43

9.6K 214 3
                                    

"Ris."

Aidan memanggil Faris yang sedang ralit termenung di meja makan namun tak dijawab. Dahinya berkerut apabila manusia di depannya itu dah serupa macam roh terpisah dari jasad. Entah hidup ke tidak ni.

"Hoi, hoi!" diketikkan jari beberapa kali depan muka, barulah Faris macam baru tersedar dari kena sampuk.

"Hah, kenapa?"

"Kau tu dah kenapa? Kena sampuk?" berkerut dahi Aidan melihat riak terpinga Faris.

"Tak. Mana ada." Faris geleng kepala sebelum disuap makanan ke dalam mulut. Rasa nak tepuk pipi sendiri laju-laju sebab kantoi berangan tak kena masa.

Lama wajah kawan baik di depannya itu dipandang dengan mata di kecilkan.

"Teringat kat bini ke?" soal Aidan dengan riak nakal.

Spontan Faris rasa tersedak tiba-tiba. Laju gelas yang berisi jus tembikai itu diteguk. Dah reda, diberi pandangan membunuh ke wajah Aidan yang sedang tahan gelak.

Rasa nak diluku laju-laju kepala Aidan tu. Boleh dia buat andaian yang tepat lagi tak dijangka tu? Dulu pernah ambil course ahli nujum ke apa mamat ni?

"Kau mengarut apa?" walaupun dah betul tekaan Aidan tadi, masih tak nak mengaku.

"Eleh kau, macamlah aku baru kenal kau sehari dua. Mengaku jela.." Aidan mencebik.

Faris diam. Malas nak melayan Aidan dengan soalan maut yang dilontarkan.

"Aku nampak kau lain hari ni." Aidan mula menilik Faris atas bawah. Faris kerut kening. Dah kenapa dengan anak kawan baik papa ni?

"Apa yang lainnya?"

"Kau nampak agak hensem hari ni."

"Hari-hari aku handsome." Faris tersengih.

Aidan menjulingkan mata ke atas. "Maksud aku, lepas kau kahwin ni. Nampak aura pengantin baru tu. Nampak makin berseri."

Faris sembunyi senyum. Tiba-tiba kelakuan seseorang pagi tadi kembali terimbau. Faris gigit bibir bawah menghilangkan rasa berbahang di wajah. Kalau Aidan tahu ni, mahu setahun kena bahan tak sudah.

"Merepeklah kau. Kahwin ke tak kahwin sama je aku rasa. Tak ada beza pun." Faris mencebik bibir.

Mungkin hanya pagi tadi je kut Nuha dah buang tabiat tetiba betulkan tali leher dia dengan selambanya. Mungkin lepas ni jangan haraplah. Dia pun tak nak berharap lebih-lebih.

Setelah hatinya sudah lama tertutup buat mana-mana perempuan selepas Erika, hatinya masih ragu-ragu ingin menerima Nuha dalam hidupnya apatah lagi gadis itu sendiri.

Memang taklah.

"Macam mana life kau lepas berkahwin ni? Mesti bahagia je hidup kau kan? Nak pergi kerja ada orang masakkan sarapan, balik kerja ada orang sambut, nak tidur pulak ada orang teman kat sebelah.."

Faris dah buat muka. Ada yang nak kena hempuk dengan kasut japgi kang.

".. Malam-malam dapat reward free.."

Spontan air batu dalam gelas yang sudah kehabisan air itu dilemparkan ke arah muka Aidan yang dah bertukar miang keladi tu. Tidur pun bilik asing-asing, nak dapat reward free celah mananya?

"Sakainya pemikiran kau. Bodoh tu simpan sikit boleh tak? Nak merasa tapak kasut aku pulak ke?" dengan suara tertahan, Faris menyoal. Gigi diketap kuat apabila Aidan menghamburkan gelak berdekah.

Faris menjeling tajam. Bodoh punya member.

"Wohoo.. Okey okey, sorry bro. Aku melawak je lah. Tapi memang betul kan realitinya macam tu.."

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now