5 tahun kemudian..
Kringggg....
Bunyi loceng yang nyaring menyentakkan Nuha yang sedang masih bertulis dibuku. Kerja sekolah yang ditinggalkan oleh Puan Mastura tadi segera disiapkan.
Sepatutnya kerja sekolah itu harus dihantar esok tapi memandangkan Nuha sendiri yang tidak suka menangguh, jadi disiapkan segera sebelum menjelang esok.
"Nuha, jom." Hana sudah berdiri ditepi mejanya. Dompetnya dimasukkan kedalam poket baju sekolahnya.
"Kejap, sikit lagi nak siap ni." Tanpa memandang wajah Hana, tangannya laju menyelesaikan soalan geografi dibuku.
"Haih, rajin betul kau. Macamlah malam ni tak boleh siapkan kat rumah." Hana sudah berpeluk tubuh sambil menanti kawannya itu penuh sabar.
"Macamlah kau tak tahu aku macam mana." Buku tadi ditutup, dompet dibawah meja diambil lalu dimasukkan kedalam poket baju sekolah.
"Jom." Ajak Nuha sambil tersenyum lebar. Perutnya sudah menyanyi sejak dari kelas geografi yang memakan masa sejam lebih tadi.
Selesai membeli makanan dan minuman, mereka terus mencari tempat duduk dikantin yang agak sesak dengan pelajar itu.
Sedang Nuha berjalan, bahunya tiba-tiba dirempuh kuat dari belakang menyebabkan air laici ditangannya tumpah ke baju seseorang dihadapannya.
"Ya Allah, sorry-sorry saya tak sengaja.." kalut Nuha meletakkan pinggan dan gelas tadi diatas meja. Tisu didalam poket diambil lalu terus dia mengesat baju pelajar lelaki dihadapannya itu. Wajah lelaki itu masih tidak dipandang.
Aduh, buat malu jelah kau ni Nuha. Macam mana ni?
"Kau ingat dengan sorry kau tu boleh keringkan balik baju aku ni ke? Hah?"
Tangan Nuha berhenti dari mengelap. Suara itu! Dia cukup kenal suara tu. Air liurnya ditelan payah. Perlahan-lahan wajahnya diangkat menghadap wajah lelaki tersebut.
Wajah dingin Faris ditatap ngeri. Kenapa banyak-banyak orang, dia jugak yang kau langgar?
Mampus! Nak mati ke Nuha?
"Er..saya minta maaf sangat. Ada orang langgar.."
"Ada aku kisah kalau ada orang langgar kau ke tak? Masalahnya sekarang ni, baju aku ni. Dah melekit dengan air laici kau tu. Mata kau tu dah tak boleh pakai ke apa? Dah buta?!" Suara Faris sudah naik seoktaf itu menarik perhatian beberapa pelajar disitu.
Sumpah Nuha malu. Tak pernah-pernah ditengking Faris sebegini rupa depan orang ramai macam ni. Aduh..apa nak buat ni? Bibirnya diketap kuat. Matanya mengerling Hana yang sudah takut-takut disebelah. Tak berani nak bersuara.
Siapa tak kenal Faris Idham? Jejaka yang beku, tak pernah senyum pun kat orang. Muka dia yang ala-ala Shawn Mendes tu memang menarik perhatian orang ramai. Tapi bila dah bertukar muka Hulk dia bonus dengan mulut puaka dia tu memang tak boleh bawak bincang.
Tapi tidak dinafikan, Faris memang pelajar terpandai dikalangan tingkatan 5. Dahla kaya, pandai, muka pun boleh tahan. Crush pun ramai dengan mamat tu. Cukup pakej lah kalau nak dibuat menantu makcik-makcik bawang kat luar sana.
Tapi itulah, mulut jelah celupar sikit. Tapi dengan kawan-kawan dia, rakan sekelas, budak-budak junior yang lain elok aje budi bahasanya.
Entah apa dosa Nuha pada dia selalu kena maki dengan mulut yang tak pernah berbayar insuran tu. Sumpah buat sakit hati je.
"Bro, dahla tu. Orang tengoklah." Aidan menepuk bahu Faris perlahan. Tengok muka Faris yang sudah nak bertukar serupa Hulk tu, baik dia cepat bertindak menenangkan kawannya itu sebelum perkara yang lain berlaku.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...