BAB 13

163 12 0
                                    

Jumpa abang di tempat biasa...PENTING!!
Mesej dari Yusri. Diya segera menyiapkankerja paginya sebelum keluar. Kelihatan Yusri telah menunggu di tempat parkir kereta. Yusri masuk ke dalam keretanya dan terus memandu. Tiada senyuman di bibir Yusri seperti selalu. Diya terus memandu mengikuti belakang kereta Yusri.
"Assalamualaikum abang." Sapa Diya sebaik sampai tempat pertemuan mereka. Yusri hanya membalas dengan senyuman sinis.
"Apa yang penting sangat ni?"
Yusri melempar senaskah kertas di atas meja. Diya menarik kertas tersebut untuk melihat lebih jelas. Kertas kerjanya.
"Apa ni? Kalau abang jadi pensyarah dah lama abang buang kat ting sampah. Tak cukup buat kajian ke? Duduk terperap kat dalam bilik ini hasilnya. Ni kerja budak tahun akhir ke? Dah macam budak freshie saja. I know that you boleh buat lebih baik bukan macam ni." Diya hanya tunduk. Tak pernah Yusri marahnya begini.
"Diya tak buat rujukan ke? Buat reseach dekat library?" Yusri lembutkan suaranya apabila melihat Diya hanya tunduk.
"Dan satu lagi, kenapa Yusri?" Diya masih tak bersuara.
"Diya..."
"Diya..." Yusri tinggikan suaranya.
"Bagi Diya panggilan abang hanya untuk suami Diya. Lebih baik dan selesa kalau Diya panggil Yusri atau Yus saja. Kita kawan kan, bukan ada kaitan pun."
"Tapi abang still abang ipar Diya."
"Suami kepada kakak yang kuat cemburu."
"Ok, Yus terima panggilan tu tapi kenapa kerrtas kerja macam ni..."
"Diya tak ada masa nak buat banyak reseach. Diya cuma rujuk pada buku yang Yus berikan."
"Kenapa? Diya tak pergi library? Eh, Yus bagi kereta untuk kemudahan Diya nak ke sana ke mari."
"Tapi.."
"Tapi apa? Dia pergi lepak dengan anak anak orang kaya tu. Buang masa."
"Yus tak tahu apa apa, Yus jangan nak tuduh Diya."
"Cuba bagi Yus tahu semuanya."
"Tak apa lah Yus, Diya cuba buat paling baik dan Diya minta diri dulu, ada kuliah pagi ni."
Diya beredar dari situ. Yusri hanya melihat Diya berlalu. Hati Yusri merasa Diya sedang sembunyikan sesuatu. Dia harus siasat. Seharian dia memerhati Diya di kolej. Waktu pulang kelihatan Diya tergesa gesa. Diya terus masuk ke rumah tanpa mengetahui dia diekori.
"Hah! Kenapa balik lambat? Pergi keluar dengan jantan ke?" Suara Dira kedengaran sampai keluar. Yusri menyelinap masuk ke rumah tanpa disedari oleh kedua dua beradik. Kedua dua mereka di dalam bilik masing masing.
"Ya Allah ni rumah aku ke? Selama ni tak pernah rumah sesemak ni."
Kedengaran pintu bilik Diya terbuka, Yusri segera sembunyikan diri. Diya terus mengemas rumah.
"Cepat sikit kemas rumah dan masak, nanti suami aku balik tak makan pula." Kedengaran suara lantang Dira dari dalam bilik. Diya tidak menjawab malah terus membuat kerja.
"Diya." Yusri menegur lembut Diya. Tersentak Diya melihat Yusri ada di belakangnya.
"Bukan setakat masak untuk abang, kau buat semua kerja rumah. Bila masa kau nak ulangkaji."
Diya terdiam.
"Dira! Keluar sekarang!"
"Eh, abang bila balik. Dira baru nak kemas ni. Diya tahu buat sepah je."
"Dah dah, tak payah nak berdalih. Diya, hari pergi kemas baju kita balik kampung. Kau pergi balik dulu, kami berdua menyusul kemudian... cepat!" Diya akur. Dia terus masuk ke biliknya.

Kepulangan mereka disambut oleh keluarga.
"Maaf abah kalau saya mengajak semua berkumpul hari ni, tapi saya rasa ini penting."
"Kenapa ni Yusri?" Tanya Cikgu Hajar.
"Apa tujuan abah hantar Diya belajar?"
"Kenapa? Diya dah buat onak kat rumah kau ke? Diya, kamu dah malukan keluarga.. dasar anak..."
"Hajar, tunggu apa Yusri nak cakap."
"Maaf mak, Diya tak buat apa apa kesalahan pun. Saya rasa abah nak Diya berjayakan?"
"Itu impian setiap ibu bapa, Yusri."
"Ya, saya sebagai seorang abang pun nak adik saya berjaya tambahan dia di tahun akhir tapi saya menyesal ajak Diya tinggal bersama saya."
"Jadi betullah Dira kata Diya goda kamu?"
"Bukan mak tapi Diya jadi kuli batak di rumah saya. Semua kerja dia buat hingga dia tidak ada masa untuk tumpu perhatian kepada pelajaran."
"Dira kan mengandung..."
"Mak saya mampu adakan pembantu bukan suruh Diya buat kerja rumah. Umi, abah, mak, saya rasa ada baiknya Diya tinggal di rumah sebelum ini. Diya tidak sesuai tinggal di rumah kami."
"Tapi.."
"Hal urusan rumah tanggungjawab abang. Abang akan cari pembantu rumah untuk Dira. Dira tidak perlu buat kerja." Tersenyum lebar Dira.
"Nanti Diya terus ke rumah..."
"Mak su Hanum."
"Ya, barang kat rumah nanti abang hantarkan ke rumah mak su."
'Adakah abang sudah benci Diya sehingga halau Diya dari rumah abang.'

Sejak itu Diya kembali tinggal bersama Hanum. Dia lebih selesa dan senang belajar. Dia tumpu sepenuh perhatian kepada pelajaran. Apa yang dia tahu dia mahu berjaya dan melupakan Yusri.





Assalamualaikum, ibu baru mencuba dalam bidang ini. Tolong memberi komen supaya dapat membantu ibu dalam bidang penulisan ibu. Maaf jika banyak typo...

cinta pertamaWhere stories live. Discover now