Nuha merebahkan diri atas katil bersama keluhan lega dilepaskan. Matanya dipejam rapat seketika menghilangkan rasa penat yang terasa menyucuk seluruh badan.
Dari pagi tadi dia memindahkan semua barangnya dari rumah Tuan Khairul ke rumah Faris. Selepas itu, dia terpaksa membantu lelaki itu memindahkan barangnya pula dari kondo lelaki itu ke rumah barunya itu memandangkan mereka akan hidup bersama.
Selesai sesi memindahkan barang, mereka terpaksa berkemas rumah baru itu memandangkan esok Faris akan bermula bekerja semula. Jadi dengan kerja sementara Nuha yang masih berpegang pada tittle orang gaji Faris itu masih berjalan, terpaksalah dia rajinkan diri untuk berkemas rumah seharian ini.
Mengenangkan soal kerja, Nuha mencelikkan mata. Tubuhnya terus bangkit dari berbaring. Digagahkan diri untuk memeriksa e-mail, terus komputer riba di atas meja itu dicapai.
Perkataan 'inbox' ditekan, memeriksa jika ada permohonannya diterima. Seketika matanya terkebil-kebil disitu.
"T.H Holdings terima permohonan aku? Esok diorang suruh datang nak interview? Seriously?!" Nuha menekup mulut dengan perasaan teruja.
Nuha dah rasa nak melompat katak sekarang. Setelah berbulan-bulan, akhirnya dia akan dapat kerja tetap. Alhamdulillah, rezeki Allah itu memang luas. Nuha dah meraupkan wajah dengan rasa syukur. Tapi.. Faris bagi ke?
Senyumannya terus mati. Kena bagitahu jugak ke? Kalau tak bagitahu, kira derhaka jugak ke? Ah, serabut. Fikir soal Faris je makin buat sakit otak aje.
Tapi kalau dia tahu aku dapat kerja dekat syarikat Rafiq ni mesti dia tak bagi.
Argh, Nuha dah mati kutu. Bibirnya digigit perlahan. Kalau tipu sunat sikit, tak apa kan?
Tok tok!
Nuha tersentak, terus dia berpaling ke arah pintu bilik. Okey, rileks. Bagitahu je yang kau dah dapat interview kerja. Habis cerita. Segera dia melangkah mendapatkan pintu bilik.
"Ada apa?" soal Nuha sebaik pintu dikuak. Wajah tak beriak Faris dipandang.
"Nah. Kotak kau tertinggal kat bawah tadi." sebuah kotak sederhana besar yang dihulur tadi terus bertukar tangan. Sebaik sahaja menyerahkan kotak, Faris berura-ura mahu pergi.
"Sekejap!" Nuha segera menahan Faris. Lelaki itu berpaling dengan kening dijongket sebelah.
"Saya nak cakap something dengan awak. Saya simpan kotak ni dulu."
"Okey, aku tunggu kat bawah." terus Faris meninggalkan Nuha yang sudah termengah memegang kotak.
Seusai menyimpan kotak, terus dia menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Dengan nafas ditarik dalam dan dihembus, Nuha menyusun langkah mendekati Faris yang sedang menonton TV di ruang tamu. Nuha melabuhkan duduk di sebelah lelaki itu.
"Kau nak cakap apa?" tanpa memandang orang di sebelah, terus soalan diajukan.
Nuha tarik nafas dulu. "Saya dapat interview kerja."
Wajah Nuha terus dipandang. "Bila?"
"Esok."
"Dapat kat mana?"
Nuha gigit bibir. Banyak tanyalah pula pak cik ni. Kepala digaru sambil mengerling wajah tanpa perasaan milik Faris itu. Aih, kena jawab ke?
"Er.. Sebenarnya saya tak tahu syarikat mana sebab Hana yang cadangkan dekat situ. Jadi saya ikut aje. Tak sangka pula diorang panggil interview esok." jawab Nuha gugup.
Ampun Hana! Terpaksa guna nama kau.
Faris menganggukkan kepalanya. Nuha masih setia memerhati raut wajah lelaki itu.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...