"Seronok kau duduk sana? Jumpa boyfriend mat saleh tak?" kening diangkat nakal mengerling Hana sambil tangannya sibuk mengacau air Sunquick yang dibancuh.
Hana mencebik.
"Boyfriend mat saleh celah mananya? Aku kat sana kerja aje memanjang. Jarang keluar jalan-jalan sebab aku tak biasa dengan cuaca kat sana." ujarnya sambil tangan lincah menyusun kek brownies yang telah dipotong tadi ke dalam pinggan.
"Kau ni sampai bila nak membujang? Duk berkepit dengan Aidan hari-hari bukan kau orang ada perkembangan pun. Macam tak ada funtion je." Nuha menjuih bibir.
Pap!
"Apa kau mengarut? Aku dengan dia tu kawan jelah." mata dijegilkan memandang Nuha yang sedang mengaduh sakit sambil menggosok lengannya yang pedih dek ditampar Hana tadi.
"Eleh kawan konon. Yang datang ambil, hantar kau kat airport bagai tu apa? Dah macam laki bini pun still tak nak mengaku isi hati masing-masing." Nuha bernada perli.
Kebetulan Aidan yang sedang lalu disitu berdehem seketika. Agak terkejut sebenarnya Nuha dapat mengagak hubungannya dengan Hana yang terlalu rapat. Hana tak payah cakaplah, muka dah berbahang rasa nak sorok kepala dalam kabinet terus. Mesti Aidan dengar. Nuha tu cakap kuat kut tadi.
"Dah la kau. Malas aku layan!" terus Hana angkat kaki dari dapur menuju ke ruang tamu bersama sepinggan kek brownies yang dipotongnya tadi. Nuha tergelak kecil.
"Awak nak apa-apa ke?" Nuha menyoal Aidan yang sedang mengisi air kosong dalam gelas.
Aidan menggeleng.
"Tak, saja nak minum air kosong sikit. Tadi datang nak basuh tangan je. Er.. Takpelah, saya ke depan dulu." Aidan segera meminta diri. Nuha hanya mengangguk.
Hampir dia nak tergelak bila perasankan wajah Hana dan Aidan tu dah blushing teruk. Kepalanya digeleng perlahan. Dah angau pun still dua ketul tu tak nak mengaku.
Nuha melangkah ke ruang tamu sambil menatang dulang berisikan satu jug air Sunquick dan beberapa biji gelas sebelum diletakkan atas meja dengan penuh berhati-hati.
Air dituang lalu dihulurkan gelas air buat Hana dan Aidan yang sedang rancak berborak dengan Faris. Nuha melabuhkan duduk sebelah Hana.
"Oh, aku terlupa nak bagitahu kau. Aku nak bagi korang benda ni." Aidan mengeluarkan sekeping sampul putih berukuran empat segi itu sebelum dihulurkan pada Faris.
"Apa tu?" Nuha menyoal.
"Kad jemputan reunion sekolah. Kau ingat lagi tak Zameer?"
"Zameer Mat Jering? Gila tak ingat mamat tu. Kenapa dengan dia?" Faris tergelak apabila teringatkan rakan sekelasnya itu.
"Dia lah yang invite kita semua. Dalam kad tu ada tempat penginapan sekali. Semua dia yang sponsor." ujar Aidan sambil tersenyum.
"Serious? Dia sponsor?" Faris terkejut. Kad tadi segera dikeluarkan dari sampul.
"Pakej percutian di resort?" Nuha hampir jatuh rahang. Seriuslah? Semua ini dia sponsor untuk reunion satu sekolah?
Aidan angguk kepala.
"Zameer tu pilot kot, tak peliklah kalau dia belanja semua ni." ujar Aidan lagi.
Kini giliran Faris pula rasa tak percaya. Zameer si anak kampung yang gemarkan jering selalu dijadikan bekal ke sekolah setiap hari kini dah jadi seorang pilot? Zameer Mat Jering tu?
"Mana kau tahu ni?" Faris masih tayang muka tak percaya.
"Aku terserempak dia dengan bini dia kat Melaka. Zameer sekarang buka kaleng-kaleng."
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...