Sebaik sahaja selesai menunaikan solat maghrib dan membersihkan diri di rumahnya, kereta terus dipecut laju menuju ke rumah orang tuanya.
Ikutkan lepas solat tadi terus nak terbongkang atas katil sebab penat baru balik dari meeting petang tadi tapi mengenangkan perutnya yang dah berdisko dari tengahari tadi lagi jadi dia terpaksa rajinkan diri untuk balik ke rumah mama dan papanya.
Tambahan mengingatkan seseorang yang sedang menantinya di rumah Tuan Khairul itu membuatkan dia lagi tak sabar nak cepat sampai ke destinasi. Bibirnya tersenyum.
Tapi..
Malangnya, isterinya itu seakan tidak mengingati hari lahirnya jatuh pada hari ini. Faris tersengih kelat. Walaupun rasa terkilan sedikit namun dia tidak mengendahkannya. Tak penting pun semua itu.
Kalau tak ada orang ingat pun hari ini hari lahirnya, sekurangnya orang yang dia sayang disekelilingnya setia bersamanya. Dia kembali tersenyum lebar, wajah berseri isterinya kembali berlegar di minda.
Baru sehari tak jumpa wanita kesayangannya itu dah macam orang meroyan punya rasa resah di jiwa.
Ah, rindu!
Sampai sahaja keretanya di destinasi, brek tangan ditarik lalu terus keluar dari perut kereta. Agak pelik apabila melihat keadaan rumah dari luar hanya sunyi sepi. Tak ada orang sambut kepulangannya pula tu.
Tanpa berlengah, terus dia melangkah masuk ke dalam sebaik dia menanggalakan kasut.
"Assalamualaikum!" laungnya dari luar.
Semakin pelik apabila hanya sepi sahaja. Takkan dah tidur kut? Suis lampu ruang tamu itu dibuka.
Plak!
"Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to Faris.. Happy birthday to you.."
Kedengaran tepukan dan sorakan dari beberapa orang dalam rumah itu. Faris terkedu. Dilihatnya Nuha tiba-tiba datang ke arahnya sebelum dirinya dipeluk.
"Happy birthday awak."
Nuha mendongak memandang wajah suaminya beserta senyuman manis. Faris membalas pelukan isterinya, mata dikalihkan memandang setiap orang di dalam rumah itu sebelum matanya kembali menatap wajah isterinya.
"K-kau buat semua ni?" tangannya naik mengusap kepala Nuha dengan kerutan di dahi. Laju gadis itu mengangguk mengiyakan. Perlahan bibir Faris mengukir senyuman terharu. Tak mahu berlengah lagi, lengan Faris ditarik menuju ke arah mereka yang sudah menantinya.
"Tiup cepat." gesa Nuha teruja.
Tanpa membuang masa, terus lilin kek itu ditiup sampai habis. Tepukan gemuruh diberi apabila lilin sudah bertukar malap. Faris tergelak kecil sambil digeleng kepalanya perlahan menahan malu. Dah macam budak-budak nak celebrate macam ni.
"Happy birthday anak mama." pipi anak lelakinya dicium. Faris tersengih.
"Thanks mama."
Tanpa membuang masa, Tuan Khairul segera menjemput tetamunya yang lain untuk menjamu selera. Sebaik semua orang beredar menuju ke meja makan, Faris menarik lengan Nuha.
Gadis itu memandang riak Faris yang sedang merenungnya dengan mata dikecilkan. Nuha ketawa kecil sebelum dia mendapatkan Faris.
"Jomlah makan. Awak mesti lapar kan? Saya dah masak makanan favourite awak tau." ajak Nuha.
Namun Faris tak menjawab, sebaliknya pinggang gadis itu dipaut. Nuha dah cuak. Sesekali matanya memandang manusia-manusia yang sedang menjamu selera di ruang makan.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...