Diya membuka matanya. Yusri sudah tiada di sisinya. Selepas solat subuh berjemaah tadi Diya dan Yusri kembali merehatkan badan. Tetapi bila bangun pagi Yusri sudah tiada. Di hujung katil kelihatan hidangan sarapan pagi telah terhidang. Sehelai kertas bersama sekuntum bunga mawar di sisi sarapan. Dia mengambil kertas tersebut
SAYANG, MAAF ABANG TIDAK DAPAT BERSARAPAN BERSAMA KERANA JADUAL ABANG HARI TERLALU PADAT. ABANG KENA BERSARAPAN DENGAN STAFF. THANK FOR LAST NIGHT AND THANKS FOR LOVING ME. ENJOY YOU BREAKFAST SEBELUM JALAN TUGAS. KITA BERJUMPA MALAM NANTI. KITA MAKAN MALAM BERSAMA YA SAYANG
LOVE YOU
YOUR HUSBAND
YUSRI ISMAIL.. YIDiya tersenyum membaca nota dari Yusri. Dia membersihkan diri sebelum bersarapan. Usai sarapan, Diya kembali ke biliknya sebelum memulakan tugasnya. Hari ini dia dan Khairi akan menyambut kedatangan tetamu VIP dan menunjukakan bilik khas mereka. Datuk Ismail juga mengarahkan Diya menjadi pengiring kepada keluarganya sepanjang berada di hotel ini.
Assalamualaikum, sayang. Dah sarapan. Miss you... and love you.
Pesanan di applikasi wahatapps dari Yusri saat Diya masuk ke lif. Apabila pintu lifke lobi terbuka, Diya terserempak dengan Yusri dengan beberapa kakitangan sedang berbincang. Apabila mata mereka bertatap, Diya mengerakkan bibir menyebut I LOVE YOU, TOO kepada Yusri. Senyuman terukur di bibir Yusri. Bahagia rasanya apabila cintanya berbalas.
"Oh, hai." Tegur seorang lelaki dalam kumpulan Yusri.
"Hai."
"Assalamualaikum Cik Diya. Semua, ni Cik Diya dari ISMA dan dia menguruskan tetamu terhormat. Cik Diya ni..."
"Saya Fakrul." Lelaki itu menghulurkan tangan. Diya hanya menundukkan kepalanya sikit tanda hormat. Perlahan lahan Fakrul menarik tangannya.
"Cik Diya perlukan bantuan saya. Saya tahu selok belok kawasan ni."
"Tak mengapa, Cik Diya banyak kerjanya dan awak juga ada kerja kan Fakrul? Diya kena berjumpa dengan Khairi kan?" Yusri berdiri menghalang Fakrul terus memandang Diya. Cemburu di hatinya bila mata nakal Fakrul seperti membelek setiap inci badan Diya.
"YA, saya minta diri dulu ya." Diya berlalu. Dia terus berjalan ke arah Khairi yang menunggu di kaunter. Khairi sedang berbual dengan penyambut tetamu di situ.
"Amboi mamat ni bukan main gatal. Nak kena ni." Diya memasang niat untuk mengusik Khairi.
"Kalau kamu semua perlukan bantuan panggil je abang. Abang akan sedia bantu."
"Sayang..." Melirik suara Diya.
"Kenapa tinggalkan ayang seorang. Janji nak sarapan bersama. Sampai hati sayang." Diya sengaja manjakan suara. Khairi menelan air liur mendengar suara godaan Diya.
"Maaf ayang, sayang tunggu tadi tapi ayang tak keluar bilik. Over time ke malam tadi."
"Tak de makna overtime." Kata Diya sambil berjalan ke arah meja kopi di ruang lobi. Hilang suara manjanya.
"Jangan le nak marah sayang." Khairi masih dengan lakonannya sambil melangkah mengikut Diya.
"Dah, dah tu nak berlakon."
"Hai dia yang mulakan dulu, kita pula yang kena marah."
Diya membuka telefonnya. Pesanan Whatapps berbunyi lagi.Jangan layan Fakrul, abang cemburu.
Diya tersenyum.
"Amboi bahagia nampak."
"Aku biasa je le."
"KK nampak semuanya DD."
"Apa? Diya tak faham."
"Yusri."
Diya tunduk. Dia tidak tahu hendak menerangkan kepada Khairi. Dia takut kehilangan sahabat sebaik Khairi.
"KK restu hubungan korang berdua. yang penting DD bahagia."
"Kenapa tiba tiba tukar KK dan DD ni? Dah lama tak panggil begitu?"
Khairi menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia sendiri tidak tahu hendak memulakan.
"Macam ni... hmmm cuba tengok gambar ni. Mungkin Diya kenal." Khairi menghulur sekeping gambar lama. Sebuah keluarga bahagia. Pasangan suami isteri dengan 5 orang naknya. 3 lelaki dan 2 perempuan. Diya melihat setiap wajah dalam potret tersebut.
"Ni macam muka Naz. Mungkin ni gambar abah masa muda. Muka abah memang macam muka Naz."
"Ya, ini anak sulung keluarga ni Zhen Ji An. Dan ini anak keduanya Zhen Su Lian. Dan..." Khairi mengeluarkan sekeping sampul. Diya menyambut dan melihat isinya. Kad jemputan tertera nama abah dan ibunya.
"Apa maksud kau?"
"Ni Su Lian, mama aku, nama islamnya Summayah."
"Summayah?" Diya teringat nama yang sentiasa mengingatkan siapa dirinya.
"Nama Diya sebenar bukan berbintikan Jalil kan."
"Nadiya Jalil Zhen binti Ishak." Diya menyebut perlahan.
"Dulu orang selalu tanya nama bapa kita sama tapi kita nafikan."
"Sekejap." Diya menghubungi abahnya"Assalamualaikum abah."
"Waalaikumusalam Diya, kenapa telefon abah ni. Yusri okey ke?"
"Dia sihat abah..." Diya menjeling ke arah Khairi. Telefonnya sememang dibuka speaker.
"Assalamualaikum pak cik. Nama saya Khairi, saya cuma nak tanya, pak cik kenal tak mama saya Summayah binti Abdullah."
"Su Lian?"
"Ya, tu nama cinanya. Saya anak sulungnya Khairi Iskandar. Anaknya dengan suaminya Ishak. Pak cik tahu di mana dia? Saya ingin bertemu dengannya."
"Ya Allah... Sue dah meninggal dunia semasa melahirkan adik kau."
"Adik saya, mana adik saya."
"Kau ada adik perempuan. Nama dia Nadiya.. Ya Diya, dia adik kau."
"Ni abang Diya, abah?" Diya mmencelah.
"Ya sayang. Nanti kamu berdua balik jumpa abah dan abah akan beri sesuatu. Kamu berdua berjumpa kat mana ni?"
"Kami rakan sekerja abah. Nanti kami balik." Diya tidak dapat menahan air matanya. Wajah Khairi di tatap. Dia terus mendakap Khairi kerana kegembiraan. Khairi juga memeluk adiknya. Namun begitu perbuatan mereka menarik perhatian Yusri. Dia terus menghampiri mereka. Tangan Diya di tarik unruk meleraikan pelukan mereka.
"Diya behave yourself. Ingat status Diya." Yusri tinggikan suara.
"You yang sepatutnya behave." Khairi juga tinggikan suara.
"Abang, ni semua salah faham."
"Okey, cuba terangkan." Yusri cuba tenangkan dirinya.
"Abang?" Khairi bertanya.
"Biar Diya jelaskan." Diya menarik nafas.
"Abang ingat tak sewaktu kita bernikah, Diya tidak berwalikan hakim. Abah mengatakan Diya cuma anak saudaranya?" Yusri mengangguk.
"Bernikah?" Khairi mencelah.
"KK nanti... sabar ya. Abah pernah cerita pada abang tentang Diya tak?"
"Ya, abah pernah berpesan kepada abang untuk mencari papa dan abang Diya. Apa yang abang tahu papa Diya bernama Ishak."
"Ya tadi abah... Ya Allah abah masih dalam talian." Diya baru teringat yang dia masih tidak memutuskan talian.
"Abah?"
"Wow abah dengar sketsa dalam radio ke ni?" Cikgu Jalil bergurau.
"Yus, jangan cemburu. Khairi ni mengatakan mama dia Summayah, mama Diya. Nama papa mereka pun sama. Abah ada gambar mereka sekeluarga. Nanti balik kita tengok bersama."
"Thank abah... okey, Diya putuskan talian ya."
"Okey, selesai dengan baik. Jangan ada salah faham... Assalamualaikum semua."
Setelah menjawab salam Diya memutuskan talian. Khairi duduk semula di kerusinya.
"And kamu berdua...bernikah?"
"Kau ingat tak kau cakap kalau kau ada saat Badrul batalkan pernikahan dia dengan Diya kerana anak Datuk Ismail."
"Aku akan jadi pengganti."
"That it. Aku rela jadi penggantinya sebab aku cintakan Diya."
"Tapi kenapa selama setahun?"
"Tu tanya adik kau, pemdamkan perasaan terlalu lama. Aku tak mahu memaksanya utnuk menyintai aku. Mana tahu dia menyintai Iqram."
"Dia menyintai kau sejak dari dulu."
"Kau tahu?"
"Hubungan kami dari dulu terlalu istimewa yang aku tak tahu sebab apa... rupanya kasih sayang seorang abang kepada adik yang tiada siapa boleh pisah. Eh, kau kan ada kerja dengan staff." Yusri menggaru kepalanya.
"Kau punya pasallah."
"Dulu tenang je bila Iq keluar kata kata sweet."
"Dulu tak tahu hati dia milik siapa."
"Ni dah tahu hati dia milik kau lagi mahu cemburu ke. Apa punya orang dah.. podah, pergi buat kerja kau. Kami banyak kerja nak buat. Malam malam nanti baru aku serahkan adik aku pada kau."
"Aik halau kita pula. Okey.. okey. Sayang, malam ni kita makan berdua tau. tak nak ada orang ketiga tau."
"Tapi aku suka jadi syaitan dalam hubungan koang...pangggangu... makan le malam dengan aku sekali, boring le makan seorang."
"No... aku bagi peluang kau makan dengan Diya waktu tengah hari."
"Kedekut."
Diya menggelengkan kepala melihat lelaki lelaki penting dalam hidupnya. Dia bahagia bersama mereka. Yusri beredar dari mereka apabila dia dipanggil.
"Yeah" Khairi menjerit. Yusri menunjukkan penumbuknya sambil berjalan. Diya ketawa sahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?