1

14.7K 410 6
                                    

Sudah seminggu sejak Nuha tinggal di banglo dua tingkat itu selepas Puan Farida memujuk suaminya untuk membenarkan Nuha tinggal bersama mereka.

Awalnya Tuan Khairul tidak bersetuju. Tetapi selepas puas dipujuk oleh si isteri, dia tidak sampai hati menolak kerana isterinya itu sudah lama mahukan anak perempuan.

Nuha lega apabila mendapat layanan yang baik daripada mereka. Setelah diceritakan kisah hidupnya yang memang tak menarik itu, Tuan Khairul terpempan. Jatuh kasihannya kepada gadis kecil itu membuak-buak.

Jujur Nuha malu sebenarnya. Dari awal, bukannya dia tidak pernah menolak dengan ajakan aunty Farida. Sudah jenuh dia menolak tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tetapi Puan Farida masih berdegil berusaha memujuknya.

Didalam rumah itu, dirinya dilayan tak ubah seperti anak mereka sendiri. Diberi kehidupan yang sangat mewah. Pakaian yang cantik, makanan yang enak, bilik tidur yang selesa. Semuanya sempurna. Seakan rasa diri ini tidak layak pun untuk dapat semua tu.

Sungguh dia bersyukur dengan perubahan hidupnya setelah setahun merempat dijalanan.

Tetapi hanya seorang yang memang dari awal tidak berkenan dengannya.

Faris Idham.

Sejak Nuha menjejakkan kaki dirumahnya, Faris lah orang yang paling memberontak dengan keputusan mamanya yang ingin gadis itu tinggal bersama mereka.

Alasannya, dia jijik dengan Nuha.

Dia pengotor

Dia selekeh

Dia busuk, tak mandi.

Faris geli nak dekat dengan dia. Dia juga malu ingin menganggap gadis itu sebagai adiknya.

Sampai bila-bila pun Nuha tak akan pernah menjadi saudaranya apatah lagi seorang adik. Nuha hanya diam. Sudah dimaklumkan dari awal yang Faris benar-benar tidak mahu dekat apatah lagi ingin bergaul dengannya. Nuha tidak kisah. Sudah biasa dipinggirkan.

"Hoi, mama panggil turun sarapan." Suara Faris mematikan lamunannya tadi. Terus Nuha bangun dari berbaring dikatilnya. Nuha mengangguk perlahan.

Setelah Faris berlalu turun kebawah, Nuha segera membetulkan bajunya ditubuh pagi itu. Terus kakinya melangkah ke ruang meja makan yang sudah diduduki oleh aunty Farida dan uncle Khairul.

"Nuha, mari duduk sini. Cik Idah, tolong bawakan dua lagi pinggan." Mendengar arahan dari majikannya, Cik Idah terus berlalu ke dapur.

Nuha duduk dikerusi bersebelahan dengan aunty Farida lalu duduk berhadapan dengan Faris yang baru juga duduk dikerusi makan.

"Nuha nak makan apa? Mama ambilkan ya." Pinggan yang dihulur oleh Cik Idah diambil.

"Eh takpa aunty, Nuha ambil sendiri." Pinggan ditangan Puan Farida diambil.

"Apa panggil aunty lagi ni, panggil mama je. Mama dah anggap Nuha macam anak mama sendiri. Dah, makan je mana yang Nuha suka." Puan Farida mengusap kepala Nuha perlahan sambil tersenyum.

"Baik m..mama" Nuha senyum nipis. Agak janggal dengan panggilan barunya terhadap aunty Farida. Sudah jenuh dia tidak mahu memanggilnya begitu tetapi setelah didesak oleh Puan Farida sendiri, Nuha mengalah.

Faris yang memerhati dari tadi hanya mencebik. Over betul mama ni suruh si Nuha tu panggil mama bagai. Siapa anak angkat siapa anak kandung sekarang ni?

Apabila matanya bertembung dengan Nuha, terus dijelingnya tajam. Sakit hati.

"Faris nak pergi sekolah dengan papa ke nak pergi sendiri ni?" Tuan Khairul yang sudah selesai makan itu bertanya sambil matanya dikerling jam ditangannya.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now