"Nuha nak pergi mana ni?"
Soal Tuan Khairul sambil mata memandang Nuha yang baru turun ke bawah. Gadis itu kemas berpakaian T-shirt berlengan panjang dan berseluar slack hitam juga dikenakan tudung bawal yang tersarung dikepala.
Puan Farida juga memandang penampilan Nuha atas bawah dengan pelik. Bukan main santai lagi anak daranya itu. Nak ke mana pagi-pagi macam ni?
"Err, nak pergi kerja."
Jawabnya gugup. Nuha tersenyum nipis sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Bibir bawah digigit perlahan. Beg sandang yang disilang ke bahu dipegang kemas.
"Nuha dah dapat kerja? Kat mana?" jelas Tuan Khairul dan Puan Farida terkejut. Bukannya mereka tak tahu yang sekarang Nuha memang sudah lama menunggu panggilan dari syarikat.
Tapi bila melihatkan anaknya itu berpakaian tidak formal membuatkan dia makin pelik.
"Err.. Sebenarnya Nuha kerja kemas rumah Faris." luahnya sedikit gagap.
"Hah?!" serentak kedua orang tua itu terkejut. Nuha dah telan liur. Habislah.
"Dia suruh Nuha jadi orang gaji dia ke apa ni?" soal Puan Farida berang dengan dahinya berkerut sedikit. Bertuah punya anak terunanya disuruhnya Nuha jadi orang gaji pulak?
Terus Nuha menggeleng laju.
"Eh, tak.. Tak. Mama dengan papa jangan salah faham. Nuha cuma kemas rumah dia masa dia pergi kerja sebab rumah dia selalu bersepah dan tak sempat nak kemas. Jadi Nuha terima tawaran Faris nak kemas rumah dia tapi Faris cakap dia bayar Nuha."
"Kira macam ni kerja part time Nuha sementara nak tunggu panggilan dari syarikat. Nanti kalau Nuha dah dapat kerja tetap, Nuha berhentilah. Mama dengan papa jangan salahkan Faris, Nuha yang memang nak terima kerja ni." jelas Nuha panjang lebar.
Dia sudah berjanji dengan Faris tidak mengatakan pada mama dan papa yang dia sememangnya bekerja sebagai orang gaji dirumah lelaki itu. Lagipun Faris tak paksa, dia sendiri yang bersetuju.
Papa dah geleng kepala. Mama pula mengurut perlahan pelipisnya. Keduanya begitu runsing dengan tawaran anak lelakinya itu. Kalau iya pun nak bagi Nuha kerja, syarikat dia punya besar tu bukannya tak ada untuk jawatan akauntan.
Tapi mereka faham dengan penolakan Nuha awal-awal lagi kerana jawatan akauntan di syarikat Faris tu memang dah penuh. Jadi dia pun memang tak nak kerja disitu.
"Nuha okey ke kerja mengemas ni semua? Tak penat? Lagi satu, dah berapa lama Nuha kerja kemas rumah Faris tu?" soal Puan Farida dengan nada yang berbaur risau.
Nuha tersenyum sambil kakinya melangkah ke arah meja makan yang diduduki mamanya. Tangan tua itu dicapai sebelum punggung dilabuhkan dikerusi sebelah mamanya.
"Nuha okey, tak penat pun. Kerja mengemas je pun. Lagipun kerja tu memang dah jadi hobi Nuha dari dulu lagi kan? Nuha kerja nak dekat seminggu dah. Mama jangan risaulah." tangan mamanya itu dikucup mesra.
"Takpelah kalau Nuha dah cakap macam tu. Mama pun tak boleh nak halang. Kerja elok-elok, kalau Faris tu selalu buli Nuha ke apa ke, bagitahu mama terus. Tak boleh dibiarkan itu anak." Nuha tergelak mendengar Puan Farida dah buat suara garang.
Patutlah sejak dua menjak ni anak terunanya itu dah jarang balik ke rumahnya, rupanya kondo bujang dia tu dah ada orang kemaskan hari-hari. Ini kalau budak tu balik tahulah nak buat apa.
"Betul tu Nuha. Kalau Faris tu buat apa-apa kat Nuha bagitahu je kami. Tahulah papa nak ajar dia macam mana. Dah, makan dulu sebelum berangkat."
Kata-kata Tuan Khairul tadi hanya dibalas dengan anggukan. Nafas lega dihela bila semuanya hanya baik-baik sahaja dengan keputusannya itu.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...