Ibu minta maaf sebab bab sebelum ni pendek sangat. Tak sengaja tertekan publish... maaf sbb pendek...
Dhazzmi
~~~~•~~~~
Bermalam di rumah Hanum melepas rindunya kepada mak su yang banyak menyokongnya saat ibunya menyisihkannya.
"Mak su..." Rengek Diya manja.
"Nak manja manja lagi dengan mak su. Pergilah manja dengan Yusri tu."
"Yusri... Yusri bos Khairi tu?" Fifi mencelah.
"Asal kau terkejut? Ingat aku nak nikah dengan Badrul tu? Bermadu?"
"Tak la...Aku tahu le kau tak jadi kahwin dengan Badrul tapi aku tak sangka Yusri tu jadi pilihan kau... bukan Khairi. Aku nampak Khairi tu macam sayang kat kau."
Diya angkat bahu.
"Kau jangan nak hebohkan cerita ni, kami berkahwin kerana terpaksa. Aku tak tahu hati dia milik aku ke tak." Fifi mengangguk. Diya merapati Hanum sambil memeluk Hanum.
"Ni dah kenapa?"
"Jom makan. Diya belanja."
"Yeah...kita makan kat luar!" Fifi melonjak kegirangan. Macam kanak kanak rabena pula.
"Cakap le nak belanja makan." Hanum terus masuk ke biliknya. Sewaktu mengambil tudungnya, dia terlanggar bekas barang perhiasannya. Matanya tertacap pada sebentuk cincin. Perlahan lahan dia capai cincin tersebut. Hatinya jadi pilu. Entah mengapa air matanya berderai. Diya memerhati di sebalik pintu.
"Mak su.."
Hanum terus menyeka air matanya. Diya terus memeluk Hanum dari belakang.
"Jangan terus pendam mak su. Sampai bila mak su nak sembunyikan semua ni. Diya ada di sisi mak su, kan?"
"Hmm... kalau nak cerita, macam mana nak pergi makan."
"Ala mak su, kita cari tempat privasi. Kita bercerita." Fifi menjengokkan kepalanya.
"Diya, dah minta kebenaran?"
"Dah mak su."Mereka milih tempat agak jauh dari pengunjung lain. Setelah memesan makanan, empat pasang mata terus menatap wajah Hanum. Akhirnya Hanum membuka cerita.
~•~•~•~•~
Hanum berkenalan dengan Zulhasni semasa sama sama mereka menuntut. Hanya kerana tersalah ambil pen memulakan perkenalan mereka. Percintaan dari tahun pertama mengeratkan hubungan mereka.
"Assalamualaikum sayang. Eh kenapa ni?"
"Hmm...kena marah dengan pensyarah."
"Kenapa?"
"Hanum tak pandai makeup."
"Sayangkan ambil fesyen design... kenapa nak bermake up?"
"Ni cuma extra kredit je. Jika mahu memilih kerjaya mengandam. Hanum saja masuk kelab tu tapi Hanum mana mampu beli alatan semua. Tak kan nak minta duit lebih dari Along."
"Kalau abang tolong?"
"Abang pandai make up."
"Isk ,sayang ni. Abang belajar arkitek, bukan seni solekan."
"Habis tu."
"Hujung minggu ni ikut abang outing ya." Hidung Hanum di cuit. Zulhasni terpaksa memohon diri kerana dia masih ada kelas untuk dihadiri.
Seperti di janji, Zulhasni membawanya ke sebuah butik pengantin.
"Mama!" Jerit Zulhasni. Tidak lama kemudian keluar lelaki lembut sambil mulutnya membebel. Ada yang tidak kena dengan pekerjanya.
"Heee... anak mama ni lama tak datang." Nak termuntah Hanum melihat lelaki lembut itu mengaku dirinya mama.
"Mama, ni Hanum, yang Zul ceritakan dulu."
"Cantik."
Hanum tersipu malu.
"Dah, Hanum ikut mama, dan kamu Zul pergilah ke mana mana. Petang nanti baru jemput Hanum."
"Lamanya mama. Nanti Zul rindu."
"Hey, selagi tak jadi bini kau, jangan nak rindu sangat." Zulhasni tersenyum. Mama menolak Zulhasni keluar dari butik.
"Hanum boleh panggil mama juga. Biar mama kenalkan diri mama. Nama mama Syaril tapi nama timang timangan, Syeri. Mama Syeri. Hanum mesti jijik kalau mama gelarkan diri mama. Tapi panggilan tu dari Zul sendiri."
Mama Syeri bawa Hanum masuk ke pejabatnya.
"Sebenarnya mama ni hanya budak kampung yang lembut. Mak mama, seorang bidan. Mama selalu bantu nenek sejak dari kecil. Pelajaran mama tidak lah tinggi. SPM pun kantoi. Bukan apa mam selalu kena kutuk, hina malahan di dera. Nenek pula hanya bidan kampung yang ada yang mengatakan membela. Tapi dalam kata nenek ada bela, tetap juga minta bantuan nenek. Heran orang kampung mamakan. Lepas nenek meninggal, mak su mama ambil mama tinggal dengan dia di sini. Dia kerja mengandam. Dari dia mama belajar. Mak su tak ada anak dan anggap mama anak dia. Semua ilmu dia ajarkan pada mama... Tentang Zul pula, masa kecil suka datang rumah nenek. Mama selalu masakkan makanan yang sedap sedap. Dia kata, hanya orang perempuan je yang pandai masak macam ni. Dia kata mama perempuan. Dia yang sendiri panggil mama. Langsung lekat sampai sekarang. Memang dia menangis bila mama terpaksa berpisah dengan dia. Waktu tu dia masih 12 tahun. Tapi bila dia sambung belajar dekat sini, dia sendiri cari mama. Mama sayang Zul macam anak mama sendiri. Dan bila bakal menantu mama nak belajar bersolek, tentu mama nak turunkan ilmu dengan ikhlasnya."
Sejak itu, hampir saban minggu Hanum datang menuntut ilmu dengan Mama Syeri. Sedikit demi sedikit dia mengenali Mama Syeri. Luarannya sahaja nampak lembut tetapi dia masih lelaki. Cara solatnya tetap seperti lelaki. Malahan bila mahu mengandam pengantin, Mama Syeri akan memakai sarung tangan. Hanum gembira di sisi Mama Syeri dan Zulhasni. Dalam diam, Mama Syeri sembunyikan penyakitnya. Akhirnya dia menyerah kalah dengan penyakitnya. Di wasiatkan semua butik dan hartanya kepada Zulhasni dan Hanum. Dia ingin sekali melihat mereka bersatu. Namun begitu mereka masih belajar, dia minta mereka memakai baju yang direka khas untuk mereka dan mengambil gambar untuk kenangannya.Setelah tamat pengajian, Zulhasni melamar Hanum. Saat itu Hanum telah mengendalikan butik Mama Syeri. Butik D'Mama kekal namanya sehingga kini. Perkahwinan mereka pada mulanya bahagia. Keluarganya pada mulanya setuju tetapi di hari majlis resepsi di rumah Zulhasni, Hanum dikatakan hodoh dan memalukan keluarga. Demi menjaga hati ibu dan Hanum, Zulhasni tidak pernah balik ke rumah keluarga membawa Hanum. Dia tidak tahu kenapa ibunya begitu membenci Hanum.
Selepas tiga bulan, Zulhasni mula berubah. Dia mula pulang lewat dan apabila balik ada sahaja yang membuat dia marah. Saban hari mereka bertengkar. Tiada lagi keharmonian rumah tangga mereka. Sebulan hidup dalam keretakan rumahtangga akhirnya Zulhasni keluar dari rumah. Saat melafazkan perceraian, air mata Zulhasni mengalir.
Dia menulis surat yang dia terpaksa lepaskan Hanum walaupun masih cinta. Zulhasni berharap suatu hari nanti mereka akan bersatu semula. Entah kenapa Hanum berharap Zulhasni kembali ke pangkuannya walaupun kini sudah sepuluh tahun berlalu.~•~•~•~
"Ni gambar yang kami tangkap ketika Mama Syeri masih ada." Hanum bercerita sambil airmata berjujuran. Fifi dan Diya melihat gambar tersebut. Diya masih ingat wajah tampan Zulhasni kerana sewaktu kecil dia sering bersama Hanum. Dia masih ingat Zulhasni memanggil dirinya baby.
Yusri melihat mereka dari jauh. Pada mulanya ketika Diya memberitahu mereka ingin makan di luar, dia ingin turut serta tapi melihat Hanum bercerita sambil berjujuran air mata, dia membatal niatnya. Dia hanya memerhati mereka dan mengiring mereka sehingga selamat sampai di rumah.
YOU ARE READING
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?