BAB 33

160 10 0
                                    

Perjalanan pulang Diya banyak berdiam. Dia masih diburu mimpi buruknya.
"Diya, are you okey?" Yusri melihat Diya keresahan.
"Hmmm...err..."
"Kenapa?"
"Diya belum sedia. Maksud Di.."
"Take your time. Kalau Diya nak duduk di apartment  papa bagi tu pun boleh. Tapi abang susah hati kalau Diya tinggal seorang."
"Diya cadang nak ajak Alang dan Acik tinggal bersama. Lagi pun mereka tinggal di rumah sewa."
"Okey, Abang izinkan."
Dalam hati Yusri menanam tekad. Dia akan memikat hati Diya semula. Sehingga saat Diya memanggil dia abang.

Diya memulakan tugasnya di cawangan yang baru. Dia tidak menyangka jawatan yang diduduki lebih tinggi bagi pekerja baru sepertinya. Adik adiknya kini telah berpindah tinggal bersamanya.
Hujung minggu itu Diya menghabiskan masa dengan mak sunya. Sambil menggubah hantaran, dia terpandang Badrul.
"Dia datang bersama siapa?" Diya memanjangkan leher untuk melihat pasangan Badrul. Gadis yang merosakkan majlisnya. Merosakkan ke Diya, bukan gadis penyelamat ke?
"Diya, ni Datin Malissa dan ini anaknya, Aleesya. Datin, ini anak saudara saya. Dia boleh tolong dalam segi hiasan pelamin dan dewan." Hanum dengan bangga memperkenalkan anak saudaranya.
"Diya, boleh tak Diya cadangkan satu tema untuk majlis resepsi Leesya."
"Leesya nak yang macam mana?"
"Sesuatu yang grand kak." Diya tersenyum melihat gadis manja di depannya. Dari pandangannya, Aleesya seorang gadis yang muda.
"Kalau, moden dan elegent."
Diya menerangkan idea dia mengenai tema perkahwinan. Kelihatan kedua dua pelanggan mak sunya berpuas hati.
"Sayang," Aleesya memanggil seseorang. Badrul menghampiri mereka. Badrul senyum sinis kepada Diya.
"Kita ikut cadangan Diya ni ya. Hmm...mama, bajunya yang mana sesuai." Aleesya beredar menghampiri mamanya yang sedang memilih baju.
"Sorry, aku memang mempunyai taste tinggi, kau bukan pilihan hati aku pun."
"Terima kasih atas penghinaan itu Badrul. Aku doakan kau bahagia."
"Tentu aku bahagia bila berkahwin dengan orang kaya. Teruslah godaan kau memikat Datuk...jangan Datin tu tahu sudah." Badrul ketawa sambil beredar dari Diya. Sakit juga hati Diya saat itu.
"Ya, aku juga bahagia tidak berkahwin dengan kau." Gumam Diya.
"Ooo...itu si Badak tak guna tu." Kata Fifi, pembantu Hanum juga sahabat Diya.
"Badak kau panggil."
"Udah kau panggil Bad.. aku tambah sedapkan panggilan tu." Diya dan Fifi ketawa.
"Aku rasa lega tak kahwin dengannya."
"Betul tu, kalau tak kau bermadu beb. Orang macam badak tu mesti tak lepas anak Datuk."
"Kalau aku dapat anak Datuk aku tak lepas."
"Diya... jangan nak kahwin anak Datuk hanya kerana dendam... kahwinlah dia sebab cinta."
"Amboi kau... macam ustazah pula."

Sudah lama mereka tidak kumpul bersama. Projek usahasama mereka terhenti seketika.
"Sorry, aku buat kamu semua menunggu."
"Hey, bro.. aku pun tak sanggup lihat dia jatuh ke tangan lelaki tak bertanggungjawab."
"Bercakap mengenai dia...mana dianya?"
"Aku sengaja bagi masa lewat sejam pada dia sebab aku tahu kita akan berbual tentang dia kan?"
"Macam kau baca fikiran kami. Macam mana kehidupan dia sekarang."
"Dia okey."
"Eh, aku dengar desas desus, Badrul bertunang dengan anak Datuk Ismail."
"Kau biar betul, Khai. Mana kau tahu?"
"Aku ada kawan dalam Isma bagitahu."
"Macam mana Diya?" Jelas kelihatan Iqram bimbang tentang Diya.
"Dia okey."
"Kau dari tadi kata dia okey."
"Kalau tak percaya kau tengok le dia datang nanti."
"Assalamualaikum." Suara lunak menerpa teliga mereka. Masing masing berpaling. Mereka bertiga serentak menjawab salam.
"Dah lama sampai?"
"Dah..."
"Iq baru je sampai. Kami berdua memang datang dari pagi tadi." Yusri memintas.
"Okey let get start. Kita dah lama tinggalkan projek ni."
"Maaf, sebab Diya kan."
"Tak.. tak...kami masing masing sibuk."

Perbincangan bermula demgan serius. Mereka tidak mahu melambatkan pembinaan.
"Okey, this weekend aku nak pergi tengok site.... ada yang nak join? Diya?"
"Diya okey je this weekend. Tapi end of  this month tak boleh."
"Kenapa?"
"Majlis resepsi anak Datuk Ismail. Diya kena hias dewan dan pelamin."
"Diya terlibat. Boleh Khai join?"
"Hai Khai, nak jadi weding planner ke?"
"Hmmm...why not." Tiba tiba Khai melembutkan gerak tangannya.
"Tak kuasa aku ada kawan sotong macam ni." Mereka ketawa.
"Maaf le, dah lewat petang ni, Diya kena balik."
"Aik, tak kan nak balik awal kot. Nak masak untuk suami ke?" Usik Khairi. Diya hanya tersenyum lalu keluar dari pejabat.
"Aduiii... sialnya mulut aku... dah buat Diya terluka."
"Kalau aku ada kekuatan waktu itu, aku halang perkahwinan Diya."
Keluh Iqram.
"Tak ada dia derita bermadu."
"Hey, apa korang. The truth is... dia tak jadi bernikah dengan Badrul"
"Mana kau tahu?"
"Aku still ada hubungan keluarga dengannya kan. Dont worry ok."
"Apa yang aku mahu dia bahagia."
"That why aku ajak pergi tengok site... tepi pandai dan kita ni kawan dia. Make her happy."
"Oh Yus, macam mana kau nampak tenang sedangkan kau tahu kami boleh memenangi hati dia..."
"Best man win."
"Ya, aku akan jadi sahabatnya demi melihat senyumannya. Okey you two, dah lewat ni, tak nak balik ke? Boss, anak tunggu kat rumah aku." Khairi tersenyum.

Hari yang dijanjikan tiba juga. Yusri datang menjemput Diya dan adik adiknya. Apabila melihat Diyana di kerusi belakang, Diya ingin masuk ke bahagian belakang.
"Oh no, kak ngah. Your place is beside your husband. Biar kami layan si buchuk Pak lang kat belakang ni." Nazri menarik baju Diya. Dia membolos masuk di bahagian belakang. Kedua dua adiknya telah ambik tempat di bahagian belakang. Hendak tak nak Diya terpaksa duduk sebelah Yusri.
"Okey... jom pergi."

Diya tersenyum melihat perangai keanak anakan Khairi bermain di pantai bersama Diyana dan adik adik nya.
"Hmmm...ini tapak yang akan menjadi pembinaan nanti." Yusri memberitahu.
"Dah seratus peratus milik kita ke?"
"Dalam proses."
"Entah le Yus ni, dalam proses dah confident." Diya tetsenyum.
"Kita kena positive thinking sayang oii... itu kunci kejayaan."
"Kalau kita tidak dapat tanah ni, ada tanah lain yang jadi pilihan?"
"Ada tiga lagi tempat yang sesuai. Tapi ini menjadi pilihan pertama."
"Siapa yang bertanggungjawab tentang pembelian ni?"
"Wakil dari Isma."
"Hah, Diya tak tahu pun?"
"50% dari tanah ini adalah milik Datuk Ismail. Boleh di katakan kampung Datuk Ismail. So Datuk yang uruskan."
"Yusri?" Seorang wanita tua menghampiri mereka.
"Ya, saya." Yusri wanita tua yang tidak pernah ditemui sebelum ni.
"Saling tak tumpah macam muka arwah atuk kamu. Ayah kamu pun serupa macam kamu. Oh, lupa pula nak kenal diri. Panggil je Nek Jah, nenek ni pengasuh ayah kamu."
"Maaf nek, saya tidak kenal nek."
"Tak pe... nek nampak kamu dari jauh lagi. Jom singgah rumah dulu."
Yusri melihat ke arah Diya dan Iqram. Iqram mengangguk.
"Baiklah nek." Balas Yusri. Dia beralih ke arah pantai.
"Khai, Nazri , Nazmi... jom."
"Aik tak kan nak balik." Rungut Khairi tetapi kakinya tetap melangkah ke arah Yusri.
Nek Jah ajak bersantai di pangkin khas di luar rumahnya.
"Sebenarnya ayah kamu ada datang ke sini minggu lepas. Dia cerita yang kamu akan selalu datang ke sini bila tanah dah di beli."
"Oooo..."
"Tapi kamu ni anak Saadiah ke anak Manisah."
"Saya anak Saadiah."
"Saadiah ni nek tak pernah jumpa lah. Tapi Manisah tu biasa le. Masa tu nenek masih kerja dengan arwah atuk kamu."
Yusri tersenyum.
"Nek ingat lagi ayah kamu menangis kat dapur saat nenek kamu tahu tentang pernikahan rahsia dia dengan mak kamu. Masa tu ayah kamu dah bertunang dengan Manisah. Manisah dan nenek kamu ugut nak cederakan mak kamu jika tidak turut kemahuan mereka. Masa tu Saadiah tengah mengandung. Demi keselamatan mak kamu dan anak yang dia kandung, ayah kamu terpaksa ceraikan Saadiah dan berkahwin dengan Manisah. Nek massih terbayang Mail menangis di dapur."
Yusri tunduk. Dia pernah membenci papanya kerana meninggalkan mereka. Patut lah uminya senang terima papanya semula.
Diyana yang dari awal duduk di riba Diya bangun menghampiri Yusri. Dia menarik baju Yusri sambil duduk di atas riba Yusri. Faham benar Yusri perangai anaknya itu.
"Naz, tolong ambilkan botol susu di dalam kereta."
"Ni anak kamu ke Yusri?"
"Ya Nek."
"Comelnya macam mama dia." Kata Nek Jah sambil memerhati Diya. Terkelu lidah Diya. Yusri hanya tersenyum.
"Kamu semua makan tengah hari di sini ya. Mak Long dah masak banyak." Datang seorang wanita dari dalam rumah. Mereka berpuas hati dengan kehadiran mereka membawa pembangunan di pesisiran pantai di terima oleh penduduk setempat.

cinta pertamaWhere stories live. Discover now