"Jadi kau dah lama kenal Nuha?"
Soalan Haikal tadi menyentakkan Faris yang sedang membelek telefon ditangan. Kepalanya diangkat memandang Haikal dihadapan. Dia mengangguk. Telefon diletakkan kembali atas meja. Tumpuannya penuh pada Haikal.
"Kenapa aku tak tahu pun? Dulu kat sekolah pun aku tak pernah nampak kau rapat dengan dia?" kening Haikal menjungkit bertanya.
Faris tersenyum nipis. Tangan diangkat lalu disilang ke dada.
"Aku pernah cerita dulu mama aku ada anak angkat kan?"
Haikal mengangguk.
Memang Faris ada cerita yang mamanya ada mengambil anak angkat, tapi Faris tak pernah cerita lebih-lebih. Jantinanya pun tak tahu lelaki ke perempuan. Tengok muka pun tak pernah. Yang dia tahu Puan Farida ada seorang anak angkat.
"Nuha tu anak angkat mama aku." ujarnya tenang.
Jelas wajah Haikal bertukar. Sumpah dia terkejut. Tak sangka yang gadis yang dia sukai selama ni ada kaitan dengan Faris.
"Oh.. Kenapa kau tak pernah cerita apa pun kat aku dulu?"
Faris menjungkit kening. "Perlu ke?"
"Takdelah, at least aku tahulah jugak pasal family kau. Kau kawan aku kut." Haikal tersengih.
Sepanjang dia mengenali Nuha, gadis itu tak pernah cerita tentang keluarga dia jauh sekali pasal Faris. Yang dia tahu, gadis itu tinggal bersama keluarga angkatnya selepas kematian ibu bapanya.
"Kan aku dah cakap dulu, tak ada yang penting pun nak diceritakan pasal dia." dia mengalihkan pandangannya ke arah tasik di hadapan.
"Kalau tak penting, kenapa kau bercinta dengan dia?" Haikal menjungkit kening.
Spontan Faris menatap Haikal kembali. Keningnya bertaut. Bila masa pulak aku bercinta dengan minah tu?
"Bila masa aku cakap?"
"Tadi. Boyfriend?"
Seketika Faris diam sebelum dia ketawa lepas.
"Oh.." tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Terlupa yang dia cuma bergurau tadi. Tak sangka si Haikal ni anggap serius apa yang dicakapkan tadi.
Sengaja dia mengaku sebagai teman lelaki Nuha sebab nak tengok reaksi Haikal.
"Betullah, aku boyfriend dia.."
"Seriuslah?" Haikal terus memotong.
"..kawan lelaki dia."
Terus Faris gelak bila riak muka Haikal bertukar menjeling dia. Tadi bukan main terkejut. Haikal mencebik bila Faris sakan gelakkan dia. Terkena lagi.
"Hisy, kau ni.." Haikal mendengus geram. Dijelingnya wajah Faris yang tak berhenti ketawa. Orang tanya betul-betul dijawabnya main-main. Bukan main cuak tadi takut tak ada chance nak try.
"Tulah kau, aku tak habis cakap lagi dah menyampuk. Kau kena tengok muka cuak kau tadi sumpah kelakar." Faris sambung gelak.
Wajah Haikal berbahang. Segera tangan mencapai gelas berisi air oren di atas meja lalu diteguk rakus. Mata dijulingkan ke atas bila Faris mengerling dia. Malas nak melayan.
"Lagipun logiklah, agak-agaklah aku nak couple pun takkan dengan 'adik' aku sendiri. Even aku tak pernah anggap pun dia tu bukan siapa-siapa dalam family aku, tapi dia still kawan aku."
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...