15

10.5K 263 0
                                    

Milk Tea Tealive diatas meja dikacau lagi. Sesekali jam di pergelangan tangan dikerling dengan dahi sedikit berkerut.

Sudah setengah jam dia menunggu, batang hidung gerangan yang ditunggunya langsung tak muncul. Janji pukul 9:30 nak jumpa, sekarang dah nak habis waktu rehat pejabat tapi manusia tu langsung tak tunjuk muka lagi.

Nafasnya dihelah sebelum niatnya baru  berura-ura nak beredar dari situ terbatal apabila kelibat manusia yang ditunggunya dari tadi segera berlari kearahnya. Dia mengecilkan mata, menyembunyikan perasaan terujanya.

"Weh, sorry lambat. Jalan jammed."

Faris buat tak tahu, matanya mengerling lelaki yang melabuhkan duduk di kerusi hadapannya. Riak menyampah ditayang. Tangan disilang kedada.

"Kau dari dulu janji melayu." Faris menjeling.

"Alah, sorry la weh. Lambat 5 minit je pun.
Lagipun kau tak rindu aku ke hm?" keningnya
diangkat nakal. Bibirnya tersengih sumbing.

Lama Faris diam sebelum bibirnya turut
mengukir senyum lebar lalu diterkam tubuh tegap sahabatnya itu.

"Gila kau tak rindu? Aku duk tunggu kau dari tadi macam buntut ayam kepanasan tahu? Eii" disikunya kepala Aidan sekuat hati. Padan muka suka buat orang tertunggu berjam lamanya.

"Oi sakitlah gila!" Aidan tergelak sambil tangan berusaha melepaskan diri dari makhluk tak reti jaga perangai serupa umur lima tahunnya tu.

Faris tergelak sama sebelum dia kembali duduk dikerusinya.

"Padan muka."

Aidan menggeleng kepala. Segera dia memesan menu di kaunter kafe. Sejak Faris balik Malaysia seminggu yang lalu, mereka tak berkesempatan nak berjumpa sehinggalah hari ni Faris bermula bekerja di syarikat Tuan Khairul, barulah dapat jumpa kawan perangai semangkuk dengannya itu.

Maklumlah, masing-masing dah kerja jadi sibuklah sikit. Sekarang semua dah besar, dah bekerja. Nak buat perangai lepak-lepak main game macam zaman sekolah dulu memang tak lah. Jangan harap.

"So, aku dengar kau dah nak bertunang. Betul ke?" tanya Faris apabila Aidan kembali duduk dikerusi. Gelas yang dicucuk dengan penyedut minuman itu terus disedut rakus.

Soalan Faris tadi membuatkan dia hampir nak tercekik black pearl dekat anak tekak. Laju je si mangkuk ni dapat berita.

"Mana kau tahu?" setahu dia Faris bukan ada pun dalam grup Whatsapp sekolah. Habis kecoh jugaklah bila budak sekelasnya tahu yang kawan baik Faris tu nak bertunang.

Maklumlah, dah jadi kawan baik Faris ni tumpang famous sikit. Kah!

"Mama ada cerita. Kau nak tunang dengan siapa ni?" dahinya berkerut. Setahunya Aidan tu dari zaman sekolah lagi tak ada girlfriend. Memang jenis tak layan perempuan sangat jadi tang mana lah nak bercinta apatah lagi nak ada girlfriend tu jauh sekali.

Tahu-tahu je dah nak bertunang. Kena sampuk ke apa? Mana tak terkejutnya dia.

Aidan menghela nafas berat sebelum otaknya kembali berserabut. Haih, ibu ni pun. Kalau boleh satu Malaysia nak bagitahu yang anak dia nak tunang. Belum tunang lagi, buat announcment gaya macam dah nak nikah.

"Entah kat manalah ibu aku jumpa 'bakal menantu' dia tu. Aku sendiri pun tak kenal perempuan tu. Lagipun kau percaya ke aku nak tunang?"

Faris terkebil-kebil.

"Dah tu?"

"Kau gila? Memang taklah aku nak terima. Macam kau tak kenal aku Faris." Aidan menjuling mata keatas.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now