Erika melempar beg tangannya atas lantai sebelum dia menghempas tubuhnya atas katil empuknya. Bantal diambil lalu menekup wajahnya yang sudah sembap menangis dari tadi.
"Argghh!"
Dia menjerit sekuat hati dalam tekupan bantal dengan perasaan geram yang meluap. Cadar katil ditarik-tariknya geram sehingga tercabut dari tilam.
"I benci you!" kakinya dihentak-hentak atas tilam. Rambutnya yang dah serupa hantu Kak Limah itu dibiarkan berserabai.
Geramnya menggunung terhadap Faris yang tidak mengendahkannya tadi. Hatinya makin sakit. Dalam masa yang sama, tangisannya pula makin menjadi-jadi.
"Why Faris? Kenapa you dah lain? I tak boleh lupakan you. Tak boleh ke bagi I peluang?" ujarnya sayu sambil menekup wajahnya pada kedua belah lututnya. Bahunya terhinjut menahan tangis.
"Hey.. Kenapa ni?"
Tangisan Erika serta-merta mati tatkala telinganya menangkap suara garau yang menegurnya. Kepalanya terasa diusap perlahan oleh seseorang.
Spontan, dia mengangkat wajah melihat gerangan disebelahnya. Makin dia rasa nak menangis kembali apabila matanya berlaga dengan tatapan orang yang sangat disayanginya itu.
"Fiq.." terus Erika memeluk tubuh tegap Rafiq. Bahunya terhinjut menahan tangis yang kuat sebelum dihamburkan di dada lelaki itu.
Rafiq tergamam. Dia membalas pelukan Erika. Tangannya mula bergerak menggosok perlahan belakang tubuh langsing itu. Tak betah dia melihat gadis itu menangis begini.
"Hey, kenapa ni? Siapa buat kakak kesayangan aku menangis ni, hm?" Rafiq mengangkat wajah sembap Erika agar memandangnya.
Air matanya disapu perlahan. Erika mencebik sayu. Rafiq tersengih melihat maskara kakaknya yang dah kucar-kacir itu. Jari kasarnya mengesat sisa dakwat hitam itu perlahan.
"Bila kau balik ni? Aku tak tahu pun." hingusnya ditarik perlahan. Seketika, tangisannya kembali reda.
"Aku sampai sebelum kau balik tadi. Kau nak tahu macam mana tadi aku kat ruang tamu masa kau balik tadi kau tak perasan pun. Mama panggil kau buat pekak je tadi." Rafiq menjuih bibirnya seakan merajuk.
Memang Rafiq sengaja tak memberitahu keluarganya tentang kepulangannya ke Malaysia. Bukan main terkejut lagi mama dan papanya tadi melihat anak lelakinya tercegat didepan pintu pagar.
Setelah 5 tahun menetap dan bekerja di Melbourne, akhirnya dia dapat pulang ke tanah air dan tinggal bersama keluarganya disini. Segala urusan papanya sudah selesai disana, jadi dia mendapat tawaran untuk menyambung legasi papanya di Malaysia pula.
"Eii buruklah buat muka macam tu." Erika menampar lembut bibir Rafiq yang sudah memuncung. Rafiq tergelak kecil. Dagu runcing Erika dicuitnya.
"Rindu aku tak?"
"Gila tak rindu! Kenapa tak bagitahu aku pun kau nak balik sini?" lengan Rafiq ditampar perlahan. Jelas riak geramnya ditayang.
"Saja nak surprise kan kau." kakinya dilunjurkan, tubuhnya bersandar di kepala katil Erika. Tangannya membelai kepala Erika yang sudah terbaring diribanya.
Beginilah perangai Erika yang sangat manja dengan Rafiq. Setiap kali lelaki itu balik, Erika paling excited. Pantang jumpa dengan Rafiq mesti kena berkepit sejak kecil lagi.
Dia sudah anggap Rafiq seperti abangnya sendiri. Walaupun dia kakak dan Rafiq itu adiknya, tapi sikap prihatin dan penyayang lelaki itu umpama lelaki itu pula seperti anak sulung.
Dah terbalik pulak.
"Bila pulak kau balik sana?" wajah Rafiq dicari.
"Aik, aku baru sampai Malaysia, dah kena halau?" keningnya terjungkit.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...