Peristiwa hitam Diya sampai pengetahuan pihak atasan.
"Diya, Datuk nak jumpa."
"Kenapa Kak Hana?" Hana hanya menggelengkan kepala. Hati Diya berdebar. Adakah ini melibatkan masa depannya? Bagaimana dengan cita citanya?
"DD, okey ke?" Diya hanya mengangguk.
"KK percaya DD kuat semangat." Khairi memberi semangat kepada Diya. Malahan dia mengambil berat tentang Diya. Sejak peristiwa itu dia sentiasa pulang bersama Diya. Kaki Diya melangkah lemah ke pejabat majikannya. Segala ayat pelembut hati yang dia tahu dibaca. Perlahan lahan pintu di ketuk. Suara menyuruh dia masuk kedengaran. Pintu dikuak dan Diya menjengok ke dalam.
"Nadiya, masuk."
"Terima kasih, Datuk."
"Jemput duduk."
Diya duduk dalam kegelisahan.
"Boleh cerita apa yang berlaku?"
"Emmm..."
"Sebenarnya Badrul tu seorang pekerja yang banyak membantu syarikat. Dia bijak berkata kata dan mempunyai daya tarikan pelanggan. Dia aset yang berharga bagi syarikat. Tapi masalah sosial dia kami tak boleh halang."
Diya tunduk.
"Nadiya?"
"Jika saya membuat aduan, adakah saya diberhentikan?"
"Saya menyerahkannya kepada lembaga pengarah. Saya tidak boleh membuat keputusan. Selama ini tindakan liar Badrul, tiada seorang pun berani mengadu. Ada yang termengandung pun."
Diya tersenyum mendengar perkata termengandung.
"Cuma saya rasa pihak kami tidak akan memecat pengurus pengurus seperti Badrul tu."
"Kalau macam tu tak guna saya membuat aduan."
"Saya akan pastikan Badrul tidak akan mengganggu Nadiya lagi dan tindakan displin akan kami lakukan. Perlakuan dia akan kami pantau."
Datuk Yusuf merenung ke dalam wajah gadis kacukan cina.
"Nadiya jangan risau, dia tidak akan berani mengganggu Nadiya lagi."
"Tapi bagaimana dengan gadis lain?"
"Kami pastikan tiada gangguan seksual di waktu pejabat tetapi luar pejabat, saya tidak bertanggungjawab."
"Nadiya tidak berpuas hati ke?"
Diya diam. Dia hanya pelajar praktikal. Syarikat tidak merasa rugi kalau kehilangan dia tapi Badrul.
"Datuk, kalau tidak ada apa apa, saya minta diri dulu."
Datuk Yusuf hanya mengangguk. Diya keluar dari pejabat Datuk.
"Wei, apa cer?"
"Cer apanya, ayam kampung nak lawan ayam tambatan, mana boleh menang."
"Habis tu kau tak kena tindakan apa apa?" Diya menggeleng.
"Kita cuma pelajar praktikal je. Asal kita tidak dibuang atau digagalkan dah."
Diya hanya memberi senyuman sinis.
"Dont worry sis, whatever happen I'll be by your side."
"Pergh... speaking Londan lagi tu."
"Aduiii, baru nak tunjuk pandai udah kena kutuk."
"Kau tu muka serius masa cakap tadi...risau pun ada." Diya ketawa. Khairi turut ketawa bersama Diya. Hati Khairi tenang daoat melihat wajah ceria Diya semula. Wajah yang tersenyum manis yang dihiasi dengan lesung pipit di kedua dua belah pipinya.
"DD, kau tak rasa apa apa ke?"
"Rasa apa? Kau jangan nak fikir bukan bukan KK."
"Rasa lapar la... dah masuk waktu rehat la."
"Ooo... bro aku ni lapar...jom makan."
Mereka berdua melangkah keluar dari pejabat.
"Abang ada temujanji dengan pelanggan ni. Sayang boleh keluar lunch seorang ke?...Oh..okey."
Suara tu. Diya melihat ke hadapan. Hanya belakang seorang lelaki yang berpakaian kemas. Bayangan lelaki itu hilang di sebalik lif. Khairi turut melihat apa yang Diya lihat.
"Hey, kuch kuch hota hai?"
"Apa?"
Khairi hanya tersenyum. Terserlah juga pipinya yang memiliki lesung pipit.
"Apa maksud kau kuch kuch hota hai?" Tanya Diya sewaktu kaki mereka melangkah masuk ke dalam lif.
"Kau cari le maknanya."
"Tak sangka mamat brutal macam kau layan hindustan."
"Nak buat macam mana, dah tunang suka hindustan. Layan je le."
"Tunang? Kau dah tunang KK?"
"Wey, siapa yang tunang?" Mus mencelah ketika pintu lif tingkat 7 terbuka. Mus dan rakan partikal lain menerjah masuk ke lif.
"Wey budak akaun dah masuk. Banyak duit kira hari ni."
"Hari hari kira sampai tak terkira."
Berderai tawa mereka dalam lif. Hanya mereka pelajar praktikal di dalam lif tersebut. Tidak lama kemudian 4 lagi rakan menyertai mereka sebelum sampai ke tingkat bawah. Mereka ambil tempat yang agak jauh dari meja pekerja tetap.
"Eee...bencinya aku tengok Encik Bad tu."
"Bad apa? Badak?"
"Memangpun badak sumbu, asyik nk nyondol sumbu dia kat orang." Rengus Farah tanpa selindung.
"Nak buat cam mana, kita cuma pelatih. Di marah pun tak guna."
"Orang macam dia tu bagi cili.je...baru tau."
"Hai, bahagian akain pun kena ke?"
"Bagi fail sampai nak pegang tangan."
"Kita jangan melayan dia sangat. Kalau kita layan...seronok le dia jadi koleksi dia."
YOU ARE READING
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?