BAB 67

114 9 0
                                    

Diya terjaga dari tidurnya. Tangan suaminya masih melingkar di tubuhnya. Dia melihat jam di telefonnya. Dah masuk asar. Tangan Yusri di tolak untuk bangun.
"Nak ke mana sayang?"
"Dah masuk asar, nak pergi jemput umi lagi. Diya nak mandi."
"Hmmm."
Diya bangun dan bersihkan diri. Sebaik saja dia keluar dari bilik air, Yusri pula menggantikannya. Mereka solat berjemaah.
"Eh, kita kan nak ke rumah abah kenapa ke sini?" Diya sedar Yusri melencong ke lain.
"Ada satu rahsia yang abang nak cerita kepada Diya."
Yusri berhenti di satu tempat. Diya tahu ianya tepi sungai. Sungai yang memisahkan kampung mereka.
"Jom." Yusri memimpin tangan Diya. Mereka menyusuri batu batu.
"Di sini tempat abang selalu habiskan masa abang. Abang tenang kat sini. Pagi tadi pun abang ke sini." Diya melihat sekeliling. Tempatnya teduh, sunyi dan tenang bila dengar bunyi air mengalir.
"Diya nak tahu, abang duduk sini dan abang suka tengok sebelah sana." Diya melihat ke arah Yusti tunjuk.
"Eh..."
"Pagi tadi abang tunggu dia datang untuk tenangkan fikiran. Di situ abang selalu nampak dia menangis, dia ketawa. Tapi kebanyakkannya dia menangis. Abang ingin sekali menyeka air matanya. Abang tak nak lihat air matanya. Abang berjanji kalau pagi tadi abang tengok dia menangis, abang akan pergi kepada dia. Tapi tu la kan, abang lupa yang dia dah ada abang kandung yang caring, yang jadi tempat dia mengadu." Yusri menjeling ke arah Diya. Diya tunduk malu.
"Nak tahu ada satu hari tu dia mandi kat situ. Dia tengok sekeliling kemudian dia bu..."
"Abang!" Diya menutup mulut Yusri. Merona pipinya menahan perasaan malu.
"Sejak hari itu abang berikrar, tiada siapa yang boleh lihat aurat dia hanya abang." Yusri rangkul pinggang Diya.
"Abang sayang dia sehingga akhir hayat." Pipi Diya dikucup. Bahagia saat ini bersama insan yang disayangi. Bunyi telefon mengganggu saat bahagia mereka.
"Udah udah le tu memadu kasih, aku dah nak balik ni." Tanpa memberi salam, Khairi menyembur.
"Hoi apek, mana salam?"
"Haiya wa apek, mana tahu bagi salam. Udah udah le tu, aku nak jumpa adik aku."
"Kacau betul lah kau ni."
"Aku tak kisah, aku nak jumpa adik aku juga."
"Sabarlah, aku datang ni. Kacau je orang nak buat projek."
"Bagi le adik aku rehat tu dah ada isi, jangan kau nak jadi adik aku kilang tau."
"Eeee, cerewet lah mamat ni. Okey, okey aku datang ni. Off phone..."
"Jangan le off... aku tunggu ni.. assalamualaikum." Khairi memutuskan talian.
Sebaik saja sampai, Khairi selamba sahaja bersila di atas pangkin bersama  Puan Saadiah dan Cikgu Hajar.
"Assalamualaikum, kata nak balik?"
"Nak balik le ni. Anak saudara aku kat rumah aku dah lama tunggu aku. Papa dia tengah sibuk bercinta." Usik Khairi.
"Kami pun bercadang nak balik malam ni. Kasian pula Diyana."
"Kalau nak balik malam ni kita konvoi sekali le."
"Aik tadi macam tak sabar sabar nak balik."
"Kalau biarkan diorang berdua ni, sampai esok tak habis. Abah mana?"
"Mana lagi kalau tak kat kebun tu."
"Diya nak jambu..." Diya berlari ke kebun.
"Sayang, jangan lari.." Jerit Yusri.
"Diya, Diya, dah berisi pun macam bebudak."
"Hah? Diya berisi?" Adik dan iparnya datang untuk bersantai petang.
"Dah berapa bulan, Yus?"
"Baru 5 minggu mak ndak."
"Alhamdulillah, tak lama lagi kita jadi nenek lagi le. Ni Diyana mana? Pagi tadi nampak Diya lepas tu hilang, ni mana pula?"
"Dah hilang dalam kebun. Ni budak berdua ni bertuah, boleh tinggalkan Diyana kat sana."
"Ala bukan sengaja tinggal... Mi saya tu sunyi pula kalau saya pun balik sini." Pandai Khairi tutup aib mereka.
"Bila nak balik?"
"Malam ni."
"La, nape balik tergesa gesa ni?" Bertubi tubi soalan dari ibu saudara.
"Diya tu mengidam jambu... tu yang balik." Khairi sekali lagi menyelamat situasi.
Tak lama kemudian Diya datang semula dengan beberapa biji jambu batu di dalam tangannya.
"Hish, hantu jambu betul kamu ni."
"Dah duduk sini, kamu tu mengandung."
"Mak, Man tak balik ke?"
"Dia tu asyik sibuk kebelakangan ni Diya, susah nak balik."
"Orang nak kumpul duit untuk kahwin, mak."
"Betul ke Diya? Mak lang tanya dia, dia tak mengaku pun."
"Ala, kak lang bukan tak tahu anak Saba tu, berahsia sangat. Dengan Diya je dia bercerita." Diya hanya tersenyum. Dia faham betul dengan sepupunya aka abang susuannya itu.

Tersenyum Nana apabila mengenangkan   suara esakan Diya saat dia membohongi Diya. Puas hati dia. Dia dapat bayangkan yang Diya dan Yusri bergaduh. Dia pasti Yusri kesunyian sekarang kerana pergaduhan mereka. Tentu Yusri perlukan seseorang untuk mengadu.
"Hmmm tentu abang Yus nak teman memdengar masalah. Aku tawar diri dan ajak keluar ke mana mana kelab... Aku perangkap Abang Yus supaya kami dapat bersama. Abang, Nana ada untuk abang."
Nana mencapai telefonnya. Terdengar deringan di hujung talian.
Yusri sedang memandu saat telefonnya berdering. Diya melihat wajah Yusri. Telefon di stand atas dashboard di perhati. Yusri memberi isyarat di bibir sambil menjawab. Pembesar suara di buka.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam, abang, abang okeh ke?"
"Okey."
"Nana dengar cerita isteri abang dah lari dari rumah. Isteri apa macam tu kan abang." Yusri meraih jari jemari Diya. Di tarik ke bibirnya.
"Abang tahu, kekasih Nana pun sama macam abang. Kesian dia. Abang nak kawan untuk mengadu ke?" Nana ada, boleh kita jumpa. Nana free bila bila masa abang perlukan nana. Kalau abang nak Nana datang kat rumah pun boleh. Abang... boleh ke Nana datang rumah abang?"
"Abang kat luar sekarang ni."
"Abang keluar makan, nak abang temankan?"
"Sayang, sayang nak makan kat mana? Sayang lapar kan... baby papa pun lapar kan." Yusri sengaja nermanja dengan Diya.
"Diya cakap le sesuatu." Bisik Yusri.
"Abang, sayang teringin nak makan seafood la..." Diya sengaja manjakan suara.
"Eh, Nana, abang nak pergi makan dengan isteria abang ni, nak join boleh je... Nanti abang hantar lokasi."
Nana memutuskan talian. Geram hatinya bila mendengar suara manja Diya. Dia menyangka dia dapat memutuskan hubungan Yusri suami isteri tetapi mereka kedengaran seperti begitu mesra dan manja.
Khairi memberi isyarat untuk berhenti di sebuah restoran. Diya dan Yusri mengikutinya. Sebaik turun dari kereta Khairi melihat mereka berdua ketawa.
"Happy je."
"Hmmm, tadi aku kenakan Nana, beria nak ajak temankan aku makan. Aku pun tanya la Diya nak makan kat mana... Dengar Diya  manjawab sambil goda aku terus matikan talian."
"Marah le tu." Tawa Khairi.
"Abang, abang kata tadi abang sanggup buat apa saja Diya suruh kan?"
"Ya sayang asalkan jangan minta abang jauh dari Diya."
"Blockkan nombor Nana."
"Ah tu permintaan mudah. Abang dengan rela lakukan." Tanpa lengah Yusri lakukan. Dia sendiri tidak mahu berhubungan dengan gadis itu lagi.

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang