BAB 66

118 10 0
                                    

KHAIRI melihat Diya termenung. Dari semalam Diya lebih banyak termenung dari bercakap.
"DD." Khairi duduk di sebelah Diya.
"Dapat tidur lena ke malam tadi?" Diya tidak menjawab. Dia hanya berdiam.
"Mana boleh lena tidur sebab setiap malam ada pelukan mesra dari si dia. Tidur lena dalam dakapan kasih sayangnya." Tubir mata Diya mula berganang. Tunggu masa untuk jatuh.
"Kenapa tidak menjawab. Diya rindukan diakan?" Rindu. Memang saat ini dia betul betul rindukan suaminya. Air matanya mengalir tanpa berhenti.
"DD sayangkan dia. DD perlukan dia dalam hidup DD tapi kenapa buang dia? Hey, mana adik KK yang kuat semangat. Dengar sini adik KK yang KK sayang, siapa DD ni pada nya?" Diya tunduk.
"DD, jawab lah, siapa dia pada DD dan siapa DD pada dia?"
"DD isteri dia. Dia suami DD."
"Dan Nana tu siapa?"
"Entah mungkin girlfriend abang."
"Kenapa cepat mengalah? Dia hak Diya, Diya kena rebut dia dari sesiapa saja. Jangan biar dia keseorangan dan kesunyian. Diya, seorang lelaki perlu perhatian seorang perempuan. Dia perlukan orang yang di sayangi dan dirindui itu ada disisinya. Tapi kalau dia terus ditinggalkan, mungkin dia boleh beralih arah. DD, berjuang untuk orang yang DD sayang." Diya mengesat air matanya.
"Perjuangkan demi rumahtangga Diya."
"Kenapa dulu KK tak perjuangkan rumahtangga KK dulu."
"Itu kes lain. Kami tidak menyintai antara satu sama lain. Lagipun KK bukan mampu nak beli bedak berkati tu." Diya tersenyum.
"Kan cantik kalau tersenyum macam ni. Jangan asyik masam dan monyok je, nanti anak saudara Pak Long asyik masam je."
"KK, Diya nak jumpa abang."
"Itu yang terbaik. Pergi siap cantik- cantik jangan serabai macam ni. Yusri pun takut nak jumpa."
"KK ni." Tersenyum Diya dengan gurauan Khairi.
"Diya, jangan mengalah begitu cepat. Rampas hak kau." Gumam Khairi. Dia turut masuk ke dalam rumah. Setelah dapat kebenaran dari kedua orang tua Diya, mereka bertolak ke rumah Yusri.
Puan Saadiah baru selesai memasak saat Diya sampai.
"Diya, umi faham perasaan Diya saat dicurangi. Tapi umi merayu tolong maafkan anak umi. Umi tidak pernah nampak dia begitu derita sebegini. Seharian semalam tidak menjamah makanan. Diya, tolong maafkan dia." Air mata tua mengalir di pipi Puan Saadiah. Diya merangkul tubuh tua ibu mertuanya. Rasa bersalah menyelubungi hati Diya. Dia bukan saja menyiksa satu jiwa tapi dua jiwa.
"Maafkan Diya umi."
"Kak, mari." Khaleeda menarik tangan Diya. Dia membawa Diya masuk ke dalam sebuah bilik.
"Abang mengurung diri dalam bilik ini. Sebelum ini bilik ini sentiasa berkunci dan abang tidak benar sesiapa masuk. Tadi abang tinggalkan pintu ni tidak berkunci. Eda masuk dan Eda rasa kak juga harus tengok sama apa di dalamnya."
Terkejut Diya apabila melihat bilik itu penuh dengan gambarnya. Gambar dari dia berumur 17 tahun. Terdapat beberapa lukisan potret wajahnya. Setiap hasil lukisan tertera tanda tangan YN... Terdapat gambarnya berdiri seperti duta jenama telefon berdiri de depan kedai kedai telefon. Ada ke kau samakan diri kau dengan duta popilar tu Diya. Tapi gambar tu lengkap dengan barang kemas YN.. Dia nak jadikan kau duta syarikat dia ke?
Yusri pulang ke rumah dengan langkah lemah. Saat matanya tertatap kereta milik Diya di halaman rumahmya, dia meluru masuk. Melilau mencari seseorang tetapi kecewa apabila terlihat Khairi.
"Oh kau rupanya, kenapa nak ambil kereta ke?"
"Dia dalam bilik tu sama Eda." Khairi faham isi hati Yusri. Yusri masuk ke bilik yang terbuka. Dia melihat Ddiya asyik melihat gambar gambarnya. Bahu Khaleeda di cuit sambil memberi isyarat diam. Dia menyuruh Khaleeda keluar dan mengunci pintu bilik. Perlahan lahan dia mendekati Diya. Yusri berdiri betul betul di belakang Diya.
"Eda, kenapa..." Diya terlanggar sesuatu di belakangnya. Dia berpaling sehingga hilang imbangan. Tangan kekar Yusri merangkul pinggangnya dan menarik Diya rapat ke dadanya. Lama Diya terpaku didalam dakapan suaminya. Dia merindui kehangatan tubuh suaminya itu. Tanpa disedari air matanya mengalir. Lama kelamaan menjadi esakan.
"Sayang." Yusri menjarakkan dirinya dan melihat wajah Diya. Di angkat wajah itu supaya menatapnya.
"Tolong maafkan abang, sayang. Abang sanggup lakukan apa saja asalkan sayang tidak tinggalkan abang." Air mata Diya di seka.
"Maafkan Diya abang." Yusri terus memeluk Diya semula. Dia terlalu rindukan isterinya walaupun baru sahaja mereka berjauhan.
"Diya tidak pernah buat salah. Abang sentiasa maafkan Diya."
"Sayang nak tanya apa tadi?" Tanya Yusri setelah berdakapan seketika.
"Set barang kemas tu.."
"Abang tempah khas sewaktu kita bertunang dulu. Abang nak jadikan hantaran tetapi lebur bila tahu bukan Diya tunangan abang. Abang simpan je..."
"Bukan ke YN tu boleh jadi tuk kak.. emp.." Bibir Diya di kucup. Yusri melepaskan kucupannya  dan menatap mata Diya sebelum mengucup sekali lagi bibir Diya. Diya membalasnya. Lama bibir mereka bertaut sebelum masing masing memcari udara untuk bernafas. Yusri membuka set barang kemas dari gambar tersebut dan memberi Diya memakainya.
"Kenapa abang tak bagi dari dulu?"
"Sejak kita kembali bersama, kita sibuk kan balik pun sekejap sekejap saja. Abang pun dah lupa hal ni. Dalam fikiran abang hanya Diya."
"Abang ni." Lengan Yusri di tampar.
Pintu bilik di ketuk.
"Woi, tak nak makan ke? Aku lapar le... lain kali bercinta lagi." Suara Khairi kedengaran di luar.
"Eee, macam mana mamat ni boleh jadi abang ipar aku." Rungut Yusri. Diya tersenyum. Mereka keluar dan menuju ke ruang makan. Ahli keluarga yang lain sudah menunggu. Selesai makan mereka solat berjemaah bersama.
"Okey lah, Khai nak balik ke rumah pak long, mungkin petang nanti balik kl."
"Khai nak ke sana, boleh umi tumpang, ada kelas usrah sekejap lagi. Lepas asar nanti Yus ambil umi ya."
Khairi berdiri dan mengamit ke arah Diya. Diya bangun menghampiri Khairi.
"Ingat pesan Kk, jangan mengalah perjuangkan hak Dd... goda dia sampai dia nak melekat dengan Diya 24jam... dan kau.." Khairi tunding jari ke arah Yusri.
"Kali aku lepaskan tapi sekali lagi aku tahu kau buat adik kesayangan aku ni menangis, siap kau lebam muka kau." Khairi tunjuk penumbuk kepada Yusri.
"Baik abang ipar tersayang, hamba akan jaga puteri kesayangan abang ipar tu dengan baik. Tiada sesiapa dapat ganggu dia."
Tersenyum Diya melihat perangai dua jejaki yang dia sayangi. Sebaik sahaja Puan Saadiah, Khaleeda dan Khairi pergi, Yusri mengajak Diya berehat. Diya tahu Diya sepertinya tidak dapat tidur semalam.
"Diya tak dapat tidur kalau bukan dalam dakapan abang."
"Siapa yang lari dari abang. Tolong jangan tinggalkan abang lagi."
Diya memberi kucupan di pipi Yusri sebelum memejamkan mata. Dia terasa terlalu mengantuk. Akhirnya kedua dua tertidur.

cinta pertamaWhere stories live. Discover now