69

14.5K 253 4
                                    

Beberapa bulan kemudian..

Dia membantu isterinya yang baru turun dari kereta sebelum sebelah tangan itu dipimpin dengan penuh berhati-hati masuk ke dalam ladang buah. Naik risau dia melihat Nuha yang sangat teruja apabila mereka sampai di ladang buah strawberi dengan perut yang memboyot.

Mana tak, perut dah sarat serupa belon nak meletup tiba-tiba mengidam nak makan buah strawberi yang segar dari ladang. Terpaksalah bawa juga mak buyung seorang ni ke Cameron Highlands.

Katanya nak makan buah strawberi yang dia petik sendiri. Kalau tak tunaikan, mahu orang tu merajuk tak nak bersalin anak dia nanti. Naya je.

Haih payah ada bini perangai mereng macam Nuha ni. Perempuan memang macam ni ke?

"Wahh! Banyaknya strawberi.." jeritnya teruja.

Faris buat muka. Dah kenapa jakun sangat bini dia tu? Macamlah tak pernah tengok buah strawberi yang ada jual dekat supermarket.

"Takyah lah jakun sangat kalau iya pun.."

Dengan selamba dia menyumbat buah strawberi yang telah dipetik oleh Nuha tadi ke dalam mulut. Nuha dah menjerit geram. Dari sepuluh biji dia petik, dah tinggal sebiji makhluk ni makan. Siap bagi daun pulak tu!

Pap!

"Nak makan petiklah sendiri!" lengan lelaki itu ditampar kuat. Faris mengaduh sakit dengan kening dikerutkan memandang isterinya.

"Kau ni sejak mengandung makin garang tau.. Tahu tak berdosa pukul suami tanpa kerelaannya sendiri?" lengannya yang pedih itu digosok.

Padan muka, cari pasal lagi. Nuha menjeling tajam sebelum dia beredar dari situ meninggalkan suaminya. Mengingatkan kembali kata suaminya tadi Nuha mencebik. Eleh, berdosa konon. Kalau dia buli kita tak apa pula? Nuha buat muka menyampah.

Dah hampir penuh sebekas, segera dia ke kaunter untuk dibungkus. Tak sabar rasanya mahu makan buah strawberi dan dicelupkan ke dalam coklat manis. Kecur air liurnya membayangkannya. Mesti sedap.

"Dah?" Faris bertanya sebaik dia mengambil bungkusan plastik di tangan isterinya.

Nuha mengangguk laju sambil tersenyum lebar.

"Okey, jom balik."

Datang ke Cameron Highlands memang semata-mata nak beli buah strawberi yang diidamkan oleh mak buyung tu. Mereka tidak menginap di sini sebab Faris yang tak nak.

Disebabkan due date Nuha nak bersalin tu memang tunggu bila-bila masa aje, jadi Faris kalau boleh nak elakkan Nuha dari terberanak kat sini pula memandangkan di Cameron memang susah nak cari hospital yang berdekatan kalau terjadi kecemasan.

Nasib baiklah jarak Cameron Highlands dan KL tu tak jauh mana. Buatnya perempuan bertuah tu mengidam nak makan buah strawberi dekat Australia punya? Mahu botak Faris nak memikir nanti.

Sepanjang perjalanan pulang, Faris sesekali memerhati isterinya di sebelah. Berselera betul makan buah Cameron tu. Yang masam pun disumbat juga ke dalam mulut. Coklat tak payah cakaplah, sampai ke hidung melekatnya.

Faris tersengih. Aih, makan pun comel. Macam manalah tak sayang?

"Kau ni.. Dah nak beranak pun makan serupa budak lagi. Tengok, tudung pun dah kotor semua.." bebel Faris sambil tangannya mengesat sisa coklat di tepi bibir isterinya.

Nuha tersengih kerang. Tak kisah pun tudung kotor yang penting impiannya tercapai. Wajah Faris yang sedang serius fokus terhadap pemanduannya itu dikerling dengan senyuman. Lengan sasa itu lantas dipeluk erat.

"Kau kenapa ni?" soal Faris pelik.

Nuha menggeleng dengan senyumannya masih belum hilang.

"Thanks."

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now