44

9.3K 214 1
                                    

Seusai mengerjakan solat Isyak, Nuha turun ke dapur untuk membancuh kopi buat Faris yang sedang sibuk di bilik kerjanya. Sengaja dia membuat kopi kerana mahu memberitahu tentang penerimaan kerja tetapnya di syarikat baru kepada lelaki itu.

Sampai sahaja kaki di depan pintu bilik, tangannya naik mengetuk pintu sebelum nafasnya ditarik.

Tok tok!

"Masuklah."

Tombol pintu segera dipulas, bibirnya mengukir senyuman manis buat Faris yang masih khusyuk menghadap laptop. Nuha menyusun langkah ke arah meja kerja Faris lalu diletakkan muk di tepi komputer riba lelaki itu.

"Nah. Saya buatkan kopi untuk awak." ujar Nuha lalu dilabuhkan duduk atas kerusi berhadapan dengan Faris.

Faris mengerutkan dahi. Matanya memandang muk dan Nuha yang masih tersenyum itu silih berganti. Pelik, tiba-tiba minah ni rajin buatkan dia kopi ni dah kenapa?

"Thanks." tak mahu menghampakan Nuha, diteguk juga kopi tersebut lalu diletakkan kembali muk tadi ke tempatnya.

"Tak pernah-pernah kau buat kopi untuk aku, kenapa malam ni kau jadi rajin tetiba ni?" soal Faris tanpa memandang Nuha di hadapan. Tangan dan matanya masih fokus pada komputer riba.

Nuha tersengih janggal. Belakang kepalanya digaru perlahan.

"Er, sebenarnya saya nak bagitahu awak sesuatu."

"Apa dia?"

"Saya dah lulus interview. Esok saya dah boleh start kerja. Awak izinkan tak?" matanya mengerling wajah Faris didepannya itu dengan perasaan berdebar.

Tolonglah bagi jawapan positif.

Seketika perbuatan Faris terhenti. Dipandang wajah Nuha yang sedang memandangnya dengan pandangan harapan. Patutlah tiba-tiba jadi baik sangat buat kopi, nak membodeklah ni.

Faris tersengih. Dia mula bangun dari kerusi lalu berjalan mendekati Nuha yang sedang terpinga-pinga memandangnya.

"So, kau dah lulus lah ni?"

Laju Nuha angguk kepala sebagai jawapan. Diperhatikan lagi Faris yang masih setia merenungnya itu. Liurnya ditelan sekilas.

Jangan tanya lebih-lebih sudahlah.

"Okey, aku tanya serius ni. Betul kau nak kerja? Tak nak duduk rumah?" Faris menyoal dengan riak serius.

"Betullah. Kan saya dah cakap dari dulu lagi saya nak kerja. Kenapa awak tanya macam tu?" Nuha mengerutkan dahi.

Faris hela nafas.

"Tak, aku bukannya apa. Setakat kau seorang je, aku boleh je tanggung lagi. Lagipun aku tak naklah kau penat nanti balik kerja merungut nak kena masak untuk aku lagi.." perli Faris sambil memeluk tubuh.

Nuha mencebik kecil. "Alah, nak penat apanya. Setakat balik nak masakkan makan malam tu apalah sangat. Lagipun itu memang tanggungjawab saya kan."

Faris mengangguk perlahan. Dalam hatinya, dia masih rasa berat hati mahu membiarkan Nuha bekerja. Tapi apakan daya, tak bagi karang, nanti mula buat perangai minah ni.

"So, awak izinkan tak ni?" Nuha menyoal lagi.

Lama Faris terdiam sebelum otaknya sedang merancang sesuatu. Bibirnya tersenyum.

"Okey, aku izinkan.."

Faris mengerling Nuha yang sudah tersenyum lebar sebelum dia menyambung kata.

"Tapi dengan satu syarat."

Mati terus senyuman Nuha. Rasa nak menyumpah Faris bila lelaki itu tayang senyuman sinis.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now