BAB 52

128 11 2
                                    

Angin petang bertiup mendamaikan. Kaum hawa menghabiskan masa petang sambil berbual di pangkin di halaman rumah. Cikgu Hajar turut menghabiskan masa begitu dengan adik adiknya. Tambahan pula adik bongsunya pulang bersama bekas suami dan anak saudara suaminya itu. Dalam keasyikan bergurau, Puan Saadiah datang bersama dengan Khaleeda dan Diyana.
"Assalamualaikum."
Salam di jawab oleh semua yang ada di situ.
"Mereka dah sampai ke?"
"Siapa kak Saadiah?"
"Yus dan Diya?"
"Tak lagi kenapa?"
"Tadi telefon suruh datang ke sini. Nak ambil Diyana."
"Hai macam kelam kabut je. Tak ambil cuti ke?"
"Ala alasan je tu... tak nak tidur sebilik." Gumam Fifi.
"Apa Fifi?"Tanya Puan Saadiah. Hanum memukul lengan Fifi.
"Hmmm tak ada apa- apa..."
"Fifi dengan Hanum ada rahsia yang sembunyikan?" Puan Saadiah memancing. Fifi menunduk.
"Hanum..." Panggilan kakak sulungnya berjeda. Dia tahu kalau kakaknya marah.
"Hmmm... macam mana nak cakap ni."
"Hanum, Kak Saadiah pun syak sesuatu."
"Sebenarnya mereka masih tinggal berasingan. Diya duduk di appartment dengan Nazri manakala Yusri di rumahnya. Hujung minggu kadang kadang Diya ke rumah Yusri alasan menemani Diyana kerana Yusri terpaksa kerja. Tapi makin lama makin kerap Diya ke rumah Yusri. Menguruskan makan minum dan pakaian Yusri. Cuma saya tak faham kenapa mereka tidak mahu tinggal bersama."
"Patut le masa Kak Saadiah tidur sana Diya macam kelam kabut. Bawa masuk beg tengah malam." Tiba-tiba air mata Puan Saadiah mengalir.
"Kak, kenapa ni?"
"Kak macam mak yang kejam. Memaksa dia mengahwini gadis yang tidak mencintainya. Kak tak pernah fikir kebahagiaan anak kak. Yusri anak yang baik dan tidak pernah menolak permintaan kak. Ya Allah kejam ke kak."
"Sabarlah kak. Mereka balik nanti kita berbincang baik baik."
"Kenapa ni?" Cikgu Jalil datang bersama dengan kaum lelaki. Cikgu Hajar menerangkan segalanya.
"Mereka balik nanti kita berbincang elok elok."
Dua buah kereta masuk ke pengkarangan rumah menarik perhatian mereka. Diya dan Yusri keluar dari salah sebuah kereta. Mereka bersalaman dengan semua sebelum mengambil Diyana di pangkuan Khaleeda.
"Anak mama rindu mama tak."
"Rindu papa kan?" Semua mata memandang kemesraan mereka.
"Amboi... sudah lupa sama gua ke bro." Kedengaran suara dari kereta sebuah lagi.
"Sorry Apek."
"Hey Apek tu hanya seorang je yang boleh panggil. Kau tak ada hak panggilnya."
"Amboi ada hak terpelihara ke?"
"Surely... Assalamualaikum." Khairi menghampiri semua yang ada.
"Pak Long Jalil?" Tanyanya lagi sebaik menghampiri Cikgu Jalil.
"Khairi?"
Cikgu Jalil terus merangkul tubuh Khairi.
"Adik adik mana?" Tanya Diya.
"Tu kat kebun petik buah."
"Ada jambu batu tak... Alang, Kak Ngah jambu." Kata Diya sambil berlari ke arah kebun
"Eh Diya... dahjadi mak budak pun perangai macam bebudak..." Keluh Cikgu Jalil. Malu juga perangai keanak anakan Diya.
"Sebab macam bebudak le ada orang angau." Usik Khairi lagi. Yusri menjeling. Tidak lama kemudian adik adik Diya menghampiri yang lain.
"Mana Kak Ngah dan Alang?"
"Entah apa yang Alang nak bodek Kak Ngah. Tak bagi kami ikut."
"Pergi mana?" Tanya Yusri hairan.
"Tu kat dapur. Nak masak makan malam kata Kak Ngah."
"La... ingat nak ke mana."

Hidangan makan istimewa dari Diya membuat suasana semakin meriah. Diya duduk di sisi abahnya melayan abahnya. Riuh rendah dengan gurauan. Usai makan mereka berkumpul dengan alasan ada hal yang perlu di selesaikan. Diya mengambil tempat di sebelah Yusri sambil mendukung Diyana.
"Amboi duduk sebelah hero kesayangan dah lupa abang." Bisik Yusri ke telinga Diya sambil merangkul pinggang Diya di sebalik Diyana.
"Abang marah ke?"
"Tak cuma cemburu dua hero dapat layanan istimewa."
"Sorry malam nanti Diya bagi layanan istimewa, nak?"
"Ni nak goda abang ke?"
"Diya.. Diya.." Panggilan dari Zulhasni membantutkan niat Diya membalas kata kata Yusri.
"Ya Pak su."
"Sebelum pak su nakmulakan perbincangan masalah pak su. Diya ada masalah... Yusri."
"Kami? Saya dan Diya tak ada apa apa masalah."
"Tapi..."
"Yus, umi nak minta maaf."
"Umi tak salah apa apa pada Yus."
"Umi selalu memaksa kamu mengikut kemahuan umi... kamu harus bahagia dengan pilihan sendiri. Maafkan umi."
"Umi... " Yusri melepaskan rangkulannya dan menghampiri uminya. Air mata uminya di seka.
"Umi, ya mungkin umi buat kesalahan dulu... masa meminang Dira. Tapi umi, abah dan ibu masih ingat tak, siapa yang Yus pinang asalnya. Abah?"
"Diya."
"Betul tu. Yus jatuh cinta pada Diya sejak dulu lagi. Hati Yus berbunga saat tu apabila tahu pinangan Yus di terima tapi seminggu sebelum majlis baru Yus tahu orang yang Yus cinta bukan tunang Yus. Yus hampir putuskan pertunangan dan batal kan semuanya tapi..." Yusri kembali menghampiri Diya semula. Diya baru semula duduk di ruang tamu selepas menidurkan Diyana. Yusri duduk di sisi Diya. Tanpa segan silu dia merangkul pinggang Diya.
"Kerana Diya saya teruskan pernikahan itu. Kerana permintaan Diya, Yus bahagiakan kakaknya. Walaupun Dira sering mengecewakan Yus, Yus tidak perduli sebab janji Yus pada Diya. Yus belajar menyintai Dira, tapi Dira tidak pernah memikat hati Yus. Yus gembira saat dapat menjamah masakan di rumah. Alangkah kecewanya bila tahu masakan yang Yus makan di rumah hanya air tangan Diya. Ya betul. Tuduhan Badrul yang Yus selingkuh. Yus jumpa Diya. Setiap pagi Yus bersama Diya. Hujung minggu Yus sering beri alasan sibuk berkerja hanya untuk bersama Diya. Walaupun Diya mungkin anggap masa tu Yus hanya abangnya."
"Kalau betul Yus cintakan Diya kenapa tolak masa umi suruh menikahi Diya dulu?"
"Umi, umi tak kenal Diya. Diya ada cita cita yang ingin dia capai. Kalau saat itu dia menikahi saya, Diya akan melupakan segalanya. Dia akan jadi mama Diyana dan isteri saya sepenuh masa. Tak Yus tidak mahu menjadi penghalang kepada cita cita Diya. 2 tahun Yus minta Diya di ajar supaya dia dapat menjadi seorang ketua yang berkalibar. Terbukti sekarang kan. Yus tidak sangka Badrul mencelah dalam perangcangan yang Yus susun. Diya merayu pada Yus untuk membatalkan majlis pernikahan tu. Yusri pun tidak sanggup lepaskan orang yang Yus sayang kepada orang lain. Pernikahan antara Aleesya dan Badrul tu semua cadangan Yus. Dan memang niat Yus untuk menggantikan Badrul hari tu. Nasib baik Khai dan Iqram tidak menghadiri majlis tu. Kalau tak melepas juga."
"Abang hampir melepas juga sebab Man dulu tawar diri.Mana tau adik beradik sesusu."
"Kalau tak Naz pun offer tau."
"Amboi korang!" Marah Mak Ndak.
"Betul apa kami sayang kak Ngah."
"Maaf kerana datang lambat masa tu sebab nak pastikan Badrul betul betul menikahi Aleesya."
"Tapi kenapa tinggal berasingan kalau mencintai Diya."
"Sebab Diya. Yus tak tahu hatinya milik siapa... Khairi atau Iqram kerana kedua dua mereka menyintai Diya."
"Pembetulan, aku bukan menyintai tapi menyayangi Diya. Sayang yang istimewa. Mana tahu itu sayang abang kepada adik." Khairi mencelah.
"Sebenarnya, Diya dan Yusri saling menyintai tetapi ego mereka ni. Atau masing masing menunggu." Khairi terus menyambung ceritanya.
"Habis tu, ni masing masing dah tahu."
"Dah selesaipun. Lepas ni tak ada tinggal berasingan lagi. Memang niat Yus nak luah segala galanya di hari ulang tahun perkahwinan kami tapi kita merancang Allah menentukan. Semuanya selesai sahari sebelum tu. InsyaAllah kami akan layari bahtera kami bersama. Doakan kebahagiaan kami."
"Alhandulillah."
"Kan dah selesai tapi pak su pun ada hal nak bincangkan."
"Saya cuma nak minta izin kepada semua yang  saya nak kembali bersama Hanum. Hanum dah setuju dan kami merancang nak lansungkan hujung bulan ni."
"Alhamdulillah...semuanya berita baik."
"Hal saya..." perlahan saja Khairi bersuara.
"Oh Pak long hampir lupa. Sekejap." Cikgu Jalil masuk ke dalam biliknya. Tidak lama kemudian dia keluar dengan sebuah kotak.
"Nah." Kotak itu di serah kepada Khairi.
"Diya lihat dan membaca isi kandung surat tu. Cuma dia sendiri tidak tahu di mana dia nak mula mencari. Nasib baik Khairi yang datang mencari."
"Papa mencari mama dan adik sejak dia tahu mereka difitnah. Papa ingin minta maaf malangnya mama dah tak ada dan papa pun dah tak ada. Diya KK nak minta maaf bagi pihak papa... boleh maafkan papa."
"Mama ada tulis yang dia maafkan papa dan KK. Tapi muka KK masa kecik macam apek komunis."
"Amboi amoi, sedap mulut kata abang kandung kau. Nasib baik bodyguard tu peluk erat pinggang DD... kalau tak.."
"Kalau tak KK nak buat apa?"
"Dah , dah, korang berdua ni kalau jumpa ada je nak gaduh."
"Bro kami gaduh gaduh manja. Kan DD."
Mereka berbual sebelum masing masing beredar untuk berehat.

TQ KERANA MEMBACA JANGAN LUPA UNTUK VOTE DAN COMMENT
IBU INGIN TAHU PENDAPAT ANK2 TENTANG PENULISAN IBU
MUNGKIN IBU NAK CUBA BTS STORY SELEPAS NI
OKEY TAK...

LOVE U ALL
DHAZZMI

cinta pertamaWhere stories live. Discover now