BAB 7

176 9 0
                                    

HATINYA sakit apabila melihat Diya tersenyum riang dengan pemuda tu? Siapakah pemuda itu? Dia tidak pernah tengok pemuda itu sebelum ini tapi dia dilayan mesra oleh semua ahli keluarga. Diya juga begitu mesra bergurau dengan pemuda itu depannya. Sakitnya...
Yusri cuba pejamkan mata dan bayangan Diya datang menggodanya. Apakah ini namanya cinta? Wajahnya sentiasa terbayang. Yusri hanyut dengan godaan bayangan Diya.
AZAN subuh mengejutkannya. Dia merasa sesuatu yg berat menindih dadanya. Tangannya juga merasa kebas. Ada seseorang tidur dalam dakapannya...Diya?
"Hmmm.." suara manja kedengaran.
'Dira, Ya Allah, aku meniduri isteri aku sambil berkhayal wanita lain. Perlahan lahan dia kejutkan Dira.
"Dira, bangun solat subuh."
"Hmm..." Dira mengalih kedudukannya. Yusri melepaskan diri dan terus ke bilik air. Dia melalui dapur sebelum ke bilik air. Ada seseorang sibuk di dapur. Yusri mengintai dan melihat Diya sibuk menyediakan sarapan. Begitu lincah gadis itu di dapur. Dia leka melihat gerak geri Diya.
"Eh, Abang Yus nak gunakan bilik air ke?" Tegur Nazri. Yusri menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Mukanya kemerahan kerana kantoi dengan adik iparnya. Nazri mengerling ke arah dapur. Dia tersenyum sambil memberi isyarat zipkan mulut kepada Yusri. Bahu abang iparnya ditepuk perlahan sambil berlalu ke biliknya. Yusri segera masuk bilik air sebelum yang lain nampak perbuatannya.
USAI solat subuh dia lihat komputernya. Kerjanya masih banyak nak diuruskan walaupun bercuti. Syarikat sendiri tak kan nak buat kerja main main. Dia melihat isterinya masih kepenatan. Berkali kali dia mengejutkan Dira untuk solat subuh masih tidak bergerak. Akhirnya dia menjadi bosan...bangun lah dia nanti, bisik hatinya. Matanya tertumpu semula ke komputer. Dia tenggelam dalam lautan kerjanya sehingga tidak tahu keadaan sekeliling. Apabila cahaya matahari mengintai di celah ruang ruang kecil, baru dia melihat jam...dah pukul 8.
BAU semerbak nasi lemak menyusuk hidungnya saat dia masuk ke ruangan makan.
"Assalamualaikum." Tegurnya kepada ahli keluarga barunya. Mereka sedang menjamu selera. Matanya mencari wajah kesayangannya. Malang Diya tiada bersama keluarganya.
"Yus, mari sarapan. Dira mana?"
"Ada dalam bilik." Matanya tertacap hidangan di atas meja. Sambal tumis udang petai...makanan kegemarannya. Macam mana Diya tahu makanan kegemaran dia. Dia tahu Diya yang memasak semua ini.
"Makan Yus, tunggu Dira, kebulur kamu nanti." Kata mak mertuanya sambil menyedok nasi lemak ke pinggannya. Segera dia mengambil sambal tumis udang.
"Macam abah juga kamu ni, Yus, suka sambal tumis udang. Abah ni kalau Diya balik ni je yang diminta." Terang Cikgu Jalil. Dia bangga dengan hasil masakan anak keduanya. Yusri menikmati masakan Diya. Baru mahu makan tambahan kedua, seseorang memberi salam dan masuk melalui pintu belakang.
"Assalamualaikum , pak long...wow dah masak sambal tumisnya." Tanpa di pelawa pemuda itu mengambil pinggan dan menyedok makanan sendiri.
"Diya mana?" Tanyanya sambil memandang sekeliling.
"Kak Ngah dalam bilik. Nak study katanya."
Segera pemuda itu membawa makanan ke bilik Diya.
'Hish melampau budak ni, bawa makanan ke dalam bilik Diya pula. Siapa dia ni?'
"Jangan ambik hati dengan perangai Lokman tu, Yusri. Rumah ni dah macam rumah dia." Cikgu Hajar cuba menerangkn kepada Yusri. Macam dia baca fikiran Yusri. Lokman? Apa hubungan dengan Diya? Persoalam bermain difikiran Yusri

DIYA memandang wajah Lokman. Lokman masih menyuap nasi ke mulutnya. Persoalan yang keluar dari mulut Lokman masih x boleh di jawab.
"Ok kalau Diya tak nak jawab. Jom kita study kat luar... ni study week...lebih baik study dari fikir hal tu." Diya akur. Sukar menjawab soalan Lokman. Macam mana Lokman boleh nampak dia dan Yusri sedangkan mereka berjumpa di bandar berjauhan dengan bandar mereka. Malahan Lokman baru sampai pagi semalam.
"Jom lah...tak elok aku berdua dengan kau dalam bilik...aku dah nampak syaitan nak masuk bilik ni dah."
"Man!!" Jerit Diya. Lokman berlari ke dapur membawa pinggan kosongnya. Segera dia ke sinki membasuh tangan dan pinggan yang dia makan. Dia tahu kalau tidak berbuat demikian... Diya yang menjadi mangsa mencuci semua.
"Pak Long, Mak Long, Man nak minta kebenaran nak study bawah pokok mempelam dengan Diya. Peperiksaan kami dah dekat." Lokman meminta kebenaran. Maknya ajar supaya meminta kebenaran walaupun dengan sepupunya. Setelah mendapat kebenaran, Lokman menunggu Diya. Diya keluar dengan banyak buku di tangannya.
"Lambatnya...kau bersolek untuk nampak cantik depan abang ipar kau ke?"
"Choiii mulut kau. Kau suka le tengok kena marah."
Lokman terdiam.

YUSRI melihat gurau senda Diya dan Lokman membuat hatinya tidak keruan. Tidak lama kemudian kelihatan Nazri menyertai mereka. Hatinya berbisik untuk turut menyertai mereka. Perlahan lahan kakinya melangkah ke arah mereka.
"Assalamualaikum ."
"Abang Yusri." Lokman melihat tepat ke wajah Yusri. Walaupun Yusri mengukirkan senyuman di bibirnya tetapi dia tetap merasakan aura cemburu di hati Yusri.
"Diya ambil kos apa? Mana tahu abang boleh bantu."
"Pengurusan Perniagaan." Lokman menjawab bagi pihak Diya.
"Kebetulan... abang boleh ajar kalau tak faham."
"Ye ke? Kami tengah buntu ni." Lokman menghulur bukunya. Yusri tersnyum. Dia mengambil tempat di sebelah Diya dan mula menerangkan apa yang dia tahu. Semakin lama meteka semakin mesra berbual sambil belajar. Nazri turut mendapat tunjuk ajar dari Yusri.

DIRA mengeliat di atas katil. Dia masih bermalasan. Perlahan lahan tangan mencapai telefon bimbitnya.
"Hah! Dah pukul 11 pagi. Mana laki aku?" Segera dia capai tuala dan keluar dati bilik. Sewaktu hendak ke bilik air, dia terdengar suara gelak tawa. Dia melihat keluar. Hatinya membakar melihat drama di depannya. Tanpa berfikir panjang dia keluar dan menampar Diya.
"Betina sundal!" Diya terdiam sambil memegang pipinya.
"Kenapa ni Dira?"
"Dia ni memamg perempuan sundal, anak haram. Tak cukup mak kau rampas abah dari mak ni kau nak rampas laki aku pula."
"Apa ni Dira?" Cikgu Hajar keluar dari rumah. Diya terus mengemas buku bukunya. Dia mahu masuk ke dalam rumah. Dira tidak berpuas hati. Tudung Diya di rentap sambil terus memukul Diya dan mengeluarkan kata makian.
"Dira!" Yusri merangkul Dira. Dia pada mula agak terkejut melihat tindakan drastik isterinya.
"Kau ni kalau sehari tak buat kakak kau mengamuk tak boleh ke? Yang saja nak menggatal tu kenapa?" Marah cikgu Hajar. Diya hanya berdiam tanpa melawan. Dia masuk ke dalam rumah. Setelah meletak bukunya ke dalam bilik dia terus ke dapur. Tugasnya di dapur menunggu.
"Eh mak su." Air matanya segara diseka.
"Diya nak masak apa sayang, biar mak su tolong."
"Sambal tumis tadi masih banyak...tumis sayur dan goreng ikan je le mak su..."
"Diya... nak menangis...terus jangan tahan." Pujuk Hanum, adik bongsu Hajar. Bahu anak sedaranya dirangkul. Diya berpusing dan menangis di bahu mak sunya. Sejak dari kecil, mak sunya yang mengambil berat tentangnya. Hanum membelai lembut belakang anak saudaranya. Dia terlalu sayangkan anak saudaranya. Masih ingat lagi sewaktu itu dia masih di tingkatan satu. Kakaknya dan adik abang iparnya dikejarkan ke hospital. Dia tidak tahu apa yang berlaku kerana dia masih di sekolah. Hanya kakaknya yang masih dalam pantang di rumah sebelah. Apa yang kakaknya beritahu dia hanya dengar pergaduhan antara dua wanita memgandung. Tidak lama kemudian kedengaran suara Nadira menjerit meminta tolong. Hajar dan Sumayyah mengerang kesakitan. Ini semua berpunca kerana Hajar cemburukan Sumayyah. Hajar menolak Sumayyah jatuh dari tangga dan membiarkan Sumayyah mengerang kesakitan. Allah maha kuasa dan membayar sesuatu kejahatan secara tunai. Hajar jatuh sendiri kerana tergelincir. Nasib baik Diya berusia 5 tahun faham arahan maknya untuk meminta bantuan. Anak Hajar tidak dapat diselamatkan. Hajar menangis meminta maaf kerana terlalu kejam terhadap Sumayyah. Malangnya Sumayyah koma selepas melahirkan bayi perempuan. Atas pujukan maknya, Hajar menyusukan Diya selama selama dalam pantang. Sumayyah meninggal dunia setelah seminggu koma. Diya bayi yang cerewet...dia tidak mahu susu formula. Terpaksa adik Hajar, Halimah menyusu Hajar memandangkan sia juga menyusu anaknya. Sebaik sahaja lepas pantang, Hajar tidak memberi perhatian kepada Diya. Hanum yang banyak mengasuh Diya. Kasih sayangnya hanya kepada Diya.

TELEFON bimbit Hanum berdering membuat Hanum tersentak. Diya juga tiada menangis lagi di bahunya. Dia sibuk memasak dengan bantuan Nazri dan Lokman.
"Dari tadi telefon mak su berbunyi... Mak su berangan teringat siapa le tu?" Usik Lokman. Segera Hanum beredar dari situ. Tak boleh lama dengan ketiga tiga anak saudaranya. Nanti ada saja bahan jadi usikan mereka.

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang