Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang berjalan sendirian dengan berkaki ayam ditengah malam yang pekat.
Hoodie pinknya ditarik menutupi kepala, dibiarkan rambut hitam pekat itu lepas tidak berikat keluar dari celah hoodie tersebut hampir menutupi wajah comotnya.
Kakinya melangkah perlahan dengan matanya tidak berkelip tertancap pada sekeping foto lama ditangannya.
Dia mencangkung ditepi jalan dengan tubuhnya disandarkan kedinding. Matanya masih tidak lepas memandang foto tersebut. Seolah-olah melepas rasa rindu yang sudah terbuku lama.
"Ibu..Nuha lapar.." Rintihnya perlahan. Air mata mula bertakung ditubir mata. Menahan sesak didada.
"Abah kata nak belikan aiskrim haritu.." Air mata yang tak dapat ditahan jatuh jua. Tangan kecilnya dibawa mencengkam dada.
Perit. Sungguh perit apabila ditinggalkan sendiri.
Selepas kematian ibu dan abah setahun yang lepas, ahli keluarganya yang lain langsung tidak mahu menanggung anak yatim piatu tersebut.
Nuha dihalau orang kampung kerana dituduh dirinyalah punca kematian ibu bapanya sendiri. Tuduhan yang tidak berasas oleh penduduk kampung membuatkan dirinya dipinggirkan.
Selama setahun ini, bermacam-macam yang dia harungi. Rasa lapar, tidur merempat, korek tong sampah, kadang-kadang juga mengemis ditepi jalan.
Tiada siapa mahu dekat dengannya. Apatah lagi pandang dengan sebelah mata pun tidak. Semua orang jijik dengan dirinya yang pembawa malang.
Takut. Sungguh dia takut.
Tiba-tiba kedengaran seseorang membuang sesuatu kedalam tong sampah disebelahnya dikerling.
Hidungnya menangkap bau sesuatu. Ayam goreng! Bibirnya tersenyum nipis. Ada rezeki.
Pantas air mata dikesat lalu kakinya melangkah kearah tong sampah. Matanya tertancap pada seketul ayam goreng yang sudah dimakan tetapi tidak dihabiskan.
Tangannya laju mencapai ayam tersebut lalu disumbat kedalam mulut. Hm, Sedap!
Bagaimana ayam yang sedap begini tidak dihabiskan? Membazir betul.
Tidak dihiraukan mata-mata yang sedang memerhatikan dirinya. Sudah biasa. Setiap kali perutnya lapar, tong sampahlah ditujunya untuk mencari sisa-sisa makanan yang dibuang.
Nasibnya tidak ubah seperti sisa makanan. Dibuang, dipinggirkan. Dipandang pun tak lalu. Apalah nasib kau Nuha.
Setelah menyantap cebisan makanan tadi, perutnya kembali berbunyi minta diisi. Mana tak, sudah seminggu perutnya tidak diisi dengan sebarang makanan. Yang ditelan hanya air mineral sisa dari tong sampah juga.
Tangannya kembali menyelongkar tong sampah tadi. Dicari lagi sisa makanan yang ada untuk mengalas perut.
"Hei." Bahunya ditepuk seseorang. Kepalanya berpaling kearah empunya diri. Dahinya berkerut. Siapa pula ni? Tak pernah-pernah ada manusia yang sudi menegurnya.
"Nah. Aku tak habis." Budak lelaki itu menghulur bungkusan nasi kepadanya.
Nuha memandang nasi dan lelaki itu silih berganti. Matanya berkelip-kelip. Dia bagi aku ke?
"Nak ke taknak? Kalau taknak aku buang."
"Eh, janganlah buang." Nuha menahan. Diambilnya bungkusan tersebut. Budak lelaki tersebut tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. Matanya ralit memandang Nuha.
"Eh adik, jangan makan." Tidak sempat tangannya menyuap nasi, tiba-tiba seorang wanita menahan lalu bungkusan tadi dibuang kedalam tong sampah. Nuha berpaling.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...