau lihat sendiri. Cantikkan sentuhan Diya."
Yusri diam. Matanya melihat kearah pelamin. Terbayang dirinya bersama Diya bersanding di pelamin tersebut.
"Hoi! Boleh pula dia berangan. Kalau dah berangan tak dapat beb. Cepat cepatlah pikat." Yusri menggaru kepalanya yang tak gatal.
"Kau ingat senang nak pikat. Kau yang rapat dengan dia pun susah nak luahkan." Khairi pula yang tersenyum sinis.
"Mak su, saya wakil dari pihak pengantin menjemput mak su dan semua yang terlibat hadir ke majlis malam nanti." Kata Yusri apabila melihat Hanum menghampiri mereka.
"Dan kau juga Khai. Aku tempah satu meja untuk korang."
"Makan free, mesti datang bos."
"Macam mana mak su dah siap?"
"Semua dah selesai. Pelamin dan meja makan beradap telah tersedia. Puas hati tak?"
"Hmmm bagi saya, memang puas hati. Dan saya rasa Datin tentu suka. Okeylah, saya nak balik bersiap untuk majlis malam nanti. Rasanya semua yang ada di sini pun nak balik bersiapkan."
Yusri beredar tetapi sempat mendekati Diya yang masih membetul kedudukan jambangan bunga.
"Malam ni pakai baju yang abang bagi tu." Bisik Yusri.
Diya menjadi kaku. Yusri terus keluar dari dewan.
"Okey semua, kita balik bersiap untuk malam ni." Kata Hanum.
Kecoh dalam butik Hanum apabila masing merungut tiada baju yang mahu di pakai. Mereka tidak sangka dijemput.
"Dah.. dah tak payah nak bising. Mak su bagi pinjam baju dalam butik ni tapi ingat, jaga baik baik."
"Eee bestnya mak su... terima kasih." Fifi memeluk Hanum. Dia terus memilih baju bersama kawan kawannya.
"Diya, pilihlah baju untuk pengantin satu."
"Yusri dah bagi baju yang dia beli."Para tetamu telah memenuhi dewan. Fifi menarik Diya untuk menunggu pengantin. Ada juga tetamu lain yang turut menunggu di luar. Kereta keluarga Datuk Ismail tiba. Datuk dan Datin masuk bersama dengan dua orang anaknya. Puan Saadiah berada bersama. Diya mengerut dahi melihat ibu mertuanya turut dalam keluarga Datuk Ismail. Kemudian Yusri turun dari sebuah kereta.
"Wow...handsomenya." Terdengar suara-suara yang memuji Yusri. Diya terpaku melihat ketampanan Yusri.
"Eh, Diya kenapa baju kau sedondon dengan pemuda kacak tu?" Diya terdiam. Apabila pasangan pengantin masuk dewan, Diya menarik Fifi masuk bersama. Mereka kembali ke meja mereka.
"La, mana kamu pergi."
"Tengok pengantin masuk."
"Diya." Bahu Diya di sentuh seseorang. Diya memusing.
"Eh, umi." Diya bangun bersalaman dengan ibu mertuanya.
"Kak Saadiah apa khabar?" Hanum turut menegur Puan Saadiah.
"Sihat, Hanum."
"Bila umi sampai sini?"
"Umi.."
"Umi, Diya, jom kita makan bersama pengantin." Yusri menghampiri mereka.
"Tapi Diya."
"Jom Diya temankan umi. Segan lah umi tak kenal sesiapa." Setelah di desak, akhirnya Diya mengikut Puan Saadiah dan Yusri.
"Sepadan pula tengok mereka. Dah le baju sedondon." Fifi memuji. Khairi melihat Diya duduk di sebelah Yusri.
'Yus, ni salah satu cara kau memikat. Guna ibumu. Semoga kau berjaya sahabatku. Aku rela serahkan dia kepada kau.' Bisik hati Khairi."Hai, abang, boleh Nana duduk sebelah abang." Datang seorang gadis menghampiri Yusri. Yusri melihat wajah gadis itu.
"Hey awak...pergi duduk tempat lain." Gadis itu menghalau Diya. Diya ingin bangun tetapi Yusri menarik tangannya untuk duduk.
"Dia dah makan, mana boleh berubah tempat." Ujar Yusri. Nana mencari tempat untuk menghampiri Yusri. Dia melihat seorang wanita agak kekampungan sikit. Dia tidak sesuai duduk di kalangan orang kaya.
"Hey, orang tua. Cuba le tengok kiri kanan. Kau tu tak layak langsung duduk sini. Dah datang dari kampumg, buat le cara kampung. Jangan nak mengada duduk kat sini."
"Maaf cik, mak cik sedar diri makcik." Puan Saadiah bangun. Diya turut bangun. Sakit hati bila dengar hinaan dari mulut gadis tu.
"Umi, jom keluar dari dewan ni. Kita memang asal dari kampung." Diya menarik Puan Saadiah jauh dari gadis yang tak tahu malu tu.
"Awak ni apa masalahnya. Awak tak layak hina umi saya." Yusri turut bangun. Dia menarik Diya dan uminya keluar dari dewan.
"Kita balik saja." Ucap Yusri.
"Umi nak balik rumah kamu berdua je lah."
"Hah!"
"Kenapa, salah ke?"
"Tak ada apa-apa... kita ambik Diyana dulu ye."
"Tapi umi nak ambil baju kat rumah papa kau."
"Macam ni umi, kebetulan tadi Diya bawa kereta Diya sendiri, Yu...emmm abang pula dari rumah papa tadi. Abang bawa mama ke rumah papa, Diya pergi ambil Diyana."
"Betul tu umi."
"Umi Diya balik dulu, nanti kita jumpa dekat rumah nanti ya." Diya bersalaman dengan Puan Saadiah sebelum pergi ke keretanya. Yusri melihat Diya sehingga kereta Diya hilang dari pandangan.
"Jom umi."Kelam kabut Diya mengambil pakaiannya sebelum keluar menjemput Diyana. Malang baginya Yusri sampai dulu sebelumnya.
"Lambatnya sampai, Diya?"
"Maaf umi, tadi Diyana dah tidur. Pengasuhnya berat nak bangun Diyana..."
"Memang cadangnya biar Diyana tidur sana. Sebab umi mesti rindukan Diyana, tu yang kami nak ambil." Yusri memintas. Dia memdukung Diyana dan membawa masuk ke dalam bilik.
"Umi tidur dalam bilik ni." Yusri menunjuk bilik untuk uminya sebelum mengajak Diya masuk ke biliknya.
"Baju Diya?"
"Tak apa, nanti abang ambil. Biar umi tidur dulu."
"Tapi Diya tak selesa dengan baju ni."
Yusri membuka almarinya dan memgeluarkan t-shirt dan seluar track.
"Nah."
Diya mengambil baju tersebut dan masuk ke dalam bilik air.
"Sayang, tuala tak nak ke?"
Diya membuka semula pintu bilik air. Yusri menyerah tuala. Diya mencebik. Sebaik sahaja Diya menutup pintu bilik, Yusri melepaskan tawanya. Comel melihat Diya sebegitu.
Sewaktu Diya keluar dari bilik air, Yusri tekun melihat laptopnya.
"Tidur je atas katil. Dalam bilik ni tak ada gambar Dira." Kata Yusri tanpa berpaling ke arah Diya. Matanya masih tertumpu kepada email yang masuk. Diya merebahkan badan. Sememangnya dia merasa penat. Matanya masih menatap belakang Yusri. Pandangannya semakin berbalam. Namun begitu deringan telefon Yusri menyegarkan semula matanya. Yusri menjawab.
"Hello...ya saya.... siapa?... ooo maaf saya tak perasan tadi.... hmmm...hmmm... okay, assalamualaikum." Yusri menamatkan perbualan.
"Siapa telefon?" Diya ingin tahu. Yusri tersentak. Dia mengurut dadanya kerana terkejut. Sangkanya Diya telah tidur.
"Entah, dia kata tadi jumpa kat majlis." Yusri bangun dan menghampiri katil.
"Kenapa tanya, cemburu ke?"
"Isk tak kuasa nak cemburu." Kata Diya sambil menarik selimut menutup seluruh badannya hingga kepala. Yusri merebahkan badannya di atas katil. Bibirnya terukir senyuman.
YOU ARE READING
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?