BAB 72

128 9 0
                                    

Khairi memilih sudut yang agak jauh dari orang. Wajah marah Mus ditatap. Diya dan Yusri tetap setia di sisinya.
"Kau apa khabar Mus? Ke mana menghilang?"
"Aku sihat. Ni siapa?" Mus menunjuk kepada Diya.
"Dia isteri aku." Yusri mencelah.
"Kenapa kau biarkan Khai pegang dia sesuka hati?" Mus masih marah.
"Bawa bersabar. Dia ni adik aku dan adik aku ni berbadan dua. Aku cuma pimpin dia je."
"Adik kau yang hilang tu?"
Khairi mengangguk.
"Dia ni boleh bawa bini dia, kenapa kau yak bawa bini kau sekali. Kesian aku tengok dia."
"Bini aku, siapa?"
"Kau jangan aku tumbuk sekali lagi. Apa kau dah buat kat Ina?"
"Ina tu masih dalam edah, suaminya baru meninggal."
"Maksud kau?"
"Aku dah lama berpisah dengan Ina."
"Dah lama suami dia meninggal?"
"Dah hampir 4 bulan."
"Kau tahu ke dia dipaksa bernikah dengan kau?"
"Tu le sebab jodoh kami tak kekal. Eh, kau ke mana menghilang... aku kahwin pun kau tak ada."
"Aku...aku."
"Aku tahu kau ada hati kat Zarina tu. Pergilah cuba pikat dia... tapi hati hati dengan mak Nab."
"Aku dengar Mak Nab dah hilang. Puas pak Mat cari."
"Hilang?"
"Eh, sebenarnya aku kena berjumpa dengan majikan aku ni. Dia tak pula call aku. Tadi Encik Yusri suruh aku tunggu kat lobi hotel."
"Hah, siapa? Encik Yusri?"
"Sebelum ni aku merantau ke sini. Kerja di hotel. Bika aku dengar ada syarikat dari semenanjung nak buka hotel kat sini, aku mohon kerja. Dapat dan aku diminta berjumpa boss besar hari ni."
"Kenapa YN?"
"Aku dah lama duduk di sini, nak balik semula ke semenanjung."
"Tapi kau kena berulang alik ke sini. Sebab kau yang uruskan hal di sini."
"Berulang alik pun tak pa asal dapat balik ke semenanjung sekali sekala. Kalau kau dah lepaskan Zarina dan dia dah janda, tak salahkan aku mencuba..."
"Boleh aje Mus, dari dulu aku nampak korang berdua memang serasi."
"Hmmm... aku ni dah le tak kenal boss... tadi dia yang call aku... aku kena call dulu ke ni?"
"You are hired, Mus. Boss kau pun rasa dia nak berehat dan berdua duaan dengan isteri kau. Esok pagi kau datang jemput kami untuk berjumpa pengusaha."
"Maksud kau?" Berubah muka Mus bila terima arahan dari Khairi.
"Isteri saya baru sampai dan penat, kita berbincang esok ya. Jom rehat sayang." Yusri bangun dan menepuk bahu Mus. Dia menarik tanya Diya untuk mengikutnya. Mus melihat mereka beredar.
"Khai?"
"Okey apa yang kau nak tanya?"
"Encik Yusri?" Jarinya menunjuk ke arah Yusri beredar.
"Ye, dia pemilik YN, dulu aku kerja dengan dia sebelum sahabat baik aku serahkan syarikat dia pada aku. Tha truth is, sahabat baik aku tu suami Zarina dan dia tahu Zarina dan Mak Nab meracuninya..."
"Ina bunuh suami dia?"
"Kerana harta, mereka bagi ubat yang salah kepadanya. Nasib baik pak cik sahabat aku tu tak buat aduan. 5 juta harta peninggalan suaminya habis dalam masa 4 bulan. Kalau bagi syarikat, entah la."
"Ina tu bukan begitu tapi dia termakan hasutan Mak Nab."
"Tu aku nasihat kau, pikat Ina dan jauhkan dari Mak Nab."
"Kau ni sekarang CEO IA ke."
"Aku cuma jalankan amanah sahabat aku."
"Aduii, aku kena panggil kau Encik Khairi."
"Aku masih aku yang dulu. Cuma aku nak nasihatkan kau, Encik Yusri tu tegas dalam kerja. Dia suka orang yang komitmen dalam kerja."
"Baik Khai."
"Aku rasa aku nak naik hotel dulu. Esok kita jumpa."
"Ya Khai, kau pun baru sampai dan penat. Jumpa esok dan maaf sebab salah faham tadi."
"Kami selalu disalah fahamkan,nasib baik si Yusri tu tak cemburu."
Mereka bersalaman sebelum berpisah.

Mus gembira apabila mendapat majikan seperti Yusri. Walaupun dia tegas tetapi dia beri kebebasan bekerja. Malahan Yusri sering bertanya pendapat kakitangannya. Dia juga kagum apabila seorang majikan boleh mengenali semua kakitangannya termasuk cleaner dan pengawal keselamatan. Dia rela berulang alik untuk memastikan amanah yang diberikan berjalan dengan lancar.

"Mus.. ooo Mus." Laung maknya dari dapur. Cuti hujung minggu, dia mengambil peluang bercuti di kampung.
"Ada apa mak?"
"Tolong temankan mak pergi ke rumah mak cik Aisyah. Nak  hantar tempahan kawan pejabat dia ni." Mus akur. Walaupun Khairi mengesyorkan dia rapat semula dengan Zarina, dia tidak berkesempatan kerana kerja.
"Mus apa khabar? Lama benar tak jumpa Mus."
"Sihat mak cik. Dulu kerja  kat Sabah, susah nak balik."
"Ni cuti berapa lama?"
"Hujung minggu je."
"Aik, duduk Sabah boleh balik hujung minggu je. Banyak lah duit abang Mus ni." Zarina mencelah. Kebetulan dia membawa hidangan ke ruang tamu.
"Tak, abang dah kerja kat sini. Kerja dengan adik ipar Khairi."
"Ooo, Yusri dengan Diya tu baik orangnya. Tambahan Diya tidak pernah menyimpan dendam, walaupun Ina rampas kekasihnya."
"Mak cik nak tahu, saya tumbuk Khairi bila nampak mereka tu mesra. Ingat Khai tu curang dengan Ina. Tak tahu pula kamu berdua dah berpisah."
"Ina ni jahat, abang, menfitnah suami sendiri dan membohongi semua orang."
"Ala Ina, yang lepas tu kan Mak Wan kata lupakan. Yang penting Ina sedar dan bertaubat." Zarina mengangguk. Dalam masyarakat kampung mencemuh, mak Wan yang terima dia dan membimbingnya ke jalan yang benar. Hampir setiap hari dia menuntut ilmu dengan mak Wan.
"Betul cakap mak tu. Ina harus buang yang keruh dan ambil yang jernih. Mulakan hidup baru."
"Ya, Ina dah lupakan pun. Walaupun suami Ina tak tahu Ina ni pembunuh, Ina  berdoa agar d ia memaafkan diri Ina ni."
"Walaupun Mus tak kenal suami Ina tu tapi Mus rasa dia lelaki yang baik. Macamm Khai."
"Abang Iq, Abang Khai, Diya mereka orang yang baik. Tu sebab abang Iq serahkan syarikat kepada mereka."
"Diya? Diya adik Khairi?"
"Ya. Cuma tertanya tanya kenapa abang Iq terlalu yakin kepada mereka berdua. Tapi kan ibu, semalam Ina check buku akaun lama Ina, masih aktif dan ada duit dalamnya. Dekat 10ribu setiap bulan didepositkan."
"Tu ibu tahu, ibu kan akauntant kat sana, memang setiap bulan kau dibayar gaji oleh syarikat."
"Abang Khai suruh?"
"Katanya amanat arwah. Ibu yang ambil nombor akaun lama tu. Sebab ibu rasa ianya demi kebaikan Ina juga. Ibu selalu doa supaya Ina sedar kesilapan Ina. Dan doa ibu termakbul."
"Abang Mus, abang Mus boleh tolong Ina  tak?"
"Tolong apa... tolong bagi hati pun boleh." Sempat Mus bergurau.
"Tolong cari mak. Puas abah mencari tetapi tak jumpa."
"InsyaAllah , Ina."

cinta pertamaWhere stories live. Discover now