54

13.2K 292 4
                                    

Tubuh Nuha dibaringkan atas katil dengan cermat. Hana yang masih setia menunggu dari tadi meletakkan beg tangan Nuha atas meja. Faris mengusap kepala Nuha yang masih bertudung itu sekilas sebelum dia bangun dari birai katil.

Terasa tangannya ditarik, terus tubuhnya kembali duduk. Dia berpaling memandang Nuha yang sudah sedar itu sedang  memandangnya dengan pandangan kuyu.

"Nuha, kau okey tak ni?" kedua belah pipi Nuha ditekup.

Berkerut dahi Faris melihat Nuha yang tersengih-sengih sambil tangan isterinya itu bergerak meraba tubuhnya. Faris cuak. Ah sudah, kenapa pula dengan bininya itu?

"Saya.. Saya rasa panas.. Hmm.." tudung yang terasa membelit dikepalanya itu dileraikan dengan sedikit kasar. Tangannya masih kemas memeluk Faris, tidak mahu lelaki itu pergi ke mana-mana.

Faris telan liur.

"Faris, Nuha.. Okey tak tu? Macam ada tak kena je.." Hana segera bertanya.

Meremang dibuatnya melihat Nuha buat muka miang begitu. Tiba-tiba jadi 'pervert' ni dah kenapa Nuha?

"Er, Nuha. Kau tidur dulu.. Kau tak berapa sihat ni." Faris memujuk. Tak tahan melihat Nuha memandangnya dengan menggoda.

Laju Nuha menggeleng tak mahu. Tangannya terus menahan tubuh Faris dari bangun.

"Tak nak.. Saya nak awak. Saya nak tidur dengan awak malam ni please.. Hm?" rayu Nuha dengan suara menggoda. Laju tangannya merangkul leher Faris. Bibirnya dimuncungkan mahu mencium Faris tapi lelaki itu pantas mengelak.

Faris telan liur kesat. Ya tuhan, apa kena dengan isterinya itu malam ni? Jadi miang tak kena time betullah aduii..

Hana hampir jatuh rahang dengan kelakuan Nuha itu. Seriuslah? Seumur hidup dia kenal Nuha, ini kali pertama dia lihat Nuha menggoda lelaki. Seketika dia hampir nak tergelak melihat sisi Nuha yang baru itu.

Wau, dah pandai goda suami sendiri.

"Er, takpelah Faris. Saya keluar dululah."

"Eh kejap!" pintas Faris menahan Hana keluar dari bilik. Hana berpaling.

Faris bangun dari birai katil apabila Nuha sudah sedikit terkawal. Tapi gadis itu masih tersengih miang memandangnya. Faris jadi serba-salah dengan Hana.

"Er, aku minta maaf soal Nuha. Aku pun tak tahu kenapa dengan dia malam ni tapi rasanya aku kena tidur sini kut temankan dia. Risau pula kalau biar dia tidur dengan kau malam ni." ujar Faris segan. Belakang tengkuk digosok perlahan.

"Takpe, faham. Lagipun Nuha tu pun rasanya dia nak tidur dengan awak malam ni. It's okay, saya boleh tidur bilik kawan saya yang lain." ujar Hana sambil tersenyum nakal.

Faris angguk kepala sambil tersenyum janggal. Mukanya tak payah cakaplah, malu yakmat dengan Hana. Dilihatnya gadis itu segera mengemas beg bajunya sebelum mereka melangkah keluar dari bilik.

"Kenapa ni? Nuha macam mana? Okey?" soal Aidan di muka pintu. Makin berlapis dahinya melihat Hana membawa keluar beg bajunya. Kening dijungkit bertanya mereka berdua.

"Saya tidur kat bilik lain sebab Faris kena tidur sini nak temankan isteri dia.." Hana bersuara nakal sambil mengerling ke arah Faris yang sedang menahan malu.

"Kenapa?"

"Aih, bini akulah. Jadi pelik sikit malam ni. So, terpaksalah kena tunaikan tuntutan tak berbayar." ujar Faris perlahan. Hana tergelak.

"Takpelah, saya pergi dulu. Assalamualaikum." Hana segera meminta diri. Tak mahu masuk campur dah urusan rumah tangga orang tu.

"Kenapa? Nuha okey ke?" Aidan bertanya apabila kelibat Hana sudah tiada.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now