60

13.8K 251 6
                                    

Sudah sebulan sejak pemergian Nek Mah, Nuha meneruskan hari-harinya seperti biasa. Sekarang dia tidak bekerja, cukup menjadi full housewife di rumah selama 24 jam membuatkan dia rasa meluangkan lebih masa bersama Faris di rumah.

Agak pelik sebenarnya apabila Faris mula mengambil guard untuk menjaga halaman pagar rumah mereka. Bila ditanya, Faris hanya menjawab untuk keselamatan mereka. Nuha pun malas nak bertanya lebih.

Nuha mengerling sosok Faris dari dalam cermin meja soleknya yang baru keluar dari bilik air itu dengan senyuman. Melihatkan suaminya yang sedang mengesat rambutnya yang masih lembap selepas mandi membuatkan dia memandang tak berkelip. Bibirnya diketap menahan rasa debar di dada.

Seksinya ya ampun!

"Kenapa pandang aku macam tu?"

Segera Nuha kembali ke realiti. Entah bila Faris sudah berada betul-betul di belakangnya dengan senyuman nakal. Nuha tahan malu. Kantoi skodeng suami sendiri. Alah, bukan berdosa pun.

"M-mana ada pandang." tangannya mula mencapai botol pelembap muka sebelum dituang pada kapas lalu ditekap-tekapkan pada wajahnya yang baru lepas dicuci.

"Eleh, kau ingat aku tak nampak tadi?"

Nuha kemam bibir. Sesekali mata mereka berlaga dalam pantulan cermin lagi membuatkan dia rasa nak menyorok bawah katil sekarang sebab rasa mukanya dah berbahang malu.

"Biarlah, bukan dosa pun." Nuha cuba beriak selamba. Tidak menghiraukan pandangan nakal suaminya.

Nuha mencapai botol face mist lalu digoncangkan perlahan sebelum disembur ke seluruh wajahnya. Faris berkerut. Dia segera mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Apa benda kau pakai ni? Dah macam spray nyamuk aku tengok." botol face mist itu dibeleknya.

Nuha tergelak. Spray nyamuk dia panggil?

"Ini nama dia face mist la. Apa pula spray nyamuk, ingat saya nak sembur ridsect kat muka ke?" Nuha menjuling mata.

Faris tergelak.

"Awak.." panggil Nuha sambil memandang Faris yang sedang menyarung baju t-shirt ke tubuh. Nuha bangun dari kerusi lalu melabuhkan duduk atas katil.

"Hm apa?" Faris turut membetulkan bantal di kepala katil untuk bersandar.

"Sapukan."

Ditayang sengih kambing sambil menghulurkan losyen kepada suaminya itu. Faris hanya menggeleng sebelum disuruhnya Nuha duduk di sebelahnya.

Hampir setiap malam Nuha 'membuli' Faris sapukan losyen pada tubuhnya. Katanya urutan Faris sedap, rasa selesa. Saja malas nak sapu sendiri. Faris pun tak banyak songeh.

"Awak.. Esok saya nak keluar dengan Hana boleh?" pinta Nuha perlahan.

Faris berkerut.

"Nak pergi mana?"

"Mall. Nak shopping. Nak ajak awak, awak ada kerja pula esok. Bolehlah ya? Pleasee.." muka comel ditayang, wajahnya mendekat sebelum jari telunjuk Faris menolak perlahan dahi licin isterinya itu.

Ingat kita cair la dengan muka minta kaki tu?

"Kalau aku kata tak boleh?" duga Faris.

Nuha mencebik bibir sebelum ditarik tangannya yang sedang diurut Faris.

"Tak boleh takpelah. Saya nak tidur luar malam ni." Nuha berura-ura mahu turun dari katil namun pantas Faris menahan.

Dengan mudah tubuh itu dipusing menghadapnya sebaik Nuha dah selamat mendarat atas ribanya. Wajah isterinya itu ditatap sambil tersenyum. Masam mencuka. Alahai, merajuk pula dah?

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now