BAB 4

200 9 0
                                    

DIYA mengeluh. Entah apakah malang nasibnya hari ini. Dari kotaraya ke kampung, bas yang dia naiki mengalami kerosakan mengakibatkan dia sampai lambat dan kini, kereta sapu yang disewa turut rosak. Abahnya pula tidak dapat mengambilnya kerana ada urusan. Nasib baik pak cik teksi kelihatan seperti lelaki baik.

YUSRI ingin ke kedai rakannya malam itu. Telah lama dia menghabiskan masa dengan kerja demi membina magligai dengan gadis pilihannya. Beberapa hari lagi dia akan menukar statusnya. Hatinya merasa bahagia. Dari jauh dia nampak kereta pak din berhenti. Mungkin kereta yang sudah bertahun berbakti dengan pak din meragam lagi.
"Assalamualaikum, Pak Din. Kereta meragam lagi ke?"
"Waalaikumusalam... Oh, kamu Yusri. Biasa le...kereta dah sama usia dengan aku..hihihi." Pak Din ketawa. Yusri turut ketawa.
"Nasib baik kamu lalu sini, Yus, Pak Din nak minta tolong."
"Nak tolong tolak ke?"
"Tak...Pak Din ada pelanggan dalam kereta tu. Kasihan dia, dah le perempuan...nak tunggu Pak Din baik kereta ni jauh malam dia balik nanti. Boleh tolong hantarkan dia ke kedai kawan kamu tu. Kat sini gelap."
Yusri menjengok ke dalam kereta. Gadis pujaannya di dalam kereta. Tak salah dia hantar sampai ke rumah bakal mertuanya. Tentu tunangnya pulang untuk majlis mereka.
"Tak pe Pak Din...saya pastikan dia sampai rumah."
"Anak, ikut anak muda ni ya. Sini gelap, tak elok untuk kita berdua. Dia budak baik. Pak cik kenal dia. Kalau apa apa berlaku anak datang cari pak cik...orang kampung sini semua kenal Pak Din Teksi. InsyaAllah anak selamat sampai rumah."
Yusri telah mengambil beg kepunyaan Diya dari bonet kereta Pak Din.
"Jom.."
Diya keluar dari kereta dan terus berjalan.
"Jom naik motor abang."
"Terima kasih saja lah. Tak manis kalau orang nampak. Lagipun kedai tu dah dekat. Dari tadi saya nak jalan tapi Pak Din tak benarkan."
"Betul tu. Bahaya kalau adik nak jalan seorang."
Yusri masih menyorong motorsikalnya.
"Emmm, adik ni siapa nama, dari mana?" Yusri tidak mahu kesunyian antara mereka walaupun dia tahu nama tunangnya.
"Diya."
"Dia...D I A." Yusri mengusik
"D.I.Y.A..." Diya mengeja namanya.
"Nama abang Yusri...boleh panggil abang Yusri atau sayang pun tak pa."
'Isk gatal juga lelaki ni.' Gerutu hati Diya.
"Diya dari mana ni?"
"Dari kotaraya. Cuti semester. Lagipun kat rumah nak ada kenduri."
'Kenduri kita lah sayang. Tak sabar abang nak hidup bersamamu sayang.' Bisik hati Yusri. Hatinya berbunga dapat bersama dengan tunangnya.
"Hey, Yusri nak ke mana tu?" Laung rakannya membuat langkah mereka berhenti. Dah sampai ke kedai rupanya. Kenapa cepat sangat sampai...bisik hati Yusri. Dia tidak puas berbual dengan tunangnya.
"Tak pe Yus, dah kahwin nanti, boleh sembang puas puas."
"Apa awak cakap?"
"Tak ada apa apa."
'Nasib baik dia tak dengar. Nanti kata aku yang tak sabar.'
"Kita singgah sini dulu, minum, lepaskan lelah tu."
Diya akur. Wajah pemuda yang membantunya di tatap.
'Kacak juga brother ni. Hmmm...kalau jadi pak we aku...bestnya.' Diya tersenyum seorang.
"Kenapa tersenyum?"
"Tak ada apa apa."
"Tapi manis tau kalau Diya tersenyum."
Diya tunduk malu akibat pujian Yusri. Sambil menunggu pesanan, Yusri  berbual dengan rakannya. Diya mengambil peluang menggunakan telefon Kamariah untuk hubungi adiknya. Dia meminta adiknya menjemputnya di kedai tersebut. Sebaik saja Naim, adiknya sampai, Diya memohon diri.
"Diya, nanti dulu. Diya tak minum dulu." Yusri mencapai tangan Diya. Jari Diya di gengam.
"Lepaskan." Diya merentap tangannya.
"Diya, abang akan hantar Diya balik."
"Terima kasih, adik saya ada."
"Tapi abang nak berbual dengan sayang lagi."
"Siapa awak nak panggil saya sayang?"
"Abang tunang sayang kan"
PANGGG...Satu tamparan hinggap di pipi Yusri .
"Saya masih belajar dan bukan tunang sesiapa!" Marah Diya sambil berlalu. Yusri  masih terpana dengan tangan di pipinya. Adakah tunangnya mahu memutuskan hubungan bila melihat dia . Tak kan hanya tinggal seminggu. Yusri  pulang dengan perasaan kecewa. Hatinya tidak berhenti agar jodohnya berkekalan.

AWAL pagi Puan Saadiah menyediakan sarapan. Sudah lama keluarganya tidak berkumpul bersama. Dia dapat rasa Yusri boleh menerima kehadiran papanya walaupun selama ini dia yang membesarkan Yusri bersendirian. Darjat telah memisahkan dia dengan suaminya ketika Yusri masih dalam kandungan. Demi keselamatan dirinya dan anak yang dikandungkan suaminya sedia menceraikannya sebaik sahaja anaknya dilahirkan. Dia tidak menyangka selama ini suaminya masih mencarinya walaupun sudah beristeri. Akhirnya, setelah 17 tahun, mereka bersatu semula. Walaupun pada mulanya dapat tentangan dari isteri suaminya.
"Umi, kami dah balik." Kedengaran suara Yusri membuat dia segera ke hadapan. Yusri dan suaminya baru pulang dari masjid.
"Ni abang belikan kuih muih untuk sarapan."
"Buat apa beli ni..Yah dah buat mee goreng untuk sarapan."
"Tak pe le Yah, dah belipun."

"Yus, hari ni kita keluar beli barang barang dengan Dira."
"Dira, siapa Dira?"
"Hai kamu ni, tu tunang kamu lah."
"Kenapa Dira? Umi tau tak semalam saya ditampar kerana menyangka anak dara orang tu tunang saya."
"Umi nak yang terbaik untuk Yus."
Yusri terdiam. Kini dia baru tahu dia bertunang dengan orang lain. Mampukah dia menjadi suami kepada orang yang tidak dia cintai. Usai makan, Yusri terus masuk ke bilik.
"Kenapa ni Yah...Yus nampak seperti kecewa saja?"
Akhirnya Puan Saadiah menceritakan pertukaran orang dalam majlis pertunangan tersebut. Itu semua kerana pernolakan dari pihak perempuan.

SEPERTI yang dijanji, Yusti akur dengan peraturan uminya. Dia tidak mahu membantah kerana umi adalah segala galanya dalam hidupnya. Jika uminya mengatakan ianya terbaik, dia akur. Sesampai di rumah tunangnya, matanya tertacap dua gadis di tingkap memandang ke arahnya. Kedua dua gadis itu mempamerkan mahkota mereka tanpa segan silu. Dia yang menunduk malu untuk menatap.

"ABAHNYA, tu menantu dalam kereta, pergi jemput dia masuk." Cikgu Hajar gembira kerana sejak bertunang, ini pertama kali bakal menantu datang. Cikgu Jalil keluar untuk menjemput tetamu.
Diya sibuk di dapur menyediakan makanan untuk tetamu dan saudara mara yang datang menziarah. Mereka berbincang tentang majlis perkahwinan kakaknya.
"Diya ikhlas ke?" Tanya Mak Ndak.
"Ikhlas apa ni mak ndak?"
"Bukan ke tunang Dira tu boyfriend Diya?"
"Boyfriend? Diya mana ada boyfriend."
"Diya, kami tahu yang si Yusri tu pinang Diya dulu tapi ibu kamu tu yang tolak dan tawarkan Dira."
"Pinang? Ooo memang ada orang pinang Diya tapi Diya tolak sebab Diya nak belajar lagi."
Mak mak saudara yang membantu Diya hanya mampu mengangguk. Mereka tidak mahu Diya tahu macam mana ibunya memburukkan Diya.
"Dah siap semua? Bak sini, aku nak hidamgkan kat bakal suami aku." Dengan lagaknya Dira masuk ke dapur. Dia telah berhias cantik untuk tetamunya terutama bakal suaminya.
"Sejak bila kakak aku bertudung ni?" Bisik Diya. Dia mengaku kakaknya memang cantik. Dari dulu kakaknya menjaga kecantikannya. Tidak sepertinya, kasar dan comot. Layak kakaknya bertemu jodoh dengan pemuda itu.
"Diya, kamu pergi keluar ke mana mana asal jangan ada di rumah." Halau Cikgu Hajar . Dia tidak mahu tetamu melihat Diya yang menyediakan makanan di dapur. Diya akur dan masuk ke biliknya.
"Huh, tu nak burukkan Diya lagi le. Kasihan anak aku tu." Rungut mak lang. Dia terlalu sayangkan anak susuannya.
"Kak ngah nak keluar ya. Alang nak ikut." Adik lelakinya, Nazri.
"Ibu suruh keluar."
"Saja ibu nak nampakkan kak ngah kaki enjoy." Rungut Nazri.
"Angah, acik nk ikut."
"Adik pun."
Adik adiknya memang rapat dengan Diya.
"Ok, pergi siap cepat. Kalau lambat kak ngah tinggal."

cinta pertamaWhere stories live. Discover now