Setelah setahun bekerja, Ayub menyarankan Khairi belajar sambil bekerja. Khairi akur. Dari situ Khairi berkenalan dengan Maarof, yang mengambil jurusan sama dengannya. Maarof juga mencari tempat tinggal. Dengan keizinan Ayub, Khairi mengajak Maarof tinggal menyewa di rumah kedai milik Ayub. Khairi hanya kerja sebelah malam di kedai Ayub.
Hubungan rapat Khairi dan Maarof membuat Maarof selalu mengajaknya pulang bercuti. Setiap kali balik ke kampung, ada seorang gadis akan pulang bersama mereka. Khairi dapat mengagak Maarof menaruh hati pada gadis tersebut. Malangnya cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.
Suatu malam ketika Khairi sibuk menyemak stok barangan, Ayub menghampiri.
"Khai, abang nak berterima kasih pada kamu."
"Eh, saya yang harus berterima kasih pada abang. Sebab abang banyak membantu saya."
"Kamu tahu, sejak berkahwin ni abang kebelakangan ni abang kurang sihat. Abang nak minta kamu tolong uruskan kedai ni untuk abang."
"Ada isi kot abang. Abang jangan risau, saya akan bantu abang."
"Kalau macam tu tolong tutup kedai dan tutup akaun untuk hari ni. Abang nak balik awal." Khairi tersenyum. Ayub sering menyerahnya mengurus kewangan. Selesai mengira stok, Khairi ke belakang untuk membuang sampah. Dia keluar dari pintu belakang untuk membuang sampah ke tong khas.
"To...emmp.." dia terdengar suara tudak jauh darinya. Pada mulanya dia tidak mahu ambil tahu. Namun begitu kakinya tetap melangkah ke arah suara tersebut.
"Hoi! Korang buat apa hah!" Kelihatan dua lelaki sedang memperkosa seorang gadis. Nasib baik masih ada ilmu di dada yang dapat melindunginya.
"Adik okey...eh Zarina." Zarina hanya mampu menangis.Hatinya gembira apabila dapat surat dari Khairi. Dia tak sangka Khairi pun menaruh harapan padanya. Khairi ingin bertemunya berhampiran tempat kerjanya.
"Abang Khairi..."
"Khairi...buat apa cari lelaki yang tak tahu kau tu wujud ke tak."
"Rosli?"
"Ya, aku..."
"Kau buat apa kat sini?"
"Aku tunggu kau le sayang."
"Kau yang..."
"Kau pun nak apa yang aku nak kan?"
"Apa yang kau cakap ni Rosli?"
"Seorang gadis berani datang ke lorong gelap ni nak jumpa lelaki...apa yang kau nak... tentu...hmmm..."
"Jaga mulut kau tu, Rosli."
"Kau nak tunjuk baik... aku tau le kau perempuan macam mana... daripada serah diri pada lelaki kayu tu...lebih baik kau beri pada kami."
"Kami?" Zarina terkejut apabila ada tangan merangkulnya dari belakang.
"Eh, apa ni?" Zarina cuba melepaskan diri tetapi dia di tarik ke kawasan yang lebih gelap dan sunyi. Dia cuba meronta tetapi tenaganya tidak dapat menandingi kegagahan dua lelaki.
"Hey, apa yang korang buat ni?" Dia bersyukur ada penyelamat. Kedua dua lelaki itu dapat ditewaskan.
"Zarina?" Dia mengangkat muka. Wajah pemuda yang menjadi temen mimpinya berada di depannya. Tiba tiba dia merasa malu melihat tubuhnya terdedah. Khairi membuka bajunya dan menyerah kepada Zarina.
"Jom, balik rumah abang dulu. Bila abang habis kerja, abang hantar Zarina balik." Zarina hanya menunduk. Namun tetap mengikuti Khairi. Selepas menghantar Zarina ke rumahnya. Dia kembali ke kedai. Tugasnya masih belum selesai.
"Kenapa Zarina masih ada di sini, bukan dah balik kampung ke?"
Zarina tunduk. Malu menatap mata Khairi. Sememangnya dia tidak balik bersama Musthafa kerana Khairi. Tetapi bukan Khairi hanya Rosli yang berniat jahat terhadapnya.
"Nak balik ke hostel ke?" Zarina menggelengkan kepala.
"Kalau macam tu Zarina tidur kat sini, abang tidur kat kedai. Kunci pintu ni." Khairi keluar. Dia tidak mahu berdua duaan dengan Zarina. Keesokkannya dia menghantar Zarina ke hentian bas untuk pulang ke kampung.
Seminggu kemudian, Mus datang dengan bermuka ketat.
"Kau dah buat apa dengan Zarina?"
"Buat apa?" Khairi bertanya semula.
"Keluarganya minta aku jemput kau ke kampung. Kau buat apa kat Zarina, asyik kurung diri dalam bilik dan pegang baju kau je."
"Baju ak..." Khairi terdiam.
"Ina bawa balik baju ni ya. Ina dah kotorkan baju abang ni."
Khairi teringat tentang baju yang di bawa oleh Zarina.
"Bila kau nak balik kampung balik?"
"Tak kan aku nak lama kat sini... Aku masih bercuti doh."
"Ok, aku minta cuti dan motosikal dari abang Ayub. Malam ni kita balik.Pertama kali kakinya menjejak rumah keluarga Zarina. Selama ini hanya di rumah Musthafa.
"Khairi, nama pak cik, Ahmad bapa kepada Zarina, ini Zainab dan Suraya, isteri isteri pak cik."
"Isteri...bahagianya pak cik kedua duanya baik." Khairi tersenyum. Nama Zainab bermain di fikirannya.
"Mak Nab?" Khairi berbisik sendiri.
"Kamu kenal dengan Mak Nab ke?" Rupanya Ahmad mendengar bisikan Khairi.
"Tak."
"Keluarga kamu duduk di mana?"
"Saya anak yatim piatu. Mama, menghilang entah ke mana, papa meninggal dunia."
"Keluarga lain?"
"Saya tak tahu. Menurut mama dulu, dia dan papa dibuang keluarga kerana mereka berdua berkahwin."
"Siapa nama bapa kamu?" Tanya seorang wanita tua berumur lingkungan pertengahan 80."
"Ishak bin Osman."
"Chom...Chom.." jerit nenek tersebut. Bergegas seorang wanita lewat 40an keluar dari dapur.
"Ambik gambar Hak." Wanita bernama Chom segera masuk ke bilik dan keluar semula. Sekeping gambar di tangannya.
"Ni...ni..." Gambar tersebut beralih tangan. Terkejut Yusri melihat gambar papanya.
"Ini gambar papa saya."
"Ya Allah, cucu aku. Hak...hak, kau tinggalkan mak dulu Hak." Hari ini menjadi pertemuan keluarga yang lama terpisah. Papanya masih mempunyai seorang adik perempuan bernama Kalsom. Saat dia menyangka hanya pertemuan keluarga, satu lagi kejutan yang dia terima. Keluarga Zarina mendesaknya mengikat tali pertunangan. Apabila itu juga permintaan neneknya, dia akur. Dia minta majlis pernikahannya berlangsung setelah dia tamat pelajaran.
YOU ARE READING
cinta pertama
Lãng mạnPercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?