KHAIRI DAN DIYA
Diya melangkah masuk ke bangunan yang tersergam indah. Dia tidak menyangka dia dapat membuat praktikal di salah senuah syarikat yang terkenal. Dia berkumpul di dalam sebuah bilik. Lebih kurang 10 orang, 5 lelaki dan 5 perempuan.
"Hai, nama saya Ayu." Seorang gadis memperkenalkan diri.
"Saya Diya."
"Shima"
"Farah"
"Julia"
"Saya Khairi."
"Eh dia ni, kami perempuan berkenalan dia lak sibuk."
"Boleh kan?...Guys, tak kan tak nak kenalkan diri."
"Osman"
"Mus"
"Malek"
"Lan"
"Hah, kan senang dah berkenalan semua." Khairi bersuara lagi. Khairi kelihatan begitu ramah dan matang dari yang lain.
Pintu di kuak dan masuk seorang jejaka berpakaian kemas.
"Assalamualaikim semua. Saya memperkenalkan diri saya,.Badrul Zaman bin Johan. Panggil saja Encik Bad tapi pada Diya, boleh panggil abang."
Diya memanggung kepala apabila namanya di sebut. Alangkah terperanjatnya apabila melihat buaya darat kampungnya di depan mata.
"Jangan le terkejut. Saya ni satu kampung dengan Diya. Bapanya banyak membantu saya sehingga saya berjaya. Tak kan saya tak nak balas jasa guru saya kan?"
Badrul berjalan menghampiri Diya. Diya tunduk tidak mahu memandang Badrul. Khairi melihat keadaan Diya seperti ketakutan.
"Encik Bad, boleh tak beritahu apa keistimewaan syarikat ini." Khairi berdiri membelakangi Diya. Dia seperti melindung Diya dari pandangan mata keranjang Badrul.
"Emmm..."
"Maaf saya lambat... Eh Bad, you pun ada, elok sangat le tu."
"Kenapa kak Hana?"
"Ok, Farah Diba, Julia, Malek dan Azlan, kamu berempat ikut Bad. Dia pengurus bahagian pemasaran. Rohayu, Shima, Osman dan Musthafa, kamu bahagian kewangan... Bad tolong bawa mereka jumpa Miss Eng ya. Dan kamu, Khairi Iskandar bin Ishak dan Nadiya Jalil Zhen binti Ishak... aik adik beradik ke?"
Kedua duanya menggelengkan kepala. Mereka tidak pernah bersua muka selama ini.
"Kamu berdua ikut Kak Hana ya."
Mereka hanya mengikuti wanita yabg bernama Kak Hana.
"Kak Hana, Badrul tu kerja apa?" Tanya Khairi.
"Kenapa? Dia usik siapa?"
"Ni hah, dia kacau Diya. Siap suruh panggil abang lagi."
"Ye ke? Diya kena hati hati dengan dia. Playboy tapi dia pandai buat sell, tu yang kekal kat sini."
"Kak Hana, dia tu satu kampung dengan Diya. Dah tau perangainya. Tapi jadi kebangaan kampung sebab dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara."
"Tu la.. perangai macam haram jadah tapi bab kerja, tip top." Mereka melangkah keluar dari lif.
"Tingkat ni hanya ada pejabat Kak Hana dan Datuk. Kita cuma guna sebahagian saja tingkat ni. Bahagian sebelah sana pejabat lain. Jangan salah masuk pula."
"Syarikat apa sebelah sana?"
"YI..."
"Wow, YI tu ke? Yang berjaya lebarkan sayap sampai ke luar negara." Khairi kelihatan teruja.
"Kau tahu ke?"
"Aku pernah buat kajian tentang syarikat ni... cuma aku tak dapat jumpa CEO dia sebab dia tu sibuk 24jam."
"Ok, skop kerja kamu berdua hanyalah bantu kakak. Korang nampak tak fail yang bertimbun tu? Korang tahukan buat failing...tolong ye. Kakak ni sejak berbadan dua ni susah sikit nak gerak..." Khairi dan Diya hanya mengangguk sebelum berjalan ke bilik fail.
Dah semnggu mengadap bilik fail. Hubungan Diya dengan semua rakan praktikal semakin rapat, terutama Khairi. Khairi selalu mengusik suruh memanggilnya abang memandangkan mereka mempunyai nama bapa yang sama.
"Tak salahkan kalau panggil abang Khai."
"Abang Khai...macam bunyi bangkai je... Nak Diya panggil BANGKAI ke?" Sengaja Diya tekankan perkataan bangkai tu."
"Sampai hati tau panggil aku bangkai. Kecil hati aku."
"Wahai sahabat baikku, maaf le kalau terasa."
Petang itu ketika Khairi bersiap untuknpulang, Diya masih tunduk membuat kerja.
"Tak balik ke, DD?" DD gelaran Khairi berikan sebagai singkatan kepada Dik Diya. Walaupun Diya tidak mahu memanggilnya abang, dia tetap menganggap Diya sebagai adik. Memandangkan dia lebih tua dari Diya.
"Ada kerja lagi ni Diya nak siapkan.KK baliklah dulu."
"KK?"
"Dah Khai panggil Diya DD... Diya panggil le KK."
"DD tu bermaksud Dik Diya."
"Tak salah le...KK tumakna Kanda Khairi..."
" Ok...good...KK... I like it." Kata Khairi sambil mengenyitkan mata.
"Chow dulu." Khairi keluar dari bilik. Diya tekun menaip baris baris ayat. Dia tersentak apabila azan maghrib berkumandang.
'Ah...solat dulu lah baru balik.' Diya terus ke surau. Usai solat dia berkemas untuk balik. Lambat pula lif ni naik, rungut Diya. Seram pula seorand seorang kat sini.
"Hai Diya, saja balik lambat ke...tunggu abang?" Tersentak Diya mendengar suara garau menegur. Badrul berjalan menghampirinya.
'Ya Allah aku tidak mahu berdua duaan dalam lif dengan Bad. Dia takut dengan Bad sejak dari dulu. Bad suka merabanya dan tidak siapa percayakannya.
"Abang rindukan Diya." Badrul berdiri belakang Diya. Dia merangkul Diya dari belakang. Dia menjerit.
"Jeritlah... tak ada siapa pun kat sini. Kita berdua je sayang!"
Diya cuba meronta. Rangkulan Badrul semakin erat.
"Badrul!" Kedengaran suara garau menegur. Badrul melepasan Diya sehingga Diya jatuh terduduk. Segera Diya bangun tapi masih menunduk. Diya malu kepada lelaki yang jadi penyelamatnya. Pintublif terbuka. Segera Diya melangkah masuk. Pemuda itu berdiri antara Diya dan Badrul. Diya masih tidak berani melihat wajah penyelamatnya. Hanya melihat seluarnya sahaja.
"Kau buat apa di tingkat sini, Badrul?"
"Emmm...emmmm..."
"Aku tak mahu tengok kau naik ke tingkat sini lagi. Jangan sampai aku ambil tindakan."
"Sa...saya minta maaf."
'Ni Datuk Ismail ke? Aku belum pernah jumpa Datuk lagi. Untungnya muda muda dah bergelar Datuk.'
"Awak! Awak tu perempuan jangan sesekali balik lambat!" Marah pemuda tersebut.
"Ma...maaf...saya banyak kerja tadi."
"Kerja tak kan habis. Boleh sambung esok."
'Aduiii aku pun kena bebel.' Diya masih menunduk. Matanya melihat pakaian pemuda itu kemas dan kelihatan elegen walaupun seharian bekerja. Tentu seorang lelaki yang menjaga pernampilan. Telefon pemuda itu berdering. Dia menjawab.
"Bersiap, sekejap lagi abang sampai. Kita makan dekat luar."
'Dah ada isteri... melepas aku.' Omel hati Diya. Bibirnya dimuncungkan. Sebaik saja pintu lif terbuka, Diya irang pertama keluar dan terus berlari ke keretenya. Nasib baik keretanya parking tidak jauh dari lif. Diya tidak mahu Badrul megikutinya bila pemuda itu balik.Keesokannta Diya menceritakan segala galanya pada Khairi.
"Kalau aku dapat, mahu aku lanyak lanyak dia sampai penyek."
"Apa yang penyek, nak makan ayam penyek ke?"
"Kalau kak Hana bekanja ok je."
"Kamu ni Khairi, bab makan nombor satu."
"Bukan apa, orang nak belanja jimat le sikit."
"Awal lagi nak makan... tadi kak dengar nak lanyak siapa?"
"Badrul, dia cuba nak... Diya."
"Ya Allah...Apa yang di buat?"
"Tak sempat...cuma...kak, boss kita muda ke?"
"Isk, dah tua macam bapa bapa tapi masih segak."
"Hai, ada hati ke?" Khairi mencelah.
"Habis tu laki akak nk campak mana? Datuk tu dah ada 2...tak mahu le jadi yang ke 3"
"Siapa yang muda semalam?"
"Tu mesti CEO YI, dia tu selalu balik lewat. Ada isteri macam tak ada."
"Melepas le kau DD..." Gelak Khairi.

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?