BAB 3

227 10 0
                                    

DIYA minta diri untuk pulang awal demi mengelak dengan rombongan meminang. Dia serahkan segala urusan kepada abahnya.
"Dira, nanti Dira pakai cantik cantik. Pakai tudung dan baju kurung." Cikgu Hajar masuk ke bilik anaknya sebaik saja Diya di hantar oleh Cikgu Jalil.
"Untuk apa, ibu?"
"Ibu dengar keluarga budak yang meminang Diya bukan sebarangan."
"Orang kaya ke ibu?" Balasan anggukan dari ibunya membuat mata Dira bersinar.
"Nanti Dira bawa hidangan ke ruang tamu semasa tetamu datang."
"Tapi Dira mana tau buat air."
"Tu ibu buatkan semua. Dah...siapkan diri cantik camtik, ibu nak ke rumah mak ndak dan mak lang, ajak tolong kat rumah ni. Subuh tadi Diya dah masakkan kek untuk buat hidangan nanti."
Cikgu Hajarempunyai perancangan lain. Bukan dia tidak sayang Diya tetapi dia harus dulukan anak kandungnya dari anak saudara suaminya.
SEPERTI yang di janjikan rombongan meminang datang. Dari awal lagi Cikgu Hajar melarang Cikgu Jalil bersuara. Dia ingin uruskan sendiri. Malas hendak bertekak dengan isterinya, dia akur.
"Assalamualaikum, biar saya mulakan kata kata, seperti yang dijanjikan kami datang untuk menanyakan keputusan dan tuan badan." Kata wakil dari pihak lelaki.
"Waalaikumusalam se..."
"Maaf nak tanya, pihak lelaki ni anak Misi Saadiah ke?"
"Eh, ni Cikgu Hajar kan?" Tanya wanita yang duduk di sebelah wakil.
"La, lama betul tak jumpa cikgu." Puan Saadiah gembira bertemu rakan lamanya.
"Tak sangka kita jadi juga berbisan..macam kita usik mengusik dulu." Kedua dua mereka ketawa.
"Tapikan Kak Saadiah, anak saya tu muda lagi, tak tahu apa apa. Saya pun tak nak dia langkah bendul..." Belum sempat Cikgu Hajar habiskan ayat, Dira membawa hidangan ke ruang tamu.  Dengan sopan dan tertib Dia gayakan dalam usaha pukat bakal mak mertua.
"Yang ini ke nakalnya?"
"Tak la, ni kakak dia. Dia dari pagi dah keluar, selagi nampak matahari mana tau balik. Itu pun bapa dia dah bagi amaran jangan balik malam...kalau tak..." Kata kata Cikgu Hajar terhenti apabila melihat jelingan dari suaminya.
"Lagipun anak kedua saya tu dah tolak pinangannya anak Kak Saadiah sebab nak bebas lagi." Cikgu Hajar tidak peduli. Kali ini misinya mesti berjaya. Dia tak mahu anak darahnya menjadi anak dara tak laku.
"Hmmm...anak ni ke yang dalam perut dulu..."
Cikgu Hajar hanya senyum sumbing. Anak yang dikandung dulu tidak sempat lihat dunia.
"Cantik dan sopan santun." Hati Puan Saadiah tertawan dengan apa yang di pamir depan matanya.
'Kalau tukar kakak mungkin Yus tidak kisah. Lagipun adiknya liar sikit dan yang ini sopan santun.' Bisik hati Puan Saadiah.
"Nak bertanya, Si kakak ni dah berpunya ke?"
"Mana nak ada kawannya kak, keluar rumah pun tak. Asyik bantu saya uruskan rumah dan jaga adik adik."
"Tak bekerja le ni?"
"Tak kak."
"Sesuai sangat dengan Yusri, sebab anak kak ni kerja ke yang dia tahu. Tak ada masa nal uruslan diri sendiri. Apa kata pinangan ni gantikan dengan kakak je lah."
"Setuju ke anak kak?"
"Tu tau le kak uruskan. Kalau tuan badan setuju, kita ikatkan dengan pertunangan ini.
Termetrilah satu ikatan atas persetujuan kedua belah pihak. Tarikh pernikahan juga ditetapkan. Gembira hati Dira akhirnya dia bertunang. Cincin bertahta berlian tersarung di tangannya.

YUSRI hanya tahu perminangannya di terima. Dia tidak sabar untuk menanti hari mereka di satukan.

Ibu baru mencuba dalam bidang penulisan ini. Sila memberi komen kepada ibu . Maaf jika ada kesalahan dalam penulisan ini...ibu...dhazzmi ridza..

cinta pertamaWhere stories live. Discover now