Zarina termenung jauh. Dia bahagia apabila dapat panggilan dari Diya mengatakan Khairi bakal bertunang. Fifi gadis yang baik, sesuai dengan Khairi.
"Ina, Ina nak tahu tak yang kau seorang wanita rugi. Kau sanggup lepas lelaki yang terbaik macam Khai. Dia tidak pernah simpan dendam atau benci kepada sesiapa. Dia seorang pemaaf. Abang terlalu sayang dia sabagai sahabat. Saya lebih rela hilang harta dari kehilangan dia."
Kata kata bekas suaminya dulu masih segar dalam ingatannya. Menyesal, Zurina tidak pernah menyesal melepaskan Khairi. Khairi berhak mendapat kebahagiaan.
"Ina..." Zarina beralih. Wajah ibunya tersenyum melihatnya.
"Ina buat apa kat sini?"
"Saja duduk sini, ibu."
"Ina ada masalah ke?"
"Tak adalah ibu... ibu tahukan abang Khai nak bertunang?"
"Tahu, dia bagitahu kat pejabat."
"Bertuah Fifi kan ibu dapat lelaki macam abang Khai kan , ibu."
"Ya. Dia begitu hormat orang tua. Dia tidak pernah tinggi diri dengan kami orang bawahannya."
"Dulu pun dia terima Ina hanya kerana simpati. Dia tak pernah marah Ina. Cuma malam tu dia marah sebab Ina buruk burukkan Diya. Ingat dia lindung Diya sebab cintakan Diya rupanya mereka adik beradik."
"Ina masa tu masih tidak dapat berfikir waras."
"Ibu, ibu bantu Ina ya."
"InsyaAllah sayang, kau kan anak ibu. Ibu menyesal lepaskan kau pada mak. Masa tu mak begitu mendesak dan kebetulan kau dan abang kau satahun satu. Pada mula nak bagi abang cik tetapi mak nak kau. Ibu tak sangka mak nak jodohkan kau dengan anak tan sri masa tu."
"Kalau mak memang dah rancang Ina dengan abang Iq, kenapa mak suruh pikat abang Khai ya ibu?"
"Mungkin dendam, Ina. Mak kau dendam kat papa Khairi."
"Ina rasa kesian lak pada abang Khai, dia cukup derita. Dengar cerita duit yang papa abang Iq bagi untuk tangung pengajiannya juga dikebas. Dia terpaksa hidup susah dalam membina kehidupan macam sekarang."
"Itu sebab ibu minta kak long cerita hal sebenar pada kau. Dia juga berhak untuk bahagia." Zarina mengangguk. Dia tahu dia dulu terlalu ikut telunjuk maknya.
"Eh ibu, ibu tahu mak kat mana?"
"Ibu pun tak tahu. Abah ada juga mencari dia tapi tak jumpa."
Ke mana hilangnya mak Nab? Selepas bertengkar dengan Zarina, dia membawa pakaiannya keluar dari rumah. Selepas itu Zarina tidak mahu tentang ke mana hala tuju maknya itu. Tetapi terfikir juga di fikirannya, Mak Nab tiada sesiapa lagi dalam hidupnya. Tiada siapa yang nak ambil tahu tentang dirinya setelah perangai buruknya diketahui.Khairi melihat gambar Diya dan Fifi tersenyum riang. Masih terbayang wajah riang Diya ketika pulang dari pertemuan dengan Fifi. Nur Afifi Diana, nama yang kini bertahta dia hatinya. Ikut hatinya ingin menyegerakan pernikahan mereka, tetapi Fifi minta tunggu sehingga dia tamat pengajiannya. Dia harus bersabar.
"Hoi!" Meja pejabatnya dihentak.
"Oii Fifi kau Fifi."
"Bila masa Kk ni pandai melatah."
"Dah Dd sergah Kk, terkejut le."
"Dah tak ada nama lain dah nak sebut."
"Orang depan ni cemburu ke?"
"Tak ada masa nak cemburu, lain lah kalau abang Yus yang sebut nama lain.. tu siap le."
"Ala... kau nak buat apa? Yang aku tahu kau tinggalkan dia menangis je."
Diya dan Khairi ketawa.
"Kenapa datang?"
"Dia yang call ajak lunch sekali. Dah le cik abang kita tak ada."
"Kenapa tak ikut sekali?"
Diya menunjuk perutnya.
"Ala, anak Pak Long ni kuat, tak takut lah dengan tekanan atas kapal terbang tu. Lain kali ikut dia."
"Kenapa, Kk tak percaya kat Abang Yus ke?"
"Bukan tak percaya kat mamat tu cuma Kk risau adik abang ni bersendirian."
"Tak ada apalah."
"Look here Dd, Nana tu licik tau. Dia tak ubah macam Zarina, ada saja rancangannya."
Diya terdiam.
"Kk bukan apa, Kk cuma risau. Tu yang kat sana, awal pagi dah telefon risau. Kk nak lepas Dd pergi kerja seorang tadi risau tau, dengan amanah orang lagi. Apa kata lepas hari ni pergi sana."
"Tapi..."
"Dah... nanti lepas lunch kita bincang agi.. tu anak Pak Long dah lapar."
Khairi tersenyum. Adiknya ni lebih dengar cakapnya dari Yusri. Puas Yusri memujuk Diya ikutnya sekali.
'Diya, Diya, syurga kau bukan kat aku tapi dia tu. Kenapa lah kau dengan suami berkeras.'
Sewaktu menunggu makanan yang di pesan, Diya meminta diri untuk ke tandas.
"Assalamualaikum," Khairi mengambil kesempatan untuk hubungi Yusri.
"Waalaikumusalam. Yes, my brother in law."
"Petang nanti kami ke sana... bookingkan hotel untuk aku. Kau nak mula jumpa klien ke?"
"Belum, pagi tadi aku hanya lawat yempat yang di cadangkan je. Esok baru nak jumpa. Elok juga kalau kau ada... nak dua bilik ke?"
"Dua?"
"Mana tau nak bawa cik tunang."
"Cit... dia ada kelas la... kalau nak nak bawa dia sama."
"Kau tahu view kat situ cantik beb, sesuai untuk berbulan madu."
"Promote nampak..."
"Ya la... kalau jadi, ianya akan siap dan kau pun masa tu baru pengantin baru kot... sesuai sangat."
"Nak macam korang la...berbulan madu masa majlis perasmian."
"Aku tu lain masalahnya."
"Ok... your wife dah datang... see you petang ni. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Mereka memutuskan talian.Zarina mula mengikut kelas kelas fardhu ain. Dia tidak sedar segala pergerakannya di perhati seseorang. Pemuda itu hanya mampu memerhati dari jauh.
Kini dia berada jauh dari Zarina kerana berkursus. Hatinya tertanya tanya kenapa Zarina kini hidup keseorangan. Sejak Zarina memilih Khairi sebagai pasangannya, dia membawa diri. Merantau menimba ilmu. Sekian lama diperantauan, dia pulang. Namun akibat tugasan, dia tinggalkan semula kampungnya. Alangkah terkejut apabila melihat Khairi masuk ke lobi hotel bersama seorang gadis. Mereka begitu mesra. Tanpa berfikir panjang, dia terus menyerbu Khairi dan menumbuk Khairi. Dia ingin membelasah Khairi tetapi dihalang oleh seorang lagi pemuda.
"Mus?" Khairi masih mengenalinya.Asslamualaikaum
Mus muncul kembali. Masih ingat siapa Mus...
Maaf.. ibu agak lambat update kerana kekeringan idea..
CP hampir ke penghujung... harap ank2 semua terhibur.Love u all
Dhazzmi
![](https://img.wattpad.com/cover/144840874-288-k13662.jpg)
YOU ARE READING
cinta pertama
Roman d'amourPercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?