BAB 75

354 13 4
                                    

CIKGU Jalil Zhen melihat halaman yang penuh dengan tetamu. Dia melihat isterinya ramah melayan kedua ibubapa yang sudah tua. Dia bersyukur Khairi danDiya berusaha merapatkan mereka sekeluarga.

                ******

Awal pagi Diya mengajak dia dan isterinya keluar berjalan jalan. Sejak Khairi hadir dalam hidup Diya, dia turut anggap pemuda itu anak dia. Malahan Khairi pandai memikat hati isterinya.
"Kita nak ke mana ni Khai?" Tanya Cikgu Hajar setelah lama mereka tinggalkan rumah mereka.
"Ala kalau bagi tahu kat ibu, tak surprise la ibu."
"Diya ni dari tadi abah tanya tak jawab. Ni kes bergaduh dengan Yus ke?" Cikgu Jalil melihat ke belakang. Anak keduanya hanya memandang keluar.
"Mana ada gaduh la abah." Jawab Diya manja. Khairi tersenyum.
"Bukan bergaduh lah abah, ni  kes merajuk." Khairi mencelah sambil ketawa.
"KK..." Diya menarik muka.
"Merajuk apa pula ni."
"Sejak berbadan dua ni nak melekat je kat Yusri. Ni Yus pergi Johor tak nak ajak dia sebab balik hari, tak nak Diya penat."
"La, patut le."
"Nak tak nak saya ni le yang kena pujuk dia abah, tak kesian ke kat saya ni."
"Ala, siannya anak ibu ni. Nanti minta Fifi pujukkan." Diya ketawa.
"Padan muka nak manja sangat dengan ibu orang."
"Ala ibu dia ibu kita juga le, kan ibu kan."
"Kamu berdua anak ibu, tak ada bezanya." Bahu Diya di rangkul.
"Hah, dah sampai." Khairi memberhentikan kereta di sebuah perkampungan nelayan.
"Khai..." Lemah suara Cikgu Jalil. Dia tahu tempat yang Khairi bawa. Seorang lelaki keluar dari rumah. Khairi keluar dari kereta. Dia bersalaman dengan lelaki itu. Perlahan lahan Cikgu Jalil keluar dari kereta.
"Alan." Panggil Cikgu Jalil.
"Gege..." Mereka berpelukan. Rindu sangat dia kepada adiknya itu. Diya dan Cikgu Hajar turut turun dari kereta. Alan mengajak keluarga abangnya masuk ke dalam rumah.
"Abang masih ingat rumah ni?"
"Tentu... apaa, amaa?"
"Mari..." Alan mengajak Cikgu Jalil ke sebuah bilik. Di dalam bilik kelihatan pasangan suami isteri yang duduk di atas kerusi roda.
"Amaa dan apaa asyik tatap gambar keluarga kita. Semua dah tinggalkan kita abang. Hanya tinggal kita berdua je." Cikgu Jalil menghampiri kedua dua orang tuanya.
"Apaa, Amaa."
"Ji An?" Si ibu terus memeluk anak sulungnya. Dia sentiasa merindui anaknya.
"Amaa, Apaa, Jalil minta maaf."
"A...A...pa... mmmm...min..ta ma... af." Tergagap gagap bapa Cikgu Jalil bercakap. Dia mengalami penyakit angin athma. Cakapnya juga susah difahami.
"Jalil dah lama lupakan semua tu. Cuma Jalil sibuk kebelakangan ni." Pertemuan itu membawa hubungan erat kedua keluarga. Dia bersama sama Alan menjaga ibubapa mereka.

               ******

"Abah, menung apa tu?"
"Diya, teringat usaha Khairi satukan keluarga kita."
"KK... Eh abang Khai tu berusaha demi keluarga."
"Bertuah betul kamu dapat abang macam Khai. Bercakap pasal dia, abah tak nampakpun dia."
"Tu panjang umur dia... tadi bagi tahu Fifi tak sihat."
"Hai ada isi ke tu?"
"Mungkin kot abah."
"Bertambah lah cucu abah. Mana cucu abah?"
"Siapa Diyana ke Diyan?"
"Diyana abah nampak tu main dengan pak sunya. Diyan le."
"Tidur kat dalam bilik."
"Hai kesayangan KK, mana baby pak long?"
"Baby pak long tidur... jangan kacau baby... tu bakal tu jaga baik baik."
"Bakal? Mana DD tahu?"
"Lupa ke bini KK ni bestfriend DD." Diya merangkul bahu rakan karibnya.
"Sayang, jom ada tetamu nak jumpa." Yusri sampai menghampiri mereka yang berbual.
"Pergilah ke sana. Abah nak tolong ibu tu layan atok dan nenek."
"Jom bro, Mus pun ada kat sana."
Mereka semua berjumpa tetamu.
"Hai Mus, lama tak nampak."
"Kau tu Khai sibuk sangat. Sejak beristeri ni dah tak masa nak lepak."
"Eh, mana ada. Aku belajar ilmu dari Yus."
"Aku pula kena? Tapi aku cakap terus terang, aku memang tak boleh jauh dengan cinta hati aku ni." Yusri terus merangkul bahu Diya.
"Iks, abang ni malu la." Diya memukul lengan Yusri.
"Apa nak malukan DD bukan kami tak biasa dengan Yus ni. 24 jam nak romantik je."
"KK jeles la tu sebab tak dapat berkepit 24 jam... bidang kerja lain lain."
"Jap, jap kenapa KK DD. Fifi dari dulu nak tanya tetapi selalu lupa bila dapat berbual."
"Betul, aku pun tertanya tanya."
"Dulu masa kami mula mula kenal, kebetulan nama bapa kami sama dan aku tua dari Diya aku suruh dia panggil abang. Kata Diya abang tu hanya untuk suami dia. Untuk hormat aku Diya mula panggil aku KK.. Bermaksud Kanda Khai. Tu sebab aku panggil dia DD Dinda Diya." Semua mengangguk mendengar penjelasan Khairi.
"Aku dengar Fifi tak sihat tadi." Yus bertanya.
"Ah, biasa le tu, Yus cuma dia tak macam orang tu, merajuk merajuk."
"Ye ke? Tahniah." Yusri berjabat tangan dengan Khairi.
"Bro aku dah kau bila?"
"Hey, see the leg la. Cuma aku yang alahan. Dia relax je."
"Biarlah dia merasa." Zarina mencebik. Mereka ketawa.
"Din, korang berdua bila lagi?"
"Kami tak nak ambil risiko." Balas Udin. Dia dari tahu tersenyum melihat keluarga bahagia bersamanya.
"Eh, korang tahu tak berita Nana?"
"Dah lama tak tau berita."
"Dia dibuang keluarga. Dia mengandung dan kini mengidap penyakit AIDS."
"Berkesan juga penangan kau Udin."
Udin tersenyum.
"Tak juga. Boy tu meninggal kerana AIDS juga dalam penjara."
"Abang Yusri tahu tentang Boy juga ke?"
"Hmmm kawan Aleesya kan."

Mereka berbual mesra. Mereka sendiri tidak menduga mereka akan menjadi sahabat yang baik. Andai Iqram ada bersama tentu dia juga bahagia. Diya juga bersyukur kini abahnya bahagia keluarganya. Ibunya kini boleh terima kehadiran mereka. Lokman, sepupunya juga akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Nazri pula bakal menjadi seorang doktor. Nazim menjadi chef atas didikan Zulhasni. Zulhasni dan Hanum juga bakal menimang cahaya mata walaupun usia awal 40an. Bagi Zulhasni cukuplah hanya satu zuriat mereka kerana Hanum tidak sihat sepanjang mengandung.

Kak Dira, terima kasih atas pengorbananmu untuk Diya kecapi kebahagiaan. Kak Dira, selama ini Diya ingin juga mempunyai kakak yang boleh berkongsi  masalah bersama. Allah mengambil kak Dira dan memberi Diya abang yang sangat penyayang. Ya Allah, terima kasih dengan aturanMu untuk semua hambaMu. Ya Allah , Alhamdulillah atas kurniaan semua ini.

TAMAT

ASSALAMUALAIKUM
AKHIRNYA TAMAT JUGA CINTA PERTAMA NOVEL PERTAMA IBU DALAM WATTPAD. HARAP ANAK2 SEMUA TERHIBUR.
TUNGGU NEXT NOVEL...
SIRI SERAM BTS.. BERTAJUK THE DORM...

LOVE U ALL

DHAZZMI

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang