BAB 31

154 12 0
                                    

Diya melihat fail yang menimbun di atas meja. Projek usahasama dihentikan seketika kerana masing masing sibuk dengan urusan sendiri. Tapi Diya tahu projek itu terhenti kerana dia.
Sedang sibuk meneliti fail, telefonnya berdering. Tanpa melihat si pemanggil, Diya menjawab.
"Assalamualaikum, Diya." Suara garau di hujung talian.
"Waalaikumusalam." Diya melihat skrin telefonnya. Hanya nombor tertera.
"Maaf, siapa ni?"
"Abang."
"Encik, saya ni sibuk sekarang. Jangan main main dengan saya."
"Diya, siapa pula yang main main dengan Diya. Ni abang... ABANG YUSRI." Yusri menyebut perlahan lahan namanya.
"Ya Allah, Yus. Maafkan Diya."
Sepi di hujung talian.
"Yus... Yus.."
"Ehem.."
"Kenapa Yus call Diya ni?"
"Diya sibuk ke?"
"Ya, Badrul tak masuk pejabat dan Diya kena buat kerja dia."
"Dia mungkin cuti panjang. Hmmm... Hujung minggu ni abang ambil Diya."
"Hah!"
"I means hujung minggu ni abang nak balik kampung ambil Diyana.. tak kan nak balik seorang, apa kata umi."
"Okey, nanti ambil Diya rumah Mak su."
"Okey, abang pun sibuk juga ni. Sementara Iqram berbulan madu, lebih baik selesai kerja yang berlambak ni."
"Hmmm...Assalamualaikum, Yus."
"Waalaikumussalam." Diya mematikan telefonnya. Matanya menatap skrin telefonnya. Nombor tertera sebentar tadi telah bertukar menjadi abang.

Diya berdebar menunggu ketibaam hari jumaat. Yusri berjanji akan menjemputnya lewat petang.
"Diya, Datuk panggil."
Diya masuk ke dalam pejabat Datuk Ismail.
"Diya, saya nak awak menemani saya makan tengah hari."
"Tapi.."
"Saya nak berterima kasih dengan Diya kerana sanggup membuat kerja yang lebih. Dah jom. Jangan risau, tak ada orang nak gossipnya. Saya anggap awak macam anak saya je."
Diya keluar bersama Datuk Ismail. Datuk Ismail memilih restoran bertahap 6 bintang. Meja pilihan Datuk juga agak jauh dari pelanggan lain.
"Kenapa Datuk bawa saya ke sini?"
"Kenapa? Diya tidak selesa. Kita bukan makan berdua... tapi bertiga."
"Assalamualaikum..." suara garau menegur di belakangnya. Diya berpaling. Yusri berjabat dan mencium tangan Datuk Ismail.
'Oh, menghormati orang yang lebih tua.' Bisik hati Diya. Selamba Yusri menarik kerusi sebelah Diya. Dia memesan makanan sebelum berpaling ke arah Diya. Senyuman manis dilemparkan kepada Diya.
"How's Thailand?"
"Macam biasa la... Mumgkin dapat projek kat sana."
"Wow, kalau dapat tumpu perhatian kat sana ke?"
"Tak...kat sini ada yang lebih menarik." Kata Yusri sambil memandang Diya.
"Hari tu balik tergesa gesa jumpa umi kenapa? Upacara belum bermula lagi."
"Papa tahu tak hari tu Badrul sepatutnya menikah dengan gadis kampungnya."
'Papa, Yusri panggil Datuk Ismail papa. Ya Allah kenapa aku tidak perasan nama Yusri, Yusri bin Ismail.' Diya bermonolog sendirian.
"Ya Allah, kau juga mendesak supaya Aleesya tu dinikahkan. Kau juga siap ugut Badrul. Kau tahu perkara ni kan."
"Sebab bekas tunang Badrul tak mahu bernikah dengan Badrul."
"Tapi dengan cara begini akan memalukan keluarganya."
"Papa tahu siapa mereka tu?"
Datuk Ismail menggeleng.
"Keluarga arwah Dira."
"Ya Allah.." Mata Datuk Ismail memandang ke arah Diya.
"Habis tu Diya..."
"Majlis tu tetap berjalan lancar hanya pengantin lelakinya yang bertukar."
"Siapa pengantin lelakinya? Siapa suami Diya?"
"Bekas abang iparnya dulu." Yusri tersenyum.
"Oooo...selamat pengantin baru. Tahniah Diya."
Datuk Ismail menhulurkan tangannya. Perlahan lahan Diya menyambutnya.
"Ala... papa dah belikan rumah untuk Diya."
"Beli rumah?" Diya dan Yusri bertanya serentak.
"Sebenarnya papa ambil berat tentang Diya sejak dia masuk bekerja dengan papa.  Umi pernah beritahu nak jodohkan Diya dengan Yus. Begitu juga niat papa bila papa mula kenal Diya. Memang ada gossip liar yg menuduh Diya ni perempuan simpanan papa. Papa diam bila Diya tidak hiraukan tuduhan tu tapi papa risaukan Badrul. Dia semakin kerap ganggu Diya. Hanya sebagai status perempuan simpanan, Badrul hanya mampu mengusik mulut tidak dengan perbuatan. Tapi sejak kebelakangan ni papa nampak Badrul makin berani menyentuh Diya...betulkan Diya?"
Diya hanya mengangguk. Makanan yang di depannya hanya di pandang.
"Demi menjaga maruah Diya, dan hubungan Aleesya dan Badrul, papa nak Diya uruskan syarikat kita di Putrajaya. Tambahan pula syarikat kau dan  Iqram pun beroperasi di sana. Senang untuk kamu bertiga berurusniaga. Tapi..."
"Saya terima rumah tu..." Diya mencelah.
"Hanya appartment tapi berdekatan dengan pejabat."
"Bila Diya boleh berpindah?"
"As soon as posible."
"Tapi kerja Diya masih...."
"Buat apa Badrul cuti lama lama. Mereka bukan berbulan madu pun. Mereka berbulan madu lepas majlis resepsi. Mama kau buat cerita yang Badrul dan Aleesya baru bertunang."
"Bila resepsinya?"
"Entah, tu mama kau punya urusan. Papa tak nak ambil tahu. So Diya, bila nak pindah ke Putrajaya."
"Balik dari kampung. Hari ni kami nak balik kampung, nak ambil Diyana."
"Papa serahkan pada Yus..."
"Hmmm... kat mana apartmentnya?"
Datuk Ismail memberitahu lokasi dan menyerah kunci apartment Diya.
"Pa....boleh tak Diya halfday hari ni. Yus nak kidnap dia bawa balik kampung."
"Hahaha...yang kau nak culik isteri kau sendiri buat apa... bawa le ke mana kau nak bawa, asal dia suka." Datuk Ismail gembira apabila melihat Yusri tersenyum. Adakah Yusri bahagia dengan perkahwinan keduanya.
Selesai makan, mereka berpisah.
"Jom, ambil barang kat rumah mak su, kita balik."
"Tapi kereta Diya."
"Okey, kita ambil kereta dulu. Sayang betul dia kereta tu. Dah teruk kena langgar pun masih sayang." Rungut Yusri.
"Sebab tuan sebenarnya terlalu sayangkan kereta tu. Amanahkan Diya jaga seperti nyawa Diya sendiri. Dia sendiri yang habis ribu riban untuk baiki kereta tu."
"First car yang dibeli dengan duit sendiri."
"First gaji? Apa kerja Yus yang pertama?"
"Di mana?"
"Apa maksud di mana?"
"Kerja pertama abang hanyalah di restoran. Abang tak mahu guna duit yang papa berikan dan abang lebih suka berusaha sendiri."
"Kak Dira tahu Datuk tu papa Yus?"
"Dia tahu cuma orang tu yang tak nak ambil tahu tentang kita."
Diya terdiam saat mata mereka bertembung. Tapi hanya seketika kerana Yusri menumpu perhatian kepada pemanduannya. Yusri turunkan Diya di pejabat dan ikut memandu ke rumah Hanum. Diya masuk ke dalam rumah sementara Yusri menelefon seseorang. Diya mengambil beg pakaiannya. Sambil berjalan ke luar rumah, Diya menghantar mesej kepada mak sunya memberitahu dia pulang ke kampung awal.
"Dah beritahu mak su?" Tanya Yusri saat memulakan pemanduan. Diya mengangguk.
"Hmmm... Yus mula kerja dengan papa ye beli kereta tu?"
"Tak, abang tidak pernah kerja dengan papa pun. Abang cuma tolong papa selesaikan masalah. Then abang buka YN.[ SYARIKAT YUSRI DITUKARKAN KPD YN..YG SEBELUM INI ANGGAP SEBAGAI YN]
Tapi abang beli kereta itu dengan duit kerja abang di luar negara."
Diya hanya mengangguk. Yusri memandu ke kawasan perumahannya. Banglo yang pernah Diya inap dulu masih seperti dulu.
"Masuk dulu, kita solat sebelum berangkat balik." Diya akur dan masuk ke dalam rumah. Banyak kenangan di dalam rumah ini.
"Diya?" Yusri masuk ke biliknya.
"Diya...Diya cuti."
"Oh ok.." lemah suara Yusri.
Yusri masuk biliknya. Diya melihat sekeliling rumah. Banyak yang tidak berubah.
Malahan biliknya masih seperti dulu.
"Diya, kita pergi tengok apartment dulu boleh."
Diya akur.

cinta pertamaWhere stories live. Discover now