BAB 41

131 11 2
                                    

Diya berdebar ketika sampai ke rumah keluarga Fifi. Rumah ini pernah dia datang saat dia kecil lagi. Adakah keluarga ini akan menerima dia setelah tahu siapa dia. Bukankah mereka membenci mak sunya.
"Assalamualaikum nek." Fifi menegur seorang nenek yang sedang bersantai di atas pangkin.
"Waalaikumusalam, bertuah punya cucu, bila balik."
"Baru je sampai terus ke rumah nenek."
"Bertuah punya anak, ada ke melambai je kat kita." Kelihatan seorang wanita gempal datang menghampiri.
"Assalamualaikum, mak. Saja nak suruh mak senaman." Fifi menyalam wanita tersebut.
"Diya, ni mak aku. Kau boleh panggil mak ngah. Mak ni kawan Fi, Diya."
Diya menyalam mak ngah dan nenek. Nek Kiah gembira menyambut tangan Diya. Baru saja melabuh punggung di pangkin, kelihatan seorang wanita lalu sambil menjerit
"Mak Kiah aku santau Zul...hhahaha."
"Kenapa tu?"
"Tu mak cik Gayah. Dia tak betul."
"Dia dengan arwah mak dia sanggup guna ilmu hitam untuk memusnahkan satu rumahtangga."
"Apa maksud nek?" Diya berminat.
"Anak nenek, pak long." Kelihatan sayu di wajah Nek Kiah. Tidak lama kemudian keluar dua orang wanita lagi. Mereka duduk di pangkin.
"Ni mak cik dan mak su aku. Dua dua I.T."
"Pandai le kamu buat gelaran."
"Betulkan."
"Fifi ni cucu nenek yang nakal Diya. Paling nakal sampai lari dari rumah."
"Dah sudah buka cerita. Nek, Diya dah tahu. Diya dengan mak su yang selamatkan Fifi."
"Ya nek. Masa remaja selalu memberontak. Diya pun sama."
"Nek kesian kat Hanum. Apa khabar dia?"
"Siapa nek?"
"Bekas isteri pak long. Masa mula mula pak long bawa jumpa dengan nek. Memang nek suka sangat. Baik, lemah lembut dan bersopan tapi selepas bertunang, sikit sikit kami mula benci dia. Masa kahwin, di rumah dia cantik betul tapi di rumah kami hodoh je rupa dia. Mak si Gayah tu, Hendon yang andamkan dia. Tak sangka boleh dia ilmukan Hanum dan memfitnahkan Hanum." Sedikit air mata mengalir di tubir mata.
"Apa yang jadi pada Hanum?"
"Entah... mungkin Hanum dah bahagia. Pak long, baru je balik ke sini. Kata nak mencari semula Hanum. Jika perkara tak berlaku tentu pak long bahagia sekarang."
"Nek tahu tak kat mama Hanum?"
"Nenek tak tahu tapi yang bertanya tu tentu tahu." Suara garau menegur mereka.
"Ni pak long aku."
"Dari kecil muka langsung tak berubah. How are you ,my baby?"
Diya melihat wajah lelaki yang tersenyum dihadapannya. Raut wajah masih seperti dulu.
"Baik, pak su."
"Mak, ni anak kami Diya. Mesti ada sebab Diya datang sini."
"Fifi cakap bapa saudaranya serupa pak su...memang pun."
"Mak su macam mana?"
"Sihat dan bersedih. Mungkin rindukan pak su."
"Hmmm..."
"Pak su tak rindu mak su ke?"
"Terlalu rindu."
"Habis tu kenapa berpisah?"
"Diya tak faham."
"Diya bukan budak kecil pak su."
"Selama ini pak su pendamkan. Biarlah depan anak pak su, pak ceritakan segalanya."

      ~•~•~•~
Bahagianya apabila dapat membina mahligai dengan insan yang di sayang. Namun begitu setiap balik kampung, ada sahaja yang tidak kena di mata keluarganya. Tidak sampai hati melihat isterinya berendam air mata. Demi menjaga hati isteri dan ibunya, dia pulang ke kampung tanpa isterinya. Setiap kali dia pulang, Gayah akan bawa pelbagai makanan untuk Zulhasni. Sejak mula makan makanan dari Gayah, Zulhasni merasa perubahan. Setiap kali balik ke rumah dan melihat wajah Hanum, dia merasa benci. Ada saja yang ingin di marahinya tetapi apabila di pejabat, dia akan merindui isterinya. Untuk mengelak dari pertengkaran, dia sering pulang lewat.
"Zul, kau ni kenapa?"
"Apa maksud kau?"
"Kerja tidak terurus."
"Aku..."
Zainal melihat wajah kawannya. Dia mengenali Zulhasni sejak dari universiti. Malahan dia yang jadi orang tengah dalam percintaan Zulhasni.
"Kau tak balik rumah ke?"
"Tak boleh, kalau balik rumah, aku nak marah dia saja. Aku sayang Hanum tapi aku tak tahu kenapa aku kena marah dia." Zainal terdiam. Dia keluar dari pejabat Zulhasni.

Dua hari kemudian Zainal datang membawa sebekas air.
"Zul, kalau kau sayang Hanum, minum ni."
"Sebaik sahaja dia habis secawan air tu, dia memuntahkan darah bercampur benda benda tajam."
"A...apa ni?"
"Kau di ilmu."
"Orang yang ilmukan kau akan lakukan terus selagi kau bersama Hanum."
"Kenapa?"
"Benci hubungan kau."
"Apa yang harus aku bual Nal?"
"Nanti ikut aku berjumpa bapa angkat aku."

Pertemuan dengan bapa angkat Zainal untuk berubat. Penyakitnya telah lama bersarang.
"Zulhasni, abah rasa kau kena perubatan yang teliti. Demi kebaikan kau."
"Apa saja abah."
"Kau ikut abah ke Mekah."
"Isteri saya."
"Lebih baik kamu jangan bersamanya buat seketika. Ceraikan dia. Jika dia jodoh kau, kamu akan bersama. Kalau kamu terus dengannya mungkin kamu akan kehilangannya buat selama lamanya."

     ~•~•~•~

"Jangan marahkan pak su, Diya. Pak su terpaksa. Pak su yakin jodah kami masih kuat. Pak su balik untuk bersama mak su semula."
"Pak su, Diya tak tahu nak cakap. Mak su pernah terluka. Mungkin pak su kena mengorat mak su balik."
"Bertahun pak su di Mekah, pak sudah lupa tentang arkitek. Pak su nak buka restoran."
"Nanti boleh le masak untuk Diya."
"Untuk baby pak su, minta je."
"Mak cik Gayah dan mak dia pak long pulangkan balik ilmu dia?"
"Isk..hanya Allah yang membalas. Pak su cuma menuntut ilmu akhirat. Sambil belajar memasak. Pak su cuma memasak untuk rakan rakan pak long."
Diya tersenyum. Dia bertekad untuk menyatukan semula mereka berdua.

Assalamualaikum...ibu tulis ni sementara tunggu anak dalam wad kecemasan. Dr 5 ptg hingga 12 am.. masih belum selesai... dlm.dduk termenung ibu berkarya. Maaf jika kali ini tidak memuaskan

cinta pertamaWhere stories live. Discover now