BAB 57

123 7 3
                                    

Yusri semakin sibuk sejak Khairi tiada membantunya. Namun begitu kesibukan dan kepenatanya terubat apabila teringatkan Diya. Walaupun kepulangannya tidak dinanti oleh Diya, dia tetap bahagia. Dia tahu Diya terpaksa pulang lewat kerana kini Diya kembali ke ibu pejabat.  Kepulangan Diya yang dinantikannya setiap hari. Setiap hari dia akan menyeduiakan makan malam mereka dan apabila hujung minggu Diya akan memasak untuknya. Yusri bahagia di sisi Diya.
Jam di tangan di kerling beberapa kali. Diyana yang bermain mula mendekatinya. Hatinya mula berdetak bimbang apabila Diya masih belum pulang. Biasanya waktu begini mereka sudah makan malam dan bersama sama menidurkan Diyana. Kini Diyana tertidur dalam pangkuannya.
"Sian sayang papa, mama belum balik lagi."
Bunyi mesej masuk membuat Yusri mengalih. Dia menghantar Diyana di dalam bilik tidur sebelum mencapai telefonnya

Diya.. Abang ada kemalangan kat depan ni sayang terkandas.

Yusri tersenyum.

Yusri.. Ingat dah lupa jalan balik. Sian Diyana menunggu mamanya.

Diya... sorry abang. Abang dah makan ke?

Yusri ... Belum. Ni mesej ni tak drive ke.. bahaya sayang

Diya... kenderaan tak bergerak.. Okey, dah boleh bergerak.. Lori dah di alih.. See you kat rumah... love you

Yusri mengorak senyum. Dia sabar menunggu kepulangan isteri tersayang. Kini baru dia faham maksud selepas hujan Allah turunkan pelangi. Dunianya kini di warnai pelangi. Telefonnya berbunyi menyedarkannya dari lamunan. Tanpa melihat skrin telefonnya dia terus menjawab
"Assalamualaikum sayang, dekat mana sekarang?"
"Abang panggil nana sayang... seronoknya Nana."
"Nana?" Skrin telefonnya di lihat. Bukan nombor isterinya.
"Abang..." Melirih suara Nana. Manja dan meloyakan bagi Yusri.
"Nana nak apa?" Suaranya ditegaskan.
"Jangan marah abang. Sebenarnya Nana tidak ada sesiapa tempat mengadu. Mama dan papa tidak perduli pada Nana lagi." Kedengaran sayu di suara Nana.
"Apa masalah Nana?"
Nana mula bercerita. Yusri hanya dengar cerita Nana. Yusri memberhentikan perbualan dengan Nana sebaik sahaja nampak kereta Diya masuk ke pakir keretanya. Nana akur.

Nana tersenyum selepas berbual dengan Yusri. Dia memasang niat untuk meruntuhkan rumahtangga Yusri. Nana mencapai kunci keretanya dan keluar. Mama dan papanya tidak perduli ke mana dia pergi. Kelab malam kegemarannya menjadi pilihannya. Berhibur tujuan utama. Malam ini teman lelakinya tiada. Dia bebas berhibur dengan sesiapa saja. Dia berhibur sehingga dia mabuk. Saat dia mahu keluar dari kelab, beberapa lelaki mengikutinya. Malam itu dia tiada mood untuk melayan mana mana lelaki. Dia menolak ajakan lelaki itu. Namun begitu mereka bertindak ganas. Nana cuba menjerit. Nasib baik dia diselamatkan oleh seorang lelaki. Oleh kerana terlampau mabuk, Nana tidak sedarkan diri. Keesokan paginya dia berada di dalam bilik seorang lelaki. Kepalanya masih sakit dan mata masih berat.
"Nah, minum ni, bagi segar sikit diri tu." Lelaki itu menghulurkan secawan air.
"Aku kat mana?"
"Kat bilik aku, Cik Nana."
"Mana kau tahu nama aku?"
"Cik Nana pelanggan tetap kelab. Semua orang kenal."
"Siapa nama kau?"
"Udin."
"Kerja apa?"
"Aku kerja dekat kelab tu, kenapa?"
"Aku nak balik... kereta aku kat mana?"
"Ada kat luar. Tu kuncinya." Nana terus mencapai kuncinya dan keluar.
"Amboi sombongnya terima kasih pun tak."

Malam itu Nana mencuba lagi. Lama dia menunggu deringan sebelum Yusri mengangkat. Puas dia bercerita, Yusri hanya mendengar. Tiada soalan dari Yusri melainkan perkataan hmmm.
"Abang tak tidur lagi?" Kedengaran suara isteri Yusri di hujung talian.
"Tunggu sayang la baru nak tidur." Kedengaran suara manja Yusri sebelum mematikan talian. Geram hati Nana dengan tingkah Yusri. Dia bangun dan terus keluar. Tempat hiburan kegemarannya menjadi tumpuan. Air kencing syaitan menjadi santapannya. Tiba tiba matanya tertacap Udin yang sibuk bekerja. Begitu tekun. Tubuh Udin yang sasa menjadi tatapannya. Tidak lama kemudian seorang gadis merangkul Udin dari belakang. Udin melayan gadis itu dengan baik dan mengambil minuman untuk gadis itu.Nana bangun dan menghampiri Udin.
"Hai Udin.."Nana mengoda Udin.
"Eh Cik Nana."
"Sayang... boleh tak you teman I."
"Maaf Nana, dia saya punya."
"Lily Datuk Zubir... I ingat you dah bertaubat."
"Aku dah taubat ke belum bukan masalah kau. Dia milik aku."
"Kau tahu dia bawa I balik ke biliknya semalam."
"You..." Mata Lily melihat ke arah Udin. Lily berlari sambil menangis. Udin ingin mengejar tetapi tangannya di rangkul oleh Nana. Udin mengeluh.
"Berapa gaji you kerja kat sini?" Tanya Nana
"Cukup makan dan hantar ke kampung."
"You perlu duit lebih?"
"Jadi pemuas nafsu awak ke?"
"You not my taste."
"Habis tu?"
"I nak you ikut seseorang... I upah you RM1000sehari."
"Hmmm... "
Akhirnya Udin mengambil tugasan yang diberi. Dia hanya mengintip seorang wanita. Tugasan yang mudah baginya.

"Sayang...." Udin memujuk Lily. Sudah seminggu Lily merajuk.
"Kenapa cari I, pergi cari Nana tu."
"Ni kes cemburu le. I tak ada apa apa dengan dia. I cuma pekerjanya."
"Betul ke?"
Udin pandai memujuk Lily. Ikatan cinta mereka unik dan tiada sesiapa tahu. Udin lakukan semua kerja kerana dia perlukan duit. Demi masa depan keluarganya.



Assalamualaikum...
ibu dah bingung nak teruskan bab ini
macam boring lak bab ni
nanti kalau selitkan kisah hidup udin dan lily dalam bab lain. cinta unik udin lily
kisah perosak rumah tangga Nana..

LOVE YOU ALL
DHAZZMI

cinta pertamaWhere stories live. Discover now