BAB 25

145 8 0
                                    

Yusri membelek fail yang bertimbun di atas mejanya. Memang dia yang minta semua laporan di hantar kepadanya. Selama dua tahun dia hanya menerima email laporan sahaja. Bukan dia tidak percaya kepada Khairi tetapi dia bangga dengan Khairi. Khairi dan Diya berjaya hasil didikan dia. Dia mendidik mereka kerana dia yakin mereka mampu menjalankan tugas yang mencabar. Dia tahu saat dia melahirkan niat melatih mereka, ada yang tidak berpuas hati. Namun begitu dia teruskan niatnya. Hasilnya kini dia sendiri yang bangga. Diya, sebaris nama yang sangat dia rindu.Nama yang mengganggu tidurnya. Oh Diya, kau tahu tak namamu sentiasa bertahta di hatiku. Tiada sesiapa dapat mengganti dirimu.

"Assalamualaikum." Suara garau kuat memecah suasana sunyi biliknya. Tersentak Yusri dibuatnya. Telinganya digosok.
"Amboi, tak tahu ketuk pintu ke?"
"Tak ketuk? Bro, kau tak nampak tak buku lima aku dah naik lebam tau. Aku dah ketuk beratus kali tau."
"Sorry."
"Apa yang kau angankan?"
"Hmmmmm."
"Dia.."
"Dia? D.I.A?"
"D.I.A or D.I.Y.A?"
Yusri hanya tersenyum. Khairi faham maksud senyuman bossnya.
"Aku memang nak panggil kau pun."
"Kenapa?"
"Tentang usahasama dengan IA..."
"Oh... dia saingan kau."
"Biasa dalam perniagaan memanglah ada persaingan."
"Hmmmm.... kalau dalam percintaan."
"Maksud kau..." Deringan telefon membuat Yusri melihat ke arah telefonnya.
"Sorry, papa aku call."
Khairi memohon diri.

"Assalamualaikum papa."
"Waalaikumssalam. Yus kat mana?"
"Kat pejabat, kenapa?"
"Nak bagitahu hujung minggu ni syarikat akan entertain CEO IA... Yus kena hadir."
"Ok."

Diya sibuk menguruskan tugasan yang diarahkan. Datuk Ismail mengarahkannya uruskan majlis untuk meraikan kedatangan Iqram. Kesibukannya membuat Diya tidak menghubungi Iqram. Iqram sendiri merancang demi kebahagiaan mereka bersama.
"Hello sayang."
"Assalamualaikum, Iqram."
Iqram ketawa. Dia menjawab salam Diya.
"Sayang masih sibuk?"
"Dah selesai pun. Tunggu malam nanti je."
"Tak sabar nak jumpa sayang. Dan berbincang tentang pertunangan kita nanti"
Bertunang? Sediakah Diya? Diya tertanya- tanya pada dirinya. Adakah dia mahu pertunangan ni? Hati Diya keresahan.

Majlis malam itu meriah sekali. Khairi turut hadiri dengan isterinya. Iqram tidak melepaskan Diya dari sisinya. Malahan ramai yang memuji ketampanan Iqram. Ada juga yang cemburu apabila Diya disisi Iqram. Keluarga Iqram menerima kehadiran Diya. Mereka gembira apabila Iqram memberitahu tentang pertunangan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Diya menjauhkan diri apabila Iqram berbual tentang perniagaan. Diya mahu merengangkan uratnya. Dia duduk berbual dengan rakan kerjanya. Diya perasan dia ternampak Yusri. Namun begitu mungkin perasaan dia. Adakah dia mengharap Yusri hadir untuk membetulkan keadaan. Malangnya ianya hanyalah khayalannya. Tidak mungkin Yusri ada di sini.

"Hai, Diya." Tegur Badrul. Kelihatan dia sedang mabuk. Memang Diya nampak beberapa tetamu keluar dari ballroom ke bar hotel. Dia tidak menyangka mereka mabuk.
"Berapa you nak untuk malam ni?"
"Apa ni Bad?"
"Bukan aku tak tahu, kau cuma mata duitan. Dulu kau goda Yusri, ni Iqram pula. Aku pun mampu bayar kau untuk satu malam."

Pang!

"Kau perempuan sundal, kau akan terima balasannya dari aku nanti!"

Diya tidak dapat menahan perasaan marahnya. Dia malu dengan rakan sepejabatnya. Diya berlari ke luar.
"Diya!" Iqram mengejar Diya.
"Please, Iq... I nak bersendirian."
"Tapi..."
Diya hanya menggelengkan kepala. Dia terus menahan teksi. Hatinya begitu sakit bila di hina.

Yusri melihat Diya dari jauh. Hatinya turut sakit apabila mendengar kata cerca dari Badrul. Dia ingin mententeramkan Diya tetapi Iqram terlebih dahulu mendekati. Perlahan lahan dia menarik Badrul keluar dari dewan. Dia tidak mahu Badrul membuat kecoh di dalam dewan. Dalam hati dia bersimpati dengan Diya.

Khairi pulang bersama isterinya sebaik selesai majlis. Hatinya sayu melihat air mata Diya mengalir apabila dimalukan. Zarina segera menghubungi maknya untuk beritahu berita sensasi. Selama ini hanya maknya tempat dia bercerita.
"Mak, tadi abang Iqram bawa bakal tunang dia.... cantik? Biasa biasa je mak. Dia bukkan budak baik lah mak.... haah mak...kaki kikis..."
"Hey, Diya bukan macam tu!" Tegur Khairi.
"Sekejap mak...Nanti Ina call mak balik." Zarina mematikan telefon.
"Yang awak membela betina sundal tu kenapa?"
"Dia bukan macam tu la."
"Ooo awak pun ada hati pada betina tu."
"Kalau banding dia dengan awak, memang aku pilih dia."
"Habis tu kenapa tak kahwin je dengan dia?"
"Sebab aku dah bertunang dengan kau masa aku kenal dia... kalau tidak..."
"Ooo...awak memang tak suka saya... awak memang tak guna!" Jerit Zarina lalu keluar dari rumah. Khairi mengeluh. Geram juga bila orang memburuk burukkan Diya. Diya tidak pernah mengikis harta sesiapa.

Zarina keluar dari rumah Khairi. Dia ingin bebas dari Khairi. Sejak mendirikan rumahtangga dengan Khairi, Khairi tidak pernah memenuhi aetiap permintaannya. Khairi sering memberi alasan dia tidak mampu. Hatinya menanam nekad untuk mendapatkan Iqram. Dia mengambil teksi untyk ke rumah Iqram.
"Ina, kenapa datang rumah abang lewat malam ni?" Iqram terkejut dengan kedatangan Zarina lewat malam. Wajah Zarina yang sembab dengan airmata di tatap.
"Abang Khai halau Ina." Berjujuran air mata Zarina.
"Khai? Kenapa dia nak halau?"
"Ina cuma puji bakal tunang abang je. Dia marah Ina."
Iqram terdiam. Rambutnya disisir kebelakang. Zarina terpukau melihat kekacakan pemuda dihadapannya.
"Dia kata lagi, abang tidak layak untuk Diya, hanya abang Khai saja yang layak. Hanya tunggu rancangan mereka selesai." Zarina mula mencucuk jarum. Dia ingin melagakan dua sahabat dan mereka akan bermusuh.
"Khai ada hubungan dengan Diya?"
"Ya, abang Khai selalu berjumpa Diya. Kadang kala abang Khai bawa Diya pulang dan buat Ina ni macam tunggul di rumah."

"Puas kau kikis harta orang lain kini kau nak kikis harta jutawan ni pula."
Kata-kata pemuda mabuk tadi terniang-niang di telinganya.
"Ahhhh..." Iqram mengusutkan rambutnya. Fikirannya juga kusut.
"Abang... Abang maafkan Ina. Ina cuma tak nak abang jadi mangsa mereka."
"Dah lah Ina, kau pergilah masuk tidur. Esok kita selesaikan masalah ni." Kata Iqram sambil melangkah lemah naik ke tingkat atas. Fikirannya celaru sekarang. Dia merebahkan badannya. Jam di dinding menunjukkan pukul  pagi. Badannya merasa begitu penat.
"Abang," Zarina muncul di pintu biliknya.
"Nah minum susu ni sebelum abang tidur. Biar selesa sikit abang tidur."
Tanpa memikir panjang Iqram minum susu yang di beri oleh Zarina.

cinta pertamaWhere stories live. Discover now