BAB 42

127 10 0
                                    

Diya ingin meneruskan misi. Dua misi penting dalam hidupnya. Namun begitu dia sendiri tidak yakin dia akan berjaya. Tangannya hanya menconteng kertas putih di atas meja. Pulang dari kampung Fifi, dia terus ke rumah Hanum. Nazmi masih tidak mahu balik ke rumahnya. Dia juga mula bimbang tentang Nazmi. Baru sahaja dia masukkan duit sebelum ke rumah Fifi kini minta duit lagi. Baru lima hari.
"Hoi! Ingatkan cik abang?" Usik Fifi.
"Entah le. Dia dah balik ke belum, tak tahu pula."
"Jangan dok berdiam je. Cer call dia kalau rindu." Hanum mencelah. Dia membawa tiga mug minuman.
"Eee  macam tau tau je orang dahaga. Ni yang sayang mak su." Fifi merengek manja.
"Tak nak lah sayang dia. Lebih baik mak su sayang..."
"Sayang siapa?" Serentak Fifi dan Diya bertanya.
"Buat apa kamu nak sibuk mak su sayang siapa... kamu tu yang patut sayang seseorang."
"Siapa kata Fifi tak sayang seseorang ada la.."
"Amboi, kawan aku ni... dalam hati ada taman."
"Salah le aku ada crush."
"Ooo, aku ingat kau dah ada pasangan."
"Siapa yang nak aku yang ada sejarah hitam."
"Siapa kata kau tak berhak bahagia?" Kata Hanum. Dia tahu  anak anak buahnya akan mendapat kebahagiaan.
"Tapi tak best le tinggalkan Mak su."
"Mak su pun nak cari orang yang sayang lah."
"Betul ke?"
"His korang ni, siapalah yang nak kan mak su."
"Kalau ada, mak su nak bagi hati mak su?"
"Hati ini milik pak su."
"Kalau pak su yang ingin kembali pada mak su?"
Hanum terdiam. Zulhasni telah lama menghilangkan diri. Adakah dia telah kembali? Kenapa dia menceraikan dirinya kalau masih menyayanginya?
"Mak su.... mak su.."
"Dahlah, mak su nak tidur, malas melayan kamu berdua."
"Ala mak su ni. Baru nak ajak layan feeling."
"Dah... pergi layan feeling dengan artis korea kamu."
"Mamat chainese look tak ada ke?"
"Kau minat yang ada rupa cina ke Fifi?"
"eh, tak de le." Muka Fifi membahang.
"Eh, Apek tu pun hensem juga, kau tak minat."
"Apek mana?"
"Kanda Khairi aku le."
"Bukan dia sukakan kau kan?"
"Aku dah berpunya."
"Malas aku nak fikirkan semua ni. Aku nak masuk bilik le ulangkaji." Fifi terus masuk ke biliknya. Hatinya berdebar apabila bercakap tentang Khairi. Fifi termenung di biliknya. Kenangan lalu diimbar kembali.

       ~~~~~~

Hampir 6 bulan dia tinggal bersama Hanum. Layanan Hanum dan anak saudaranya, Diya amat baik. mereka lah memberi semangat ketika dia merasa dirinya tidak berguna. Akhirnya dia dapat terima kenyataan dan berani bertemu dunia luar. dia membantu Hanum di butiknya kerana Diya masih menuntut. Diya masih di tahun pertama pengajian.
"Diya, kau nak makan tak?"
"Nak tapi aku malas masak."
"Ala, aku mana tau masak. Mak su outstation la pula."
"Anak dara kena tahu memasak."
"Nanti kau ajarlah kat aku tapi hari ni."
"Aku betul betul tak dapat masak... kau pergi turun beli mee segera. Aku pun nak makan."
"Nak buat cam mana... kau tengok je le kerja aku." Diya menunjuk ke arah komputer ribanya.
"Kedai tu tak jauhkan. Aku takut la kalau jauh jauh."
"Ala yang depan tu seberang jalan."
"Jom la temankan aku, Diya."
"Okey Okey tapi janji kau masakkan mee segera untuk aku."
"Bab masak mee segera aku pakar."

Mini pasaraya yang Diya maksudkan hanya  seberang jalan sahaja. Sewaktu melangkah masuk matanya tertacap wajah seorang pemuda cina yang bekerja di kaunter. Entah mengapa pemuda itu menarik perhatiannya.
"Hoi, kata nak beli mee segera ni kenapa yang termenung kat sini."
Setelah membeli barang mereka ke kaunter. pemuda itu masih di situ dan menunduk membuat kerja. Malahan seorang pekerja lain yang menjadi cashier. Sejak itu Fifi kerap menawar diri untuk membeli barang di kedai tersebut. Namun begitu pemuda itu tidak pernah memberi perhatian kepadanya maupun pelanggan lain.
'Mungkin dia pemilik kedai ni kot.' Fikir Fifi.
Suatu malam Fifi sengaja berada di situ. Dia melihat pemuda itu masih situasi yang sama. Sentiasa menunduk tekun membuat kerja. Perlahan lahan Fifi cuba mengintai kerjanya.
"Khai... tolong abang kejap."
"Okey, abang." Pemuda itu berlalu ke belakang.
'Oooo, melayu. Nama dia Khai. Khairul, Khairuddin. Aku akan meminatimu Khai. My darling Khai."
Bertahun tahun juga dia menjadi peminat Khai namun hingga satu saat, Khai tiada di situ lagi. Berbulan bulan dia jadi pengunjung kedai tersebut tetapi tidak nampak bayangan Khai.
"Kak Ayu, boleh Fifi bertanya?" Fifi mengenali Ayu, isteri pemilik kedai tersebut setelah kerap mengunjunginya.
"Nak tanya apa?"
"Dulu ada pekerja yang rupa cina nama Khai tu mana ya?"
"Ooo Khai tu adik angkat abang Pian. Dia dah dapat kerja yang baik dan dah berkahwin. Selalu juga dia datang sini berjumpa abang Pian."
Bagai kaca terhempas ke lantai perasaan Fifi saat itu. Kecewa. Sejak itu dia jarang ke kedai itu lagi. Apabila Hanum mengesyorkan dia sambung belajar, dia terus setuju demi melupakan hatinya yang kecewa.
Balik ke rumah dia terus mengurung diri di dalam bilik. Diya telah tamat pengajian dan menjaga anak saudaranya. Dia tiada tempat mengadu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menelefon Diya. Dia sahabat baik yang sentiasa ada untuknya.
"Diya..." Suaranya melerek sayu.
"Assalamualaikum sahabatku, kenapa ni?"
"Waalaikumusalam.Dia dah kahwin."
"Siapa?"
"Crush aku la... 6 bulan aku tak nampak dia datang bekerja, tup tup dah kahwin."
"Tu la, bukan aku cakap, kau luahkan saja. Rugi pulak aku tak tengok mana satu crush kau tu. Depan rumah je."
"Tak nak, nanti kau yang dapat, bukan aku."
"Mana kau tahu?"
"Kak Ayu cakap."
"Hmmm... kalau dia jodoh kau, kau akan dapat dia semula tapi kalau bukan... move on la kawan."
"Nak move on macam mana?"
"Kan mak su suruh kau belajar dalam bidang fesyen... come on... jadi fesyen designer yang terbaik la sayang."
"Kau sayang aku?"
"Tentulah...kalau tak...tak de tempat aku nak gaduh."
"Ish kau ni... hah tu suara anak kau dah nangis."
"Okey lah Fifi, kau mesti move on... okey."
"Okey...assalamualaikum." Selepas Diya menjawab salam, dia memutuskan talian. Fifi menanam tekad untuk berjaya. MOVE ON!

MAAF IBU LAMBAT UPDATE SEBAB MENJAGA ANAK DALAM WAD. TIDUR TIDAK MENENTU DAN IDEA TAK DAPAT NAK PERAH... IBU CUBA MENULIS JIKA IDEA DATANG... MAAF

DHAZZMI

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang