8

10.7K 300 0
                                    

Sudah tiga hari dia demam, hari ini barulah rasa larat nak bangun. Suhu badan pun dah reda sedikit berbanding dua hari yang lepas.

Seusai dia membersihkan diri, segera kaki menapak turun kebawah. Sudah tiga hari dia hanya berkurung didalam bilik. Langsung tak dapat nak hirup udara segar.

Nuha mula menapak ke dapur mencari mamanya. Matanya meliar diserata ruang kegemaran mamanya itu. Namun kelibat bayang mamanya pun langsung tak nampak.

Kakinya dibawa ke ruang tamu pula. Senyumannya melebar apabila melihat mamanya sedang menyiram pokok ditaman bunga kesayangan.

"Selamat pagi mama." sapa Nuha sambil kakinya melangkah perlahan menghampiri mamanya.

Puan Farida berpaling. Senyuman manis diukirkan buat anaknya itu.

"Eh Nuha. Kenapa turun ni? Nak apa-apa ke?"

Puan Farida menutup pili paip air yang digunakan tadi lantas dia menghampiri Nuha dibuaian.

Nuha menggeleng sambil senyum nipis.

"Takdelah. Saja turun nak ambil udara segar sikit. Dah lama asyik terperap aje dalam bilik tu." Ujar Nuha sambil tersenyum manis memandang mamanya.

Puan Farida mengangguk. "Iyelah kan. Mama pun rindu nak berborak dengan anak mama sorang ni. Demam Nuha dah kebah sikit?"

Tangan tua itu melekap didahi Nuha. Bahang yang terasa suam-suam panas itu membuatkan hatinya rasa lega sedikit. Dah kurang sikit panasnya berbanding semalam.

"Kurang dah sikit ma. InsyaAllah esok ok lah ni." tangan mamanya dicapai lalu dikucup lembut.

Puan Farida tersenyum. Diusap perlahan kepala gadis itu. Jarang dia melihat Nuha sakit. Demam pun kadang-kadang sahaja. Selama dia menjaga gadis itu sejak diambil sebagai anak angkat, boleh dibilang dengan jari beberapa kali sahaja gadis itu terkena demam.

Wajarlah dia sangat risau bila dapat tahu sejak gadis itu demam tiga hari lepas. Lagi mahu gugur jantungnya demamnya itu akibat dia lemas dalam tasik. Hati ibu mana yang boleh tenang?

"Assalamualaikum."

Laungan seseorang dari luar rumah mematikan perbualan Nuha dan Puan Farida. Dilihatnya Faris mengatur langkah kearah mereka dengan wajah yang dah macam mumia hidup pun ada. Lemah longlai semacam.

"Waalaikumsalam Faris. Baru balik?" tangan tua itu dikucup sebaik soalan mamanya dijawab dengan anggukan. Punggung dilabuhkan di sebelah Puan Farida.

"Haah. Ada kelas tambahan mengejut tadi. Aih, stress la ma." kepalanya dilentokkan dibahu mamanya. Mood nak bermanjanya dah on.

"Baguslah tu. Kat rumah pun Faris bukan rajin sangat nak study. Dah, tak payah nak menempel kat mama lah. Dah busuk tu pergi naik mandi. Ish." ditolaknya kepala anak terunanya itu menjauh darinya. Kita punyalah wangi-wangi dah mandi, dia boleh nak menempel kat kita.

Faris mencebik. "Ala kejap lagi la ma. Nak bermanja dulu. Penat ni tau." ditarik-tarik tangan mamanya menyuruh kembali duduk disebelahnya. Muka dah annoying teruk. Puan Farida juling mata keatas menyampah.

Nuha yang perhati dari tadi sudah buat muka meluat. Apahal mamat ni menggeletis bukan main bila dengan mama. Kalau dengan Nuha, mula lah keluar perangai mangkuk dia tu.

"Malas mama nak layan kamu. Dah, pergi mandi busuklah. Mama nak masak makan malam pulak ni. Kejap lagi papa nak balik. Jom Nuha tolong mama." ditepis tangan Faris menjauh. Dia bingkas bangun dari situ. Melayan perangai mengada Faris, sampai ke sudah tak siap kerjanya.

Nuha mengangguk. Dia bangun mengikut langkah mamanya yang sudah menjauh. Faris berdecit geram. Nak manja sekejap tak boleh.

Tak sampai di garaj rumah, Faris tarik kuat tudung sarung dikepala Nuha. Mata gadis itu terbuntang. Hampir tersadung Nuha kebelakang dibuatnya. Dijelingnya tajam Faris yang menjelir lidah kearahnya.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now