BAB 70

148 9 0
                                    

Khairi termenung di dalam biliknya. Bukan dia tidak dengar perbualan Zarina dan kak long tadi. Sakit hati apabila mengetahui kematian papanya dirancang. Papa, Iqram, semuanya kerana Mak Nab. Bukan salah papanya membuat cinta Pak Ahmad mati kepada Mak Nab tetapi diri mak Nab sendiri. Khairi melihat telefonnya. Sejak peristiwa di kedai makan, Fifi tidak menghantar mesej lagi kepadanya. Jika tidak ada saja mesej berbaur usikan dari Fifi. Adakah dia selesa dengan kehadiran Fifi di sisinya. Dia cuba hubungi Fifi, namun hanya suara operator sahaja yang menjawab. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk hubungi Diya.
"Dd ada masa untuk Kk tak?"
"Kenapa ni Kk, salam pun tak beri."
"I need you now."
"Okey, kita jumpa kat mana?"
"I'll pick you up. Suruh mamat bajet tu jaga anak." Khairi tahu Diya membuka pembesar suara.
"Aku dengar tu." Jerit Yusri dari jauh. Mungkin saat itu Yusri tidak di sisi Diya.
"Hoi mamat, kau buat apa, tengah masak ke...kena buli di bini ke?"
"Aku bukan kena buli le, aku sayang isteri aku." Suara Yusri sudah dekat dengan telefon. Dapat dia bayangkan kemesraan kedua pasangan bahagia itu.
'Ah, ingin aku bermanja begitu. Ingin aku jadi insan yang disayangi.' Keluh hati Khai. Dua  wajah silih berganti di ruang matanya.
"Kk...Kk.."
"Hah... aaa siap cepat, Kk nak keluar  untuk ke sana. Yus, aku pinjam Diya sekejap." Setelah berbalas salam, Khairi memutuskan talian.
"Pergilah bersiap sayang, abang sayang tu mesti betul betul perlukan sayang tu."
"Tak pe ke abang jaga Diyana?"
"Dah biasa sayang. Tapi kalau dah jumpa abang kesayangan tu, jangan le sampai tak ingat suami kat rumah."
"Ala, abang ni... Mana tahu kalau Kk tu ada masalah rumit... terlewat."
"Tu alat canggih ada kat tangan tu buat apa? Bagitahu le."
"Jangan le marah." Pipi Yusri di kucup sebelum masuk ke dalam bilik.
"Sayang... boleh tak jangan goda abang. Nanti ada yang tak boleh keluar." Usik Yusri. Bahagia.
Setelah bersalaman dengan Yusri, Diya keluar dengan Khairi.
"Kita nak ke mana?"
"Dia yang ajak kita, dia pula bertanya."
"Nak pergi makan, dah biasa.. kat sini tengok tasik je... hmmm... aha!"
Khairi terus menghubungi seseorang.
"Assalamualaikum  bro, dalam dua jam nanti kau datang hotel kita.... ya lah... overnight."
"Siapa?"
"Siapa lagi kalau tak cik suami kesayangan Dd la."
"Kita nak ke mana?"
"Kita lepak tepi pantai."

Terkedu Diya mendengar cerita tentang Mak Nab. Simpati pula Diya dengan nasib Zarina. Dari kecil dia di tanam sifat sifat negatif dalam hidupnya.
"Kk, kita kena bimbing dia."
"Ya tapi Kk tak mampu."
"Apa maksud Kk?"
"Dulu Kk boleh terima dia tanpa perasaan cinta tapi gagal mendidik dia. Tapi kini tahu perasaan cinta dan sayang."
"Tapi sayang tu kan sebab kita adik beradik."
"Bukan itu..."
"Hmmm...jap, jap... are you in love?"
Khairi tersenyum.
"Wow, siapa gadis malang tu?"
"Amboi teruk sangat ke Kk ni?"
"Kalau dia jenis yang tahan kuasa sakat Kk tu okey la. Dan satu lagi, boleh terima Dd ni. Jangan cemburu kemesraan kita."
"Dia faham hubungan kita."
"Kk serius ke dengan dia?"
"Entah lah, dia menghilang sekarang ni. Dia lari dari bila nampak Zarina goda Kk. Kk sendiri tak tahu perasaan dia pada Kk."
"Tapi cemburu tu kan tanda sayang."
"Makna dia cemburu lah bila Zarina goda Kk."
"Aduii... kenapa lembabnya abang aku ni?"
"Agak agaknya ke mana Fifi menghilang saat ni?"
"Ooo... Fifi orangnya."
"Eh, Kk cakap Fifi ke?"
"Tak payah nak cover line lah Kk."
"Dd boleh pujuk dia?"
"InsyaAllah Kk, mungkin dia balik kampung kot. Nanti Diya tanya kat mak su."
"Hmmm tak habis lagi ke?" Suara garau menegur mereka dari belakang.
"Aik, dah habis masa aku nak bermesra."
"Banyaklah masa mesra kau." Yusri duduk di sebelah Diya.
"Aku pun nak nikmat pemandangan matahari terbenam."
"Diyana mana?"
"Ala sayang baru nak romantik dah ingat kat anak."
"Abang, anak kita dah nak masuk dua, nak romantik  mantik lagi."
"Khai, kau bagi apa kat isteri aku ni, tiba tiba berleter ni."
"Bukan kau selalu kena leter ke?"
"Abang, Diya tanya Diyana mana?"
"Kat Mi Intan. Mi Intan yang suruh hantar, kata bosan sebab Khai tak ada."
"Mi tu dah berapa kali suruh aku ambil Diyana. Ya lah sejak ada orang tu tak boleh keluar rumah."
"Hujung bulan ni Diya dah masuk kerja. Dah hilang dah morning sicknya."
"Syyyyy... Diya nak nikmat matahari terbenam." Celah Diya. Dia bersandar di bahu Yusri. Sebelah tangannya mengenggam jari Khairi. Bahagia apabila berada di sisi dua insan yang di sayangi.

Fifi termenung didalam biliknya. Beberapa  hari dia mengurungkan diri. Telefonnya telah lama dimatikan. Dia memandang telefonnya. Takut menghidupkannya. Dia tidak mahu mendengar cerita tentang Khairi. Bimbang dengar berita Khairi mengecapi kebahagiaan. Dia tak mampu mendengar segala galanya. Kenapa dia tidak layak bahagia? Dia tahu dia pernah derhaka kepada ibunya dan pernah lalui detik hitam dalam hidupnya. Khairi insan istimewa dan tidak layak dengan diri dia.

Diya menjemput Fifi keluar dengannya. Dia terpaksa datang ke kedai mak sunya untuk berjumpa Fifi. Setelah beberapa kali desak baru Fifi bersetuju.
"Kenapa ajak aku makan tempat mewah macam ni?"
"Aku di sponser."
"Tau la laki kau kaya."
"Bukan laki aku tapi bakal laki kau."
"Aku mana ada orang yang suka."
"Sebab ada lah aku nak jumpa kau."
"Siapa?"
"Abang aku."
"Cik Zarina kan ada."
"Kau cemburukan Zarina ke?"
"Dia kan rapat dengan Zarina."
"Assalamualaikum, Diya." Seorang gadis bertudung menegur mereka.
"Waalaikumusalam, eh, Zarina." Berubah muka Fifi apabila Diya menyebut nama Zarina.
"Ni ke Fifi?" Tanya Zarina. Dia menghulurkan tangannya. Fifi lambat lambat dia menyambut tangan Zarina. Tanpa di pelawa, Zarina duduk semeja dengan mereka.
"Sebenarnya I tak ada hubungan dengan abang Khai. Ya dulu abang Khai seorang suami yang baik. Dia seorang yang penyabar. Tiada lelaki sesabar dia. I ada dua suami. Iqram juga tidak bersabar dengan perangai I. Iqram pun pernah tinggikan suara. Tapi abang Khai tak pernah."
"Kenapa awak bagitahu saya?"
"Sebab I tahu you suka kat abang Khai."
"Tapi saya tak layak untuk dia. Saya perempuan kotor."
"You ingat I suci ke untuk dia? I gadis liar sejak usia gadis sunti lagi. Dia terima I."
"Tapi..."
"Apa yang tapi?"
"Adakah abang Khai tu nak kan Fifi?"
"Tu serahkan pada aku. Yang aku nak tahu, boleh tak keluarga aku jumpa keluarga kau?"
"Maksud kau..."
Diya dan Zarina tersenyum.

cinta pertamaWhere stories live. Discover now