BAB 74

149 9 1
                                    

Khairi menatap wajah wanita berumur yang dipegang oleh polis wanita. Dulu berwajah bengis kini kusut masai.
"Mak Nab." Panggilnya lembut.
"Siapa kamu?"
"Mak tak kenal saya?" Khairi cuba mendekati Mak Nab. Lama Mak Nab memandang wajah Khairi.
"Iqram." Panggil mak Nab.
"Ya, mak." Khairi tidak mahu menafikannya.
"Mana kau hilang nak, puas mak cari. Semua orang bencikan mak tapi kamu tak pernah bencikan mak." 
"Iq ada hal di tempat laim mak."
"Mak bertengkar dengan Ina, mak lari dari rumah tetapi mak tak tahu mana rumah kamu dengan Ina, Iq."
"Tak pe mak nanti kita balik jumpa Ina ya."
"Encik ni saudara dia ke?"
Yusri menarik polis berkenaan jauh dari Khairi dan Mak Nab.
"Dialah musuh yang perempuan tu nak bunuh tetapi dia tak kenal. Saya rasa kami boleh bawa balik dia kan?" Tutur Yusri separa berbisik. Dia tidak mahu Mak Nab dengar. polis tersebut mengagguk. Setelah menandaktangani beberapa dokumen, mereka membawa Mak Nab pulang.
"Iq tahu, mak beli banyak barang kemas tau. Cantik tak gelang mak ni?" Mak Nab mula bercerita semasa kereta mula bergerak. Dia menunjukkan tangannya penuh dengan getah gelang. Khairi hanya melemparkan senyuman.
"Iq tahu, Khai jahat. Mak duduk dekat rumah lama mak yang Khai nak bakar dulu. Mak cerita kat semua orang Khai jahat dan Iq belikan semua ni dekat mak. Orang kampung tu jahat le, suka keji mak. Nak tahu, hari tu Khai datang ke rumah mak. Dia pukul mak, Dia pukul kepala mak sampai berdarah. Kemudian dia ambil semua duit dan barang kemas mak. Dia biarkan mak tidur kat atas lantai."
Khairi memandang ke belakang melalui cermin ppandang belakang. Yusri hanya mengangguk.  Dia faham maksud kawannya. Mereka membawa Mak Nab ke klinik untuk rawatan.
"Ada hentak yang kuat di belakang kepalanya. Saya tak dapat pastikan ada ketulan darah atau tidak. Saya akan beri surat untuk buat rawatan lanjut di  hospital." Terang doktor yang memberi rawatan. Setelah selesai, mereka pulang ke kampung Pak Ahmad.

Terkejut keluarga Pak Ahmad dengan kehadiran Khairi. Telah lama Khairi tidak datang ke rumah mereka.
"Ina!" Mak Nab berlari keluar dari  kereta dan menerkam Zarina. Tersentak Zarina dengan Mak Nab.
"Mana Ina pergi? Mak cari rumah kamu mak tak jumpa. Nasib baik Iqram ni balik sini. Dia yang tolong mak. Mak tahu Khai yang pisahkan kita kan?"
Zarina memandang ke arah Khairi. Khairi hanya membari isyarat jari di bibir.
"Di mana Khai jumpa mak..." Kata kata pak Ahmad di celah.
"Khai? Mana Khai, aku nak bunuh dia? Dia menyusahkan hidup aku. Aku benci Khai..." Jerit Mak Nab.
"Eh mak, mana ada Khai. Mak lupa ke yang mak suruh Ina letakkan sesuatu dalam makan minum Khai." Pujuk Khairi. Mak Nab diam. Dia teringat dia pernah memberi Zarina bungkusan yang dia ambil dari bomoh siam dulu.
"Ya, si jahanam tu dah mati macam papa dia. Iq tahu, mak upah orang untuk rosakkan kereta Ishak. Ishak mati dalam kemalangan. Nak tahu kenapa mak buat begitu, sebab dia tak nak terima mak. Dah tu Datuk pun percaya pada dia sangat. Nak bagi harta pada dia. Geramnya mak. Padan muka Ishak, Sue tinggalkan dia. Gembira sangat aku bila orang kata Sue dan anak dalam kandungannya juga mati... ha ha ha." Gembiranya hati Mak Nab. Dia tidak sedar air mata  Diya mula berganang. Menunggu saat untuk gugur. Yusri menarik Diya rapat ke dadanya. Jelas di matanya, Diya mahupun Khairi menahan rasa. Khairi hanya menggengam penumbuknya.
"Ina, bawa mak naik atas, mandikan dia." Pak Ahmad tidak mahu Khairi terus diburu perasaan marah. Zarina akur. Dipujuknya Mak Nab naik ke rumahnya dengan bantuan Aisyah.
"Khai, maafkan abah." Pak Ahmad merangkul bahu Khairi.
"DD.." Khairi melihat ke arah Diya. Dia melempar senyuman tawar.
"Semuanya salah abah juga. Abah biarkan dia hidup terkapai kapai mencari kebahagiaan. Abah yang hukum dia dulu. Abah terlalu benci di kerana dia sanggup gadaikan maruah kepada papa kamu. Mak tidak pernah cintakan abah sejak dari dulu."
"Semua kita ada buat salah, abah. Kita buanglah yang keruh ambil yang jernih. Khai maupun Diya tidak pernah berdendam. Kami redha apa yang berlaku."
"Terima kasih Khai kerana bawa mak balik ke sini. Kau jumpa kat mana mak?"
"Balai polis. dia ganggu orang ramai. Nak bunuh Khai. Semua lelaki dia kata Khai. Mak tu kena rompak dan kena pukul di kepala. Abah nanti bawa lah mak ke hospital. Ni surat dari doktor. Kalau abah perlu bantuan Khai, abah cakap saja."
"Terima kasih Khai. Abah akan jaga mak dengan baik. InsyaAllah abah akan cuba buang perasaan benci dia kepada kau."
"Tak apa abah, saya jadi Iqram pada dia pun dah memadai. Eh, kami ni dah lama tinggalkan kerja. Kami minta diri dulu."

Zarina melayan baik Mak Nab. Semua keperluan Mak Nab, Zarina uruskan. Mak Nab di bawa mengikutnya ke mana dia pergi. Mak Nab mula belajar mengaji bersamanya. Zarina tidak sedar segala tingkah lakunya menarik perhatian seseorang. sejak dari dulu, memang Zarina telah mencuri hatinya. Saat Zarina berpindah ke sekolah di kampung ini, hatinya telah terpaut. Zarina di pulau oleh pelajar sekolah dan menggelarkan Zarina 'bohsia' tapi baginya Zarina gadis suci dan polos. Hanya dia menjadi kawan Zarina walaupun dia lebih tua dari Zarina.
"Assalamualaikum Ina." Dia berani menegur Zarina. Dia melihat Zarina keseorangan petang itu. Zarina menjawab salam.
"Mak Nab mana?"
"Ikut abah ke bandar. Saja nak jalan jalan. Abang dari mana?"
"Saja nak berbual dengan Ina, dah lama tak berbual dengan Ina."
"Abang tu sentiasa sibuk."
"Syukurlah dapat kerja di sini semula, boleh jaga jagakan mak kat rumah tu."
"Selama ni abang ke mana? Maaf, Ina tak pernah ambil tahu tentang abang pun selama ni."
"Abang bekerja di Sabah. Sekarang abang kerja di sini tetapi kena pergi ke Sabah juga."
"Kenapa?"
"Ada projek di Sabah yang abang uruskan."
Zarina melihat pemuda yang dari dulu mencuri hatinya. Dia menangis apabola Mak Nab paksa dia menggoda rakan karib Mus yang mengikut Mus balik bercuti. Mak Nab beria ria memaksanya. Mak Nab ugutnya akan apa apakan Mus jika dia tidak ikut arahan Mak Nab. Masih ingat kekejaman yang Mak Nab lakukan padanya jika dia tidak mengikut arahan Mak Nab. Dia pernah menyimpan perasaan dendam pada Mak Nab tetapi melihat sikap Diya, semua dendamnya terpadam.
"Ina..." Lembut MUs memanggilnya. Boleh cair petang petang begini.
"Boleh abang tanya sikit?"
"Abang nak tanya apa?"
"Bila abang boleh masuk meminang Ina?"
Zarina tunduk tersipu. Darah merah telah menyerbu naik ke mukanya. Dia bangun perlahan lahan dan berjalan ke rumah. Zarina memusing sambil memberi satu senyuman yang paling bermakna. Mus melompat keriangan. Dia melihat bayangan insan yang mencuri hatinyna menghilang dalam rumah. Kini dia tahu, jodoh tak akan ke mana.

Assalamualaikum,
CP akan tiba di penghujungnya. Maaf jika ank2 ibu menunggu titik akhirnya. Ibu berharap ank2 berpuas hati

P/S... harap kali ini boleh publish. Sebelum ini bab ini tak boleh publish dan terpaksa delete. kena tulis semula...

LOVE U ALL
DHAZZMI

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang