Pulang dari Sabah, Diya sibuk dengan kerjanya. Setiap hari dia akan menerima mesej dan panggilan dari Iqram.
"Kenapa Kak Ngah tak boleh terima Sir?" Tanya Nazri. (Maaf ibu dah konfius Nasir ke Nazri)
"Entahlah Alang, sebab hati ini dah dimiliki. Pencurinya tak nak pulangkan dan Kak Ngah mahu dia terus berada di sana."
"Sampai bila Kak Ngah nak tunggu dia?"
"Entahlah."
"Apa kata beri peluang kat Sir."
"Beria Alang promote ni, ada apa apa ke?"
Nazri tersenyum."Kak Ngah!" Sergah Nazri.
"Alang, terkejut Kak Ngah."
"Menungkan apa tu? Sir?"
"Isk...kenapa datang ni?"
"Nak minta tolong."
"Duit? Sorry ye baru je bagi minggu lepas."
"Isk bukan duit la.. Nak minta tolong call sir."
"Kenapa pula Kak Ngah?"
"Kak Ngah je yang ada nombor telefon bimbit dia. Tadi janji nak datang tapi x datang... semalam dia macam tak sihat je."
Diya terus menelefon Iqram. Namun begitu panggilan tidak diangkat.
"Kak Ngah tau tak rumah sir?"
Diya mengangguk. Nazri terus desak Diya membawanya ke rumah Iqram. Sesampai di rumah Iqram, keretanya masih ada di garaj.
"Assalamualaikum sir!" Jerit Nazri sambil menekan loceng. Tiada jawapan dari dalam.
"Assalamualaikum." Suara garau menegur mereka dari belakang. Diya dan Nazri berpusing.
"Diya!"
"Khai"
"Diya buat apa di sini?"
"Adik Diya ajak jumpa Iqram. Khai?"
"Dia mesej suruh datang."
"Tapi dia tak buka pintu, abang."
"Hari minggu begini pembantunya di beri cuti. Selalu dia tinggal seorang." Terang Khairi sambil membuka pintu rumah Iqram. Memang dia ada kunci pendua. Mereka semua masuk ke dalam rumah.
"Diya tunggu sini ya. Dik jom kita tengok Iqram dalam bilik dia."
Nazri mengikuti Khairi naik ke atas. Tidak lama kemudian mereka turun dengan memapah Iqram.
"Badan dia panas, jom bawa dia ke klinik." Diya mengikut mereka. Dia mengambil tempat duduk di belakang bersama Iqram. Iqram melentokkan kepalanya kepada bahu Diya. Serba salah Diya dibuatnya.
"Nazri boleh memandu?"
"Boleh abang."
"Nah bawa kereta, abang duduk belakang dengan abang Iqram. Diya kat depan." Khairi tidak mahu Iqram melanggar batas murni seorang gadis melayu. Dia faham keadaan Diya tadi.
Sejak itu hubungan Diya dengan Iqram semakin rapat. Setiap kali bertemu, Diya lebih selesa jika Khairi ikut sekali. Diya tidak mahu berdua duaan dengan Iqram. Iqram ikut kehendak Diya asalkan dapat bertemu. Hanya satu cara sahaja untuk berdua duaan dengan Diya adalah dengan menjadikan Diya halal untuknya. Hasrat itu disampaikan kepada keluarganya. Mereka tidak pernah membantah kemahuannya malahan gembira dengan keputusannya."Diya, pak su dah setuju."
Iqram luahkan hasratnya. Khairi ada sebelahnya hanya melihat telefon. Dia enggan masuk campur. Malahan hasrat tersebut telahpun dimaklumkan oleh Iqram kepadanya.
"Setuju apa?"
"Untuk kita bertunang dan bersatu."
"Hmmm..."
"Mereka akan datang ke sini untuk uruskan hal ni."
Diya terdiam. Entah mengapa jiwanya resah.
"Diya...Diya?" Diya hanya menjeling ke arah Khairi. Khairi hanya tersenyum. Akhirnya perlahan lahan Diya mengangguk.Sebaik saja pulang ke rumah, Diya keresahan. Haruskah dia terima lamaran Iqram. Kenapa dia tidak merasa berdebar debar apabila menerima lamaran Iqram. Atau cara Iqram tak romantik? Tak mungkin tapi ... Seraut wajah tiba tiba terlintas di mindanya. Wajah yang sentiasa dirinduinya.
'Apakah aku mengharapkan dia yang melafazkan hasrat itu. Apakah niat aku selama ini keluar bersama Iqram. Diya, Diya kau tidak sedar yang kau telah meletakkan harapan kepadanya. Ah! Apa yamg harus aku buat? Bolehkah aku terimanya sedangkan hatiku milik orang lain.Khairi melepaskan lelah sebaik saja pulang dari bertemu Diya dan Iqram. Rumahnya sunyi. Di mana isterinya? Hatinya tertanya tanya namun dibiarkan. Memiliki isteri seperti hidup bujang. Makan minum dan pakaian, semuanya dia uruskan sendiri. Khairi mengeluh.
"Hah! Kata pergi jumpa Abang Iqram, mana dia?" Suara isterinya memetir di telinganya.
"Buat apa dia nak datang sini?"
"Kan saya suruh ajak dia ke sini, saya rindu dia."
Sedap mulut je cakap rindu pada orang lain depan suami, namun begitu ayat tu hanya bermain di fikirannya, tak mampu meluahkannya. Bukan dia takut isterinya tetapi dia tidak mahu memulakan pergaduhan. Khairi bangun dan keluar.
"Nak ke mana tu?" Zarina tinggikan suara.
"Nak beli makanan le sayang oii...nanti mengadu kat mak awak yang saya tak bagi makan pula." Khairi melangkah keluar. Dia lebih tenang di luar dari di rumahnya. Sejak mendirikan rumahtangga, tiada apa yang membahagiakan. Selalu hatinya di sakiti dengan kata cerca dari Zarina. Sering kali Zarina membandingkan dia dengan Iqram. Zarina tidak pernah melayannya dengan baik . Cuma diawal perkahwinan mereka bahagia. Zarina mengaku yang dia tidak pandai memasak tetapi semua itu boleh belajar. Namun hingga.kini dia tidak merasa air tangan istetinya. Malahan dia terpaksa sediakan makan minum isterinya. 'Kenapa Diya hadir begitu lambat. Tapi aku sayangkan Diya adakah aku cintakan Diya?'
Khairi sendiri keliru dengan perasaannya."Assalamualaikum bro." Pintu biliknya di terjah. Wajah tampan majikannya terpacul di muka pintu.
"Wei, bila balik?"
"Semalam."
"Hmm..terus kerja."
"Tak, aku nak balik kampung ni. Hantar anak aku sementara mencari pengasuh."
"Mana anak buah aku yang comel tu?"
"Ada kat luar, main dengan Aida. Jom lunch."Yusri pulang setelah pentadbiran syarikatnya di Indonesia semakin kukuh. Kembalinya dengan satu tujuan memenangi hati pujaan hatinya.
Yusri pulang untuk menaggih cinta... Khairi tidak bahagia demgan perkahwinannya dan Iqram ingin mengikat cintanya dengan Diya... Siapakah pilihan Diya????

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?