68

13.5K 293 10
                                    

Bunyi grill pintu yang terbuka membuatkan Nuha tersenyum lebar. Laju kakinya mengorak langkah ke ruang tamu menyambut kepulangan suaminya.

"Hey, slow-slow lah berjalan tu. Kang jatuh nanti siapa susah?" soalnya risau melihat isterinya yang berlari mendapatkannya dengan perut yang membusung.

"Sorry.." tangan suaminya segera dicium sebelum dahinya terasa dikucup sekilas.

"Mana corn dog saya?" soalnya teruja.

Matanya meliar ke arah plastik dipegangan Faris. Sumpah dari tadi kakinya dah tergedik-gedik tunggu suaminya balik. Faris menggeleng melihat isterinya. Tak menyabar betul.

"Sabarlah kau ni pun.. Cubalah layan suami kau ni dulu, peluk cium aku dulu ke, bagi aku duduk dulu ke.. Penat aku rushing sampai ke Bangi semata-mata corn dog kau ni tahu?" Faris buat muka. Dia berjalan mendekati sofa lalu dilabuhkan duduk disitu. Nafas lelah dihela perlahan.

"Sorrylah, anak awak juga yang nak makan." rungut Nuha sambil tangannya membuka bungkusan plastik atas meja.

Faris mencebik, salahkan anak pula. Padahal dia yang kebulur duk minta dari tengah malam tadi lagi.

"Tu, aku dah beli lima. Kalau tak cukup juga tak tahu lah.." Faris menuding telunjuknya ke arah atas meja. Tergeleng kepalanya melihat muka teruja Nuha yang dah tersenyum lebar gaya macam baru dapat kasih sayang suami.

Hampir enam bulan usia kandungan Nuha, cukup faham karenah isterinya yang selalu berubah-ubah. Emosi wanita itu juga selalu berubah mendadak. Sekejap manja terlebih, lepas tu merajuk pula kejap lagi cari suami nak peluk sebab tak cukup kasih sayang.

Faris tersenyum nipis. Walaupun penat melayan ragam orang mengandung ni tapi dia gembira dapat rasa bagaimana besarnya tanggungjawab seorang suami.

"Thanks awak." ujar Nuha dengan mulut yang penuh.

Keju mozarella yang ditarik panjang itu dikunyah-kunyahnya sampai sos cili melekat di pipi. Mengidam punya pasal, terpaksa kena tadah telinga dengar suaminya membebel sebab dia memaksa suaminya itu ke Bangi semata-mata untuk beli corn dog.

"Apa kau ni makan macam tu? Comot dah." Faris tergelak. Jarinya bergerak mengesat sos cili tadi sebelum dia menjilat jarinya sendiri.

"Sedap sangat ke?"

Laju Nuha mengangguk. Sengih lebarnya ditayang.

"Nah, rasalah." disuakan corn dog kepada suaminya.

Faris dengan teragak-agak mahu membuka mulut. Sebenarnya dia tak pernah makan makanan bergoreng tersebut tapi melihatkan Nuha makan dengan berselera jadi dia mahu rasa juga. Sebelum ni pun dia cuma tengok isterinya yang makan.

"Sedap kan?" Nuha menyoal. Melihatkan suaminya mengangguk, dia tersenyum lebar.

"Sedap tapi tak healthy."

Nuha buat muka. Eleh, tak healthy konon. Padahal dia dah lahap dua ketul dah.

"Ini last eh aku beli. Lepas ni dah tak boleh makan makanan berminyak macam ni, tak bagus untuk baby." dengan selamba Faris memberi kata putus.

Nuha buat muka protes.

"Mana boleh, awak makan tak apa pula?" soalnya tak puas hati.

"Aku takpe, bukan aku yang mengandung." jawab Faris selamba. Pipi tembam isterinya dicubit geram. Sejak mengandung ni asyik makan aje kerjanya. Pipi pun dah naik sekilo!

Segera ditepis tangan kasar itu. Kata-kata suaminya itu tadi tidak diendahkan, corn dog atas meja itu diambil kembali lalu disuap ke dalam mulut. Makan lagi bagus.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now