"Mama, Faris nak jumpa kawan jap." Puan Farida mengerling jam ditangan seketika sebelum dia memberi keizinan.
"Yelah, jangan lama sangat."
"Ye ma." kaki berlari laju mendapatkan Aidan yang sedang melambai tangan kearahnya.
"Hey, Ris!" terus tubuh Faris dipeluk gaya brotherhood.
"Kau datang dengan siapa? Sorang je ke?" tanya Faris sebelum dia melingkarkan tangan ke bahu Aidan.
"Taklah, classmate kita ada jugak 2,3 orang. Kejap lagi datang lah tu." Faris mengangguk faham. Tiba-tiba rasa terharu pula.
"Eh, flight kau pukul berapa?"
"Ada la dalam setengah jam lagi kut." jam tangan dikerling. Aidan mengangguk.
"Nuha tak datang ke?"
Automatik wajah Faris berubah kendur. Senyumannya mati. Tiba-tiba hatinya disapa rasa bersalah apabila nama gadis itu disebut. Kepalanya digeleng perlahan bersama senyuman hambar.
Disebabkan dia mahu menjauhkan diri dari gadis itu, dia meminta dengan papa agar percepatkan pemergiannya ke Melbourne atas alasan mahu membiasakan diri disana lebih awal.
"Tak, katanya ada kerja kat rumah kawan dia Hana tu." bahunya dijungkit sedikit. Dia mengeluh perlahan.
Aidan memaut bahu Faris.
"Sabarlah bro, bagi dia masa." Aidan memujuk. Bahu kawannya itu ditepuk perlahan. Faris hanya senyum segaris.
"I'ts okay, ada sebab aku buat macam ni. Lagipun aku memang tak harapkan apa-apa pun." Faris senyum nipis.
"Okay lah kalau dah kau cakap macam tu. Apa aku boleh buat. So, jumpa lagi selepas beberapa tahun pulak." Aidan mengukir senyum.
Faris membalas senyum lalu mengangguk.
"Yeah, nampaknya macam tu lah." Faris tersengih. Namun dalam hati masih terasa kekosongan dengan sesuatu.
"Okey bro, aku nak gerak dah." tangan kanan dihulur untuk bersalaman.
"Iyelah. Dah sampai sana jangan lupa call aku. Kat sana jangan nak menggatal sangat cari awek mata biru. Kesiankan aku yang menahan rindu kat sini." tubuh Faris ditarik lalu mereka berpelukan seketika.
Faris tergelak.
"Takde maknanya awek mata biru. Mahu kena sailang dengan mama aku tu nanti." mereka tergelak bersama.
Seketika mereka terdiam sebelum Faris melepaskan keluhan dibibir.
"Tengokkan Nuha untuk aku." dia senyum nipis.
"InsyaAllah, kau jangan risau lah. Just focus on your study je. Apa-apa aku rogerlah kau nanti."
"Thanks bro."
"No prob." bahu Faris ditepuk perlahan.
Haih, kau harapkan apa Faris?
Tidak lama kemudian, rakan classmate nya datang menerpa kearahnya. Mereka mengucapkan selamat pergi dan saling berpamitan. Rasa terharu pula apabila mereka rakan sekelas sudi datang untuk menghantarnya pergi.
"Mama, papa. Faris pergi dulu." tangan tua itu dikucup lembut.
"Iyalah. Jaga diri baik-baik kat negara orang tu. Dah sampai sana jangan lupa call tau." Faris hanya mengangguk mendengar pesanan penaja yang entah keberapa kali pun dia tak tahu.
"Ya mama, papa. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." jawab mereka serentak.
Tangan dilambai kearah mereka beserta satu senyuman manis. Kakinya melangkah kebelakang menuju ke balai perlepasan sambil tangan sebelah menarik beg bagasinya.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...