Majlis perasmian bermula pada malam itu dengan meriah. Sepanjang hari Diya di arah oleh Datuk Ismail untuk menemani keluarganya. Diya tidak sangka Datin Marina mesra. Anak anaknya juga tidak sombong walaupun dia hanya seorang pekerja.
"Wow Kak Diya, cantiknya baju. Tempah kat mana ni?" Tegur Areesya sebaik Diya menghampiri mereka.
"Ni di reka oleh kawan baik Kak Diya. Dia kerja dekat butik ZH tu."
"Mama, nanti kita pergi butik tu je la... tengok dulu masa kakak bersanding, semuanya cantik dan tip top."
"Bukan ke Diya yang reka pelamin tu dulukan? Diya buat part time kat sana lagi ke?"
"Tu butik mak su Diya. Masa belajar dulu Diya duduk dengan dia. Bila cuti selalu tolong dia."
"Diya ni sepatutnya jadi pereka fesyen."
"Saya lebih berminat dalam perniagaan."
"Hiasan dalaman pun Diya pandai. Tengok bilik mama di reka cantik."
"Hello aunty.." Suara manja mendekati mereka. Dengan pakaian yang menjolok mata dan lenggok yang menjengkilkan Nana. Dia menolak Diya yang berada di sebelah Datin Marina. Diya menjauhi mereka.
"Malam ni Datuk nak buat pengumuman pertunangan tu kan, Datin?" Diya terdengar perbualan Nana.
"Pertunangan?"
"Ala you ni Datin Marina, kan kita bincang di spa dulu."
"Ooo, I tak sempat berbincang dengan Datuk and Yusri pun. Diaorang sibuk."
"Apa ni mama..." Rengek Nana. Datin Rubiah mengetap bibir. Diya tersenyum tanda kemenangan. Matanya melilau memandang sekeliling. Dia mencari wajah tampan yang dirinduinya. Tiada kelihatan. Mungkin sibuk di belakang pentas. Dia terlihat Khairi melambai ke arahnya. Diya menghampiri Khairi dan masa yang sama Iqram dan Zarina menghampiri Khairi.
"Hai Dear." Tegur Iqram. Serta merta wajah Zarina berubah. Panjang muncungnya.
"Assaamualaikum Iq. Are you okey? You look pale?"
"Mana ada, mungkin cahaya lampu ni kot." Iqram berdalih.
"Hey, you jangan tuduh I tak pandai jaga suami I." Marah Zarina. Geram juga melihat perhatian yang suaminya berikan kepada Diya. Masih memanggil Diya 'dear' lagi.
"Sayang." Suara Iqram lembut memujuk Zarina. Zarina terus menarik muka.
"Oh, Tan Sri..." Iqram menarik Zarina menghampiri tetamu lain. Dia tidak mahu Zarina terus mencari kesalahan Diya.
"Wow DD, patutlah semua mata memandang."
"Apa dia nya?"
"You look so beautiful my dear sis. Patutlah Iqram lupa isterinya kat sebelah tadi."
"Mula la tu. Hmmm."
"Ni dah kenapa? Macam tak happy je. Susah layan Mak Datin tu ke?"
"Family Datuk okey."
"So?"
"So?" Diya ulangi soalan Khairi sambil mengerakkan keningnya. Khairi turut melakukan demikian.
"Apa ni KK?"
"DD tu moody, kenapa?"
"Abang Yus.." Terus Diya merengek manja.
"Ala, adik KK rindukan suami dia yang menghilang dari pagi. Tu, dari tadi asyik pastikan semua berjalan lancar. Sibuk je." Diya melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Khairinya. Kelihatan Yusri masih bercakap sesuatu dengan kakitangannya.
"Terima kasih kerana datang ke majlis perasmian ISYURIQ HOTEL. Satu nama unik dan semestinya ada sejarah unik. Dengan itu saya menjemput Datuk Ismail untuk memberi sepatah dua kata sebelum merasmikan majlis ini. Persilakan." MC majlis menjemput Datuk Ismail. Dengan tenang Datuk Ismail manaiki pentas. Datin Marina kagum melihat suaminya.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sebelum saya memulakan tutur kata, saya ingin menjemput dua anak muda yang begitu gigih membina dan membangunkan hotel ini. Persilakan Yusri Ismail CEO YN Holding dan Iqram Alexander CEO IA Holding. Mereka berdua yang menjadikan impian saya ini." Iqram dan Yusri naik ke pentas.
"Kenapa nama hotel begitu unik kerana mereka yang bertungkus lumus men..." Yusri berbisik sesuatu ke telinga Datuk Ismail.
"Oh ya,hampir saya lupa, pengurus kesayangan saya, Nadiya dan pengurus kesayangan YN Encik Khairi juga di jemput naik ke sini." Khairi memimpin tangan Diya naik ke pentas. Sebaik di atas pentas, Yusri mengambilalih tangan Diya dan membawa ke tengah.
"Apa yang di depan mata kalian semua adalah anak muda yang telahmenggabung tenaga dan idea untuk hotel ini. Mereka yang selama ini tidak pernah berputus asa siang dan malam demi menbangunkan hotel yang indah ini. Saya berterimakasih kepada mereka kerana mereka saya yang mendapat pujian dari kalian semua." Yusri membongkok sedikit mendekati telinga Diya
"You look so wondeful tonight." Bisik Yusri. Diya tunduk malu dengan pujian dari suaminya."Ina, cuba you lihat di atas pentas tu." bisik rakan kongsi Datin Marina.
"Budak perempuan tu macam pernah lihat. Dari tadi I asyik melihatnya tetapi I tak ingat tetapi bila melihat dia dengan Yusri... bukan dia gadis yang bersama Yusri dulu ke?"
"Maksud you masa kita nampak dia sewaktu masih menjadi suami arwah Dira."
"Ya."
"You know what... jika I diberi pilihan antara arwah Dira, Nana dan Diya. I prefer Diya,"
"Why?"
"Dia gadis baik,lemah lembut dan pandai ambil hati I tak macam Dira dan Nana, plastik." bisik Datin Marina sambil ketawa kecil. Matanya melihat ke arah Datin Rubiah dan anak gadisnya yang tergedik gedik melihat Yusri.
"Mama macam mana ni?" Nana merengek lagi kepada mamanya. Perancangan untuk bertunang dengan Yusri di majlis besar besaran ni tidak menjadi. Datin Marina tidak berkerja sama.
"Mama ada idea." Datin Rubiah naik ke pentas ketika Datuk Ismail dan yang lain menjawab soalan dari pemberita.
"Maaf Datuk, bila nak umumkan tarikh pertunangan?"
"Pertunangan? Saya terlalu tua untuk bertunang lagi dan cukuplah dengan apa yang saya ada, tak perlu kot nak tambah lagi." Datuk Ismail ketawa.
"Bukan dengan uncle la." Nana naik ke pentas.
"Saya dan abang Yusri sedang di lamun cinta dan kami rasa eloklah umumkan pertunangan kami hari ini."
"What???" Yusri menjerit. Tangannya cuba mengapai jari jemari Diya tetapi Diya menepisnya dan turun dari pentas.
"Diya tunggu!" Yusri memanggilnya mengguna microphone.
"Untuk apa abang perlu bertunang lagi jika abang mempunyai seorang isteri yang paling cantik. Abang tidak mahu gadislain yang bertahta di hati abang selain Diya. Abang tahu hati itu terluka tetapi abang tidak tahu hal ini. Betul malam ini abang ini meraikan satu majlis yang paling istimewa tetapi bukan majlis pertunangan.. Diya sayang... Selamat Ulangtahun Perkahwinan Pertama kita sayang. Sayang lupa ke tarikh ini dan kenapa abang pilih tarikh ini untuk majlis ini. Ingat tak abang nak namakan D hotel tapi Diya sendiri menolaknya. Abang nak hadiahkan pada sayang. Abang dan berpakat dengan staff untuk surprisekan sayang. Jangan pergi."
"Apa ni Yusri, bukan ke awak bercinta dengan anak saya?" Tanya Datuk Halim yang turut naik ke pentas.
"Maaf, saya hanya anggap dia seperti adik saya je. Lagipun saya dah berkahwin. Saya sayang isteri saya." Yusri turun dari pentas dan menghampiri Diya. Dia menarik Diya memandangnya dan mengucup dahi Diya.
"I Love you." Bisiknya. Dia memeluk pinggang Diya sambil memberi isyarat kepada staffnya. Suasana dewan bertukar menjadi lebih romantik. Tirai di belakang pentas diangkat ke atas dan tertera tulisan.DIYA
DIKALA AKU RINDU
INGINKU TERBANG KEDAKAPANMU
YANG LEMBUT BAGAI SUTERA
AGUNGNYA CINTAMU
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN
YUSRI DATUK ISMAIL
DAN
NADIYA JALIL ZHEN
AKHIRNYA CINTA KITA BERSATUNana berlari keluar dari dewan. Ibu bapanya turut keluar kerana malu.
"Tahniah untuk Yusri dan Diya. Dengan ini saya merasmikan majlis ini yang hampir hampir tiak berjaya." Datuk Ismail ketawa. Diikuti tawa para hadirin.
"Terima kasih Datuk Ismail dan tahniah untuk kedua pasangan yang meraikan ulangtahun perkahwinan. Persilakan hadirin semua berjamu selera." Majlis bermula dengan alunan lagu dan hiburan dari artis jemputan. Yusri tidak melepaskan Diya dari sisinya. Mereka dapat ucapan tahniah dari hadirin.
"Tahniah Yus... setahun, satu jangka masa lama tu? Kenapa berahsia pada kami? Kau tahu Khai?"
"Aku baru tahu semalam... Itu pun cemburu dia keluar."
"Cemburu? Before this kau kan rapat dengan Diya tak cemburu pun."
"Itu sebab aku tak tahu hatinya milik siapa."
"Choi la... Dah tahu hati Diya milik dia baru nak cemburu."
"You kena cerita semuanya pada I."
"Okey tonight. My family call us."Assalamualaikum. Selamat Hari Raya pada semua ank2. Ibu menyertai watty2019... tolong vote n comment. Ank2 semua adalah pembakar semangat untuk ibu terus berkarya. InsyaAllah ibu kan terus berkarya demi ank2 semua...
dhazzmi

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?